Part 9- Makin rapat

8.2K 253 3
                                    


Areena keluar dari kereta Hariss dan segera mengambil barang miliknya di bonet kereta. Mereka baru sahaja sampai dari Brunei tadi. Hariss membantu Areena mengangkat barang miliknya sehingga di hadapan pintu rumah.

Kereta myvi Areena tiada di garaj. Mungkin ibunya guna untuk keluar dengan adik-adiknya kot.

"Terima kasih En Hariss." Ucap Areena kepada Hariss.
"Welcome. Have a good rest for this two days." Pesan Hariss. Pejabat akan bercuti untuk dua hari kerana cuti umum.
"En Hariss thanks again  because bayarkan apa yang saya beli di Brunei and also for the bag. Susahkan En Hariss je." Luah Areena
"Its okay. Small matter." Balas Hariss tersenyum nipis sambil berpamit pergi.
Areena hanya memandang kereta mercedes itu berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan matanya.

Areena masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa ruang tamunya. Dia tersenyum sejenak. Mengenali Hariss membuatkan dirinya berubah. Hariss bukanlah seorang sweet talker, mungkin kalau gadis yang hendakkan perhatian Hariss bukanlah orangnya. Walaupun layanannya agak dingin dan kurang bercakap kecuali benda penting, namun Areena suka akan perwatakan tersebut.

Kedengaran bunyi enjin kereta memasuki rumahnya. Areena yang hampir terlelap terus bangun. Ibu dan adiknya sudah balik.
"Asslamualaikum." Suara Aresya kedengaran.
"Waalaikumsalam" jawab Areena.
"Hah akak baru balik? Lamanya akak kerja outstation." Areana adik bongsunya bertanya.
"Alaa lepas ni akak cuti dua hari kita pergi jalan-jalan eh? Akak tahu kau nak ajak pergi tengok movie kan?" Teka Areena. Kebetulan dia baru gaji semalam.
"Yeay!! Macam tahu tahu je." Tebak Aref, adik lelakinya.
"Apa ni kak kau beli?" Tanya Aresya pula.
"Tengoklah. Yang beg tu untuk ibu." Tunjuk Areena.
"Apa ni kak? Ohhh kek lapis Brunei. Banyaknya kau beli? Kan mahal? Tapi baguslah favourite ibu ni. Dah lama tak makan. " tanya ibunya.
"Hehehe dah jumpa kedainya Reena belilah banyak sekali. Susah tau nak cari dekat sini. Lagi mahal dari dekat Brunei. Ibu tengoklah beg tu cantik tak?." Pinta Areena
"Semua cantik nanti pakai pun boleh kongsi-kongsi." Jawab ibunya.

Areena yang kepenatan terus naik ke atas untuk membersihkan dirinya. Usai mandi dia duduk sebentar memandang beg mahalnya.
'Selalu nampak artis-artis je yang pakai. Tak sangka aku dapat beg ni. ' hatinya berkata. Sambil menunggu makan malam Areena membuka app maybank2u untuk check gajinya. Terbeliak mata Areena melihat jumlah baki dalam akaun miliknya.
'Takkanlah gaji aku sampai rm6.5k?! En Hariss salah masukkan ke?' Bungkam Areena.
Sebab gajinya Hariss yang uruskan bukan accountant pejabat.

Tanpa membuang masa Areena terus menelefon bossnya.
1 minit menunggu akhirnya panggilan diangkat.
"Hello." Jawab Hariss
"Assalamualaikum En Hariss maaf ganggu saya nak tanya En Hariss salah masukkan gaji saya ke ? Kenapa dekat rm7k? Banyak sangat ni encik. " cakap Areena
"Waalaikumsalam. No. Takde yang salah masuk. You tak nak ke gaji tu?. " balas Hariss.
"Eh mestilah nak! Tapi kenapa banyak sangat?" Luah Areena lagi.
"Areena I tak nak you rungut apa yang I bagi dekat you. Anggap je tu bonus sebab selalu ikut I outstation." Tegas Hariss di corong telefon.

"Emm baiklah encik. Saya takkan ungkit lagi. Emm Encik dah makan?" Tanya Areena mengubah topik.
"Takde you I belum makan lagi. Malas nak keluar." Balas Hariss membuatkan
Areena tersenyum malu.

Perbualan mereka berlanjutan sehingga 30 minit. Entah apa yang dibualkan. Kalau jumpa depan depan kurang pulak dia bercakap.

I BUKAN MISTRESS DIA! Where stories live. Discover now