RAIZAL meraup wajahnya yang sugul. Matanya cengkung dan nampak sembap. Bukan kerana banyak menangis, tapi kerana kurang tidur. Eyebag yang melingkar di sekeliling matanya sudah cukup untuk memberitahu sesiapa saja yang dia sememangnya tak cukup tidur.
Matanya terkerdip-kerdip di hadapan laptop yang sedang terpasang. Beberapa baris ayat yang ditaip dibacanya berulang kali. Kemudian dia bertanya kepada dirinya sendiri. Apa yang aku tulis ni? Kat mana seramnya?
Raizal mengeluh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya sambil menarik nafas dalam-dalam. Tak pernah dia alami perasaan yang begini menyakitkan. Semua benda yang dilakukannya jadi serba tak kena.
Jam di pergelangan tangannya berbunyi. Raizal membeleknya seketika. Tepat pukul 1.00 pagi. Ini bermakna dah lebih dua jam dia terpacak di hadapan laptop tanpa sebarang hasil.
"Zal, aku tahu kau bukan penulis yang biasa-biasa, bro. Aku kenal kau dah lama. Aku kenal hasil karya kau. Sebab itulah aku yakin kau memang boleh handle masalah-masalah kecil macam ni." Bakri yang sedang bersandar di kerusi restoran mamak tersebut kelihatan tenang dengan sebatang rokok yang sedang berasap terselit di celah jari tangan kanannya.
Raizal menggeleng-gelengkan kepalanya. Mukanya keruh. Sesekali dia memicit-micit kedua-dua bebola matanya yang terasa berpasir dan kelabu.
"I'm sorry, bro. Kau tak ada kat tempat aku. Kau takkan faham apa yang sedang aku lalui sekarang ni."
Kata-kata Raizal membuatkan Bakri mengeluh dalam hati. Dia pandang wajah Raizal dalam-dalam.
"Zal, kita ni lelaki. Semua keputusan kat tangan kita. Kalau kau rasa hubungan kau dengan Dan sekarang ni sangat bermasalah, better kau cuba selesaikan dengan cara matang. Kalau kau rasa tak mampu sangat, biar mahkamah syariah yang tolong settlekan untuk kau orang."
"Itulah yang kalau boleh aku nak cuba elakkan." Raizal menekan suara.
Bakri mengangguk-angguk tanda faham. "Okey... Okey. Aku faham kau nak cuba juga selamatkan rumah tangga kau tu. Then, cuba cara diplomasi. Face to face dengan Dan. Jangan jadi pondan. Kau tu suami. Takkan hal rumah tangga kau nak cerita kat media sosial, kan?"
Raizal kerut dahi. Telinganya rasa berdesing tiba-tiba. "Bila masanya aku ceritakan hal personal aku ni kat media sosial pulak?"
Bakri tarik nafas dalam-dalam. "Memanglah bukan kau yang cerita, tapi peminat kau yang speculate macam-macam. Mereka tu mostly perempuan. Even dia orang ni fans kau pun, tapi bila melibatkan bab gender problem ni, dia orang akan sebelahkan kaum sejenis dia orang jugak bro."
"Habis tu, aku nak kena buat apa? Buat PC, then explain yang aku ni tak salah dan letakkan kesalahan itu kepada Dan? Macam tu? Itu lagi kerja pondan."
"Aku tak suruh pun kau buat PC. Sebab itulah aku cakap gunakan pendekatan diplomasi. Kesiankan Dan tu. Dia pun banyak terkesan dengan masalah ni. Aku pulak tersepit kat tengah-tengah antara kau orang berdua sekarang ni."
Raizal pejamkan matanya. Dia tahu Dandalina sudah banyak menderita dengan apa yang sedang berlaku. Raizal hela nafas berat. Tapi tak ada sesiapa yang faham apa yang sedang melanda rumah tangga dia dan Dandalina ketika ini.
"I tak mintak apa-apa daripada you, Zal. I cuma mintak you jangan putus semangat. Itu aje. Bab perbelanjaan dalam rumah ni, as long as I masih kerja, biar I yang tanggung. You tak payah risau. I faham condition you sekarang ni."
YOU ARE READING
40 HARI
HorrorTajuk: 40 HARI Penulis: KHAIRUL ASWAD Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-27-1 Sumpahan yang membelenggu keturunan Haji Sulaiman bukanlah suatu cerita cereka semata-mata bagi penduduk Kampung Wang Merak. Selepas kematian Dandalina, Raizal cuba men...