Part 3- First day of work

10.1K 308 7
                                    

Areena menunggu lif untuk sampai ke tingkat 20.
Sebenarnya dia sekarang berada di penthouse Hariss untuk memulakan kerjanya.
Semalam agent Hariss ada beritahu benda pertama yang harus dilakukan adalah menyiapkan baju-baju Hariss.

Kunci rumah sudah diberi berserta passcode pintu rumah itu.
"Assalamualaikum" Areena memberi salam walaupun tiada orang akan menyahut kerana agent itu kata Hariss sudah pergi ke office.
Lagipun sudah pukul 9.30 pagi sekarang.

"Okay Areena lets start your work" ujar nya kepada diri sendiri
Areena membuka pintu bilik Hariss.
'Emm wanginya. Bau cologne lelaki' bisiknya
Agak bersepah juga bilik itu. Mungkin Encik Hariss bersiap pagi tadi tanpa sempat berkemas.
'Eh bukan ke aku yang kene kemas? Dah nama PA kan? hahahahha'

Tanpa berlengah lagi Areena terus mengemas meja solek itu.
Botol minyak wangi berjenama itu ditutup. Bekas pomade juga ditutup dan beberapa barang lagi disusun sebaik mungkin mengikut ketinggian.
Beralih kepada almari. Banyak kemeja rona senada menghiasi mata Areena.
'Amboi maskulin betul ni' bisik hati Areena.
Dia terus mengemas baju di dalam almari dan mengambil beberapa kemeja yang belom bergosok untuk digosok nanti.

Baju kotor dalam bakul di bilik air pula diambil untuk dibasuh.
'Alamak ada boxer!' Hahahah getus hati Areena
Baju putih kena asing ok pesan agent itu yang diingat. Kalau tak dipesan pun sudah tentu dia akan asingkan juga.

Usai membasuh baju dan menyidainya. Areena duduk sebentar di ruang tamu sambil melihat sekeliling rumah itu. Rumah ini konsepnya sangat moden dan luas. Mesti interior designer diupah untuk menghiasnya.
'Katil dah kemas. Hmm apa lagi ye? Jam dekat pukul 12 pm. Kejap lagi aku kene hantar lunch dekat Encik Hariss.'
Rumah pun dah siap kemas termasuk dapur yang terdapat beberapa keping pinggan tak dibasuh.
'Okay dah boleh gerak ambik lunch untuk Encik Hariss'

Encik Hariss sangat menjaga pemakanannya. Dia tidak memakan nasi dan makanan yang terlalu berminyak dan berlemak. Senang kata diet or healthy food lah .Mungkin sebab dia bina badan kot.
Tanpa berlengah Areena mencapai kunci keretanya untuk mengambil lunch encik Harris dari pembekal dan menghantarnya ke pejabat.

-

"Ermm maaf nak tanya encik Hariss ada client ke sekarang? " tanya Areena kepada secretary Hariss bernama Jessica Lim, wanita dalam lingkungan 30 tahun berbangsa cina.

"Ohh you PA dia kan? Masuklah boss tengah free sambil tunggu lunch dia." Jawab Jess
"Ohh ye thank you" balas Areena

Pintu bilik Hariss diketuk sebelum dibuka. Dilihat Hariss sedang bersandar di kerusi sambil memejamkan mata.

"Ehermm err Assalamualaikum encik Hariss ni lunch." Areena bersuara.
Hariss membuka matanya. Wajah gadis bertudung manis menghiasi matanya.
"Hmm masuklah." Pinta Hariss
Areena meletakkan paper beg bungkusan makanan yang dibawanya tadi di atas meja kopi.
Dikeluarkan bekas makanan tersebut dan dihidang di hadapan encik Hariss yang sudah duduk di sofa. Sudu dan garfu juga diletakkan bersama.

Agak kekok ketika Areena menyediakannya sambil diperhati oleh Hariss. Gerak-gerinya seakan menggigil sahaja.
"Areena ambilkan I mineral water Evian dekat pantri" pinta Hariss
"Baik encik" akur Areena
Air diambil berserta gelas dan dibawa masuk ke dalam bilik Encik Hariss
Air dituang ke dalam gelas.
" Ada apa-apa lagi ke encik nak saya buat? " tanya Areena
"You kemaskan sikit meja kerja I. Kejap lagi I nak pergi meeting. And dont forget my dinner letak dekat meja dapur nanti" pesan Hariss
"Baik encik Hariss." Balas Areena faham akan tugasnya.
"Kalau macam tu saya sambung buat kerja saya dekat rumah encik" tambah Areena
"Okay" balas Harris pendek.

-

Areena memasuki rumah Harris semula setelah balik dari office tadi.
Kata agent itu dia kena kerja di rumah Harris ketika ketiadaannya.
Tapi sekarang kerja semua dah siap.
Areena baring sebentar di atas sofa mewah itu.
Dia sebenarnya pening memikirkan dirinya? Adakah dia maid atau PA kepada Encik Hariss.
Mungkin agent ni uruskan dia masa dia duduk Singapore dulu kot. And dekat KL ni akulah kot 'agentnya'. Telah Areena sendiri
'Aku ni macam bini dia jugak kena siapkan semuanya' fikir Areena lagi

'Tapi best jugak eh kerja macam ni. Relaks je.

'Cehh ni baru hari first bolehlah kau relax Areena oi. Agent tu kata nanti kalau dia outstation pun aku kena ikut uruskan makan pakai dia dekat sana'
Tanpa membuang masa Areena terus bangun sambil bersihkan sedikit habuk habuk dan apa yang patut sebelum menunggu dinner Encik Hariss sampai.

-

Haii. Okay mungkin ada yg confuse about the agent. Actually agent tu yang uruskan Hariss sebelom ini (tak termasuk mendobi baju Hariss and ikut oustation because Areena PA right?) and tugas ni diambil alih oleh Areena sekarang. Hah nampak tak serba sedikit jalan ceritanya. Nantikan chapter seterusnya!

I BUKAN MISTRESS DIA! Where stories live. Discover now