Episode 70: One step closer!

91 14 15
                                    

Author Note:

"Okay, sebelum anda semua meneruskan pembacaan, Carol akan membuat sedikit pengumuman disini. The Tux akan melabuhkan tirai tidak lama lagi. Mungkin untuk berberapa episod, then after that say Goodbye to Pasangan utama FanFic ini. Dari the Tux 1 hingga the Tux 2, kita sudah menyaksikan bagaimana perjalanan kedua-dua pasangan ini kan? Pertama sekali, mereka bertentang mata saat Dinner, then berjumpa lagi untuk kali yang kedua di Tux Clubhouse malam pernikahan Ambrose, lalu Phana sengaja membeli penthouse dan berjiran dengan Wayo, then rasa cemburu mulai terbit, bermain game Truth or Dare, Rasmi jadi pasangan kekasih dan continue lagi kisah mereka sehingga detik ini dimana Papa Yo adalah halangan utama dalam perhubungan mereka. Then after that, what? Can they survive as a lover?

* Saksikan kisah seterusnya dalam episod kali ini!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
.
.

Phana POV.

Setelah aku meletakkan gangang telefon, aku memejamkan mata ku untuk seketika. Bau kopi Americano yang ku hirup berberapa teguk sebelum aku menjawab panggilan, masih terasa kesan pahitnya dilidah ku. Laptop ku, ku pandang untuk seketika sebelum aku tersenyum tidak percaya.

Mungkin aku terdengar bodoh, namun untuk bulan ini, inilah pertama kalinya aku terasa sunguh bahagia, teruja dan bagai tak percaya dalam masa yang sama, sehinggakan aku ketawa kecil mengenangkan nasib ku! Berberapa hari yang lalu, aku hampir kehilangan Wayo Ku lagi untuk kesekian kalinya, hinggakan aku terpaksa merelakan malam natal ku, ku sambut sendirian bertemankan mama dan papa. Bukannya aku tidak bersyukur menyambut Natal dengan ahli keluarga ku sendiri, cuma aku sudah merancang awal-awal lagi bahawa aku akan membawa malaikat kecil ku ke rumah orang tua Ku dan kami akan memasang Bunga Api bersama-sama. Namun, semuanya tidak kesampaian akibat rahsia ku yang sudah bocor separuh. Ya, separuh tetapi tetap saja itu menyakitkan jiwa ku!
.
.
.

Tetapi, untuk saat ini........

".......wow?!" Aku masih lagi sukar mempercayai telinga ku!

"Terima Kasih Tuhan," ucap ku sambil bersandar tenang di sofa kegemaran ku.

Ceiling bilik tidur, ku tenung lama. Kini, cuma kesenyapan dan kedamaian yang mengisi ruang hatiku untuk saat ini! Entah apa yang terjadi disana hingga Wayo berubah dan meminta maaf. Mungkinkah ini mukjizat dari permintaan malam natal ku....? Jujurnya, aku juga ingin mengaku semua inisejak awal lagi, tetapi aku tak tahu harus bermula dari mana....! Sedangkan yang kekasih Ku tahu cumalah separuh, tetapi tindak balasnya cukup drastik! inilah yang menyebabkanaku selalu sahaja mengurung niat ku.... tetapi untuk berapa lama?Sampai Bila.....?
Cepat atau lambat, dia pasti akan tahu juga kan? Lalu selepas Itu......?

Entahlah! Buat masa sekarang, aku ingin fokus pada satu benda dahulu, iaitu....

"Oh Yes! Aku tahu sekarang!" Lonjak ku gembira sebelum aku berjalan penuh riang menuju ke satu arah, iaitu pintu bilik tidur orang tua Ku.
Mungkin saat ni mereka sudah tidur? Haruskah aku ganggu quality time mereka? Tapi aku tak mampu menahan diriku dari rancangan yang baru sahaja mengetuk minda Ku,

Lalu.........

'TOK!'
'TOK!'
'TOK!'

................

".......Ma? Mama sudah tidur kah? Boleh Nong Pha masuk sekejap?"

.
.
.
.
.
.
****************************

Wayo POV.

Selepas memberanikan diriku meminta *sesuatu* dari Papa, sumpah! Aku jadi sedikit gentar untuk bersua muka dengan orang tua ku sendiri! Entah mama sudah tahu tentang hal ini atau tidak, tetapi seperti mama juga kurang berbual dengan Ku. Adakah ini firasat Ku semata-mata atau cuma mainan perasaan disebabkan aku diburu rasa bersalah.

THE TUX - Book 2Where stories live. Discover now