.
.
.
Author Note:••• First of all, maafkan saya sebab kali ini saya tidak menepati janji untuk update setiap hujung minggu. Well, saya tidak mungkin mengabaikan janji saya andai ianya tidak beralasan. 2 minggu sebelum ini, saya dihantar oleh atasan untuk Practical jauh dari kawasan Kota, which mean the internet connection is very low. So, setelah semalam berjaya menghabiskan tempoh Practical, baharu lah sekarang saya dibenarkan untuk pulang! Woo....Hoo...! Finally Im free again..!
😆✌😆✌😆✌😆
🎉🎉🎉🎊🎊🎊💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚
.
.
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
.3rd Person POV
•••••••••••Sesusuk tubuh padat namun bukan gemuk, milik lelaki remaja sedang duduk dengan melipat kaki didalam bilik tidur, bertemankan suasana cahaya malap awal pagi yang sedikit masuk melalui celah-celah langsir yang tidak tertutup rapat. Lelaki berwajah super comel dengan gelaran "Kissable cheeks" itu sedang termenung seorang sambil mengetuk-ngetuk smartphone di dagunya dengan lagak seperti sedang memikirkan masalah dunia.
Berberapa hari lepas hingga saat ini, dia masih tidak percaya dengan kenyataan baru yang baharu sahaja diperolehi!"P'Pha.......why?"
Bibirnya mudah sahaja mengucapkan nama itu! Nama yang tidak asing lagi didalam kamus hidupnya. Nama yang memberi 1001 erti yang tidak mampu diberikan oleh insan lain. Nama yang begitu istimewa buat nya. Namun, untuk berberapa hari lepas hingga detik-detik ini, nama itulah yang dia cuba sedaya-upaya untuk melupakannya.
"......mengapa Phi?"
"Mengapa aku tidak pernah menyedari semua ini sebelumnya?" Soal Wayo dengan bibir terketar-ketar! Matanya berair menahan sedih.
Jelas sekali andai dirinya dilanda gelora perasaan yang sukar untuk diluahkan!
Bukti-bukti yang terkumpul sudah cukup meninggalkan torehan dalam pada mindanya! Betapa ingin sekali dia kuburkan semua itu dan.........!
.
.
.
TAK!!!!!!
.
.
.
Mustahil... dia takkan pernah dapat menguburkan kenyataan! TAK AKAN PERNAH! Gam kan itu dalam minda mu, Wayo Panichayasawat!
Sebab sesungguhnya nya dia bukan lah Tuhan, dapat menukar takdir. Yang mampu dia lakukan pada saat ini hanyalah menerima kenyataan baru itu dan berusaha untuk hidup sebati dengan nya! Oh Tuhan, mengapa harus dia? Mengapa harus P'Pha?! Baginya, Phana Kongthanin terlalu sempurna dan tidak mempunyai sisi cacat cela! Tetapi fakta baru itu justeru telah mengubah persepsi susuk tubuh pahatan dewa Zeuz yang Phana miliki, berubah menjadi lembaga hitam yang digeruni, sehingga.....
...........
.......!!!!Tidakkkkk...........!!!!!
"Hhah.....hhah.....HAH...!" Wajah comel itu berubah pucat dengan degupan jantung tak terkawal!
Rupa paras tampan si kekasih, sempat bertukar mengerikan dalam fikiran nya! Nyata sekali, dia terlalu jauh berkhayal diawal pagi hingga tanpa sedar, sudah satu jam setengah dia duduk memikirkan masalah itu!
Dia bangun lalu mencapai sebotol air mineral yang biasa dia bawa bersama walaupun hingga ke bilik tidur. Dibukakan penutup lalu diteguk rakus isinya, berharap agar cecair itu dapat meneutralkan gelora dijiwa.
Berberapa hari ssebelumnya, setelah dia dan Ming pulang dari lawatan terakhir di universiti berprestij, -'Eement V'- Wayo dilanda kegusaran dan diam-diam memasang rancangan untuk menyelidiki latar belakang kekasihnya! Entah mengapa, namun perasaan nya mengatakan dia harus mengambil langkah dan melakukan sesuatu. Setidak-tidak nya, pada akhir waktu nanti, jika terbukti ini semua hanyalah mainan perasaan, dia dapat bernafas dengan lega dan membuang rasa bodoh yang kini perlahan-Lagan mencipta jarak antara mereka berdua.
Namun, persoalannya sekarang adalah, dia harus bermula dari mana?!
YOU ARE READING
THE TUX - Book 2
Fanfic•••••••••••••••COMPLETE/TAMAT•••••••••••• THE TUX 2 (My Perfect Nightmare!) MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI "THE TUX: Where the Spark's Begin". Bagi anda yang belum lagi membaca THE TUX: Where the sparks begin, sila lah membacanya agar anda tahu bagaimana...