Author Note:"Ada yang menangis di episode sebelumnya? Hahaha.....😂 Well, Carol sendiri hampir menangis namun kena tabah! Tangisan Carol lebih kepada sebab peribadi iaitu penukaran keseluruhan Actors Original 2Moon setelah beredar berita mengenai 2Moons 2 Audition. Nah, siapa yang tidak menangis/ kecewa andai Actors kesayangan mu ( Godt thanit itthipat & Bas suradet Piniwat ) bakal ditukar?! Apapun, semoga ada karma disebalik semua kejadian ini. Dan tanpa membiarkan masalah tersebut terus menganggu aktiviti Carol disini, let's get it started!
Ingat,
⭐⭐ PLEASE VOTE,
💬💬 LEAVE SOME COMMENTS,
🌈🌈 AND LIVE IN YOUR FANTASY!Be one of a kind~ Oh_Carol
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3rd Person POV.
Jannine hanya meluruskan pandangan nya ke hadapan tanpa ada niat untuk mengajak insan yang masih tersedu disebelah nya untuk berbual. Bukan bermaksud dia kejam atau tidak berhati perut, namun dia mengerti Wayo lebih dari orang lain mengerti adik lelakinya ini.
~ Kesenyapan lebih bermakna berbanding kata-kata semangat namun kosong semata-mata! ~
"Phi akan singgah sebentar di Stesen petrol. Emergency! Kau nak belikan makan atau minum?"
"............"
"Baiklah, Phi pergi dahulu. Lock pintu, tau?"
"..............Hiks!"
PAP!
Bunyi pintu ditutup agak kuat bergema di sekitar tempat stesen petrol itu yang sengaja diparkir dibahagikan belakang agar mudah bagi Jannine untuk berlari menuju ke tandas. Wayo yang masih dalam kepayahan untuk menelan air liur akibat terlalu lama menangis, tidak menyedari andai dirinya yang kelihatan comel dan rapuh itu sedang diperhatikan seseorang.
'Ah, susah juga kalau terus begini! Lebih baik aku masuk kedalam 7/11 sekejap! Mana tahu andai mereka ada menjual ubat flu,' pujuk hati nya sambil mencabut kunci kereta Jannine sebelum meninggalkan kenderaan itu.
Setelah memastikan bahawa kereta kakak nya sudah dikunci, Wayo mulai berjalan perlahan sambil menunduk kan kepala, mendekati kedai 7/11 itu.
Kakinya terhenti tatkala dia terpandang sesusuk tubuh...., atau lebih tepat lagi bayang-bayang seseorang yang dengan sengaja menghalang laluan nya.
"Adik manis, kenapa menangis sendirian, hmm?"
Suara Garau tetapi berunsur niat tidak baik itu jelas tertangkap pendengaran Wayo.Serta-merta badan nya menggeletar hebat. Kakinya mulai lemah dan bagai dipaku ke tanah! Sukar bagi dirinya untuk membuat pertimbangan apa yang harus dilakukan!
'Haruskah aku berlari? Bagaimana jika dia sempat mencapai kolar baju ku ketika aku membalikan badan?! Bagaimana kalau aku buat tidak endah dan berjalan terus tanpa memperdulikan nya? Lalu nanti dia akan mengekori ku dan menarik ku kedalam semak ketika aku melintas lorong gelap! Jadi apa yang harus aku lakukan?! Aku pasti dengan jarak ku yang jauh dari 7/11 ini mustahil bagi mereka untuk mendengar suara ku andai aku berteriak! Bagaimana kalau aku berteriak memanggil P'Jane? TIDAK! Aku tidak boleh membahayakan keselamatan P'Jane demi kepentingan ku!' Fikir perasaan Wayo yang mulai berkecamuk!
"Phi.... Tt...,tolong jangan ganggu saya Phi....! Saya merayu, please...."
Setitis demi setitis air mata indah itu berjujuran lagi namun kini atas sebab yang berbeza! Ya, kini air mata Wayo tumpah kerana dia sedar nyawa dan keselamatan nya dalam keadaan bahaya.
Dan secara reflek, kakinya melangkah setapak demi setapak ke belakang. Disamari lampu neon yang bewarna jingga, tidak sedikit pun wajah sempurna bak malaikat itu kekurangan keindahan nya, malah sikap nya yang takut dan rapuh telah membarakan lagi niat lelaki itu yang kini berubah arah.
YOU ARE READING
THE TUX - Book 2
Fanfic•••••••••••••••COMPLETE/TAMAT•••••••••••• THE TUX 2 (My Perfect Nightmare!) MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI "THE TUX: Where the Spark's Begin". Bagi anda yang belum lagi membaca THE TUX: Where the sparks begin, sila lah membacanya agar anda tahu bagaimana...