•••••••••••••••COMPLETE/TAMAT••••••••••••
THE TUX 2 (My Perfect Nightmare!) MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI "THE TUX: Where the Spark's Begin". Bagi anda yang belum lagi membaca THE TUX: Where the sparks begin, sila lah membacanya agar anda tahu bagaimana...
Pada mulanya, Carol ingin menulis Part 2 ini dalam Part 1, tetapi terlalu panjang pula😩 So, terpaksa dibahagikan kepada dua, maka terjadilah Flashback Part 1 & 2. Semoga terhibur! And oh! Jangan lupa ditekan butang Vote ya? Bye........
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jannine POV.
Aku bangun tidur dengan pakaian yang sama dari semalam. DAMN! Aku tertidur dalam kereta Phi Joss! Bagus Jannine, Bravo! Sindir ku pada diri sendiri.
Dengan badan yang sudah segar, aku melangkah menuju kearah bilik mandi.
Selepas mandi, aku melirik kedalam almari, mencari pakaian yang menarik minat mood ku pagi ini.
Okay! Dah jumpa!
Dengan siulan kecil, aku mencapai power bank, smartphone ku dan kunci kereta, lalu berlari menuruni anak tangga.
"Selamat pagi Nong Jannine, mari sarapan dahulu," jemput pembantu rumah ku, namun aku melambaikan tangan.
"Sorry Phi, Jane sudah lambat! Makan sahaja breakfast itu," kata ku.
Dengan pantas, kereta ku meninggalkan perkarangan rumah, menuju kearah satu kawasan.
10:30 pagi.........
Aku memerhatikan bangunan didapan ku, lalu mencapai telefon, mendail nombor seseorang.
"Sambung kan saya kepada encik Joss! Katakan kepada nya bahawa cik Jannine di hospital akibat keracunan makanan." Terang ku sambil tersenyum licik!
Sebentar kemudian, terdengar suara lelaki menjawab panggilan dengan nada cemas.
"Ya, ini Joss way-Ar. Hospital mana Jannine dimasukkan sekarang?" Tanya suara itu cemas.
"AHAHAHAHAHAHA....!!! Sorry Phi. Jannine terpaksa menipu, hahahaha.....😂😂😂"
"Kau....kau fikir lucu ke, hah?! Kenapa kau menipu diawal pagi? Apa untung nya berbuat begitu, hah?!"