part 1 : Imbasan

259 22 0
                                    

Kringgggg...

Loceng sekolah berbunyi tanda waktu rehat sudah tiba.

Guru mata pelajaran matematik berjalan keluar daripada kelas sambil menghayunkan rotannya. Semua murid bergegas untuk ke kantin sebelum makanan di kantin lesap dibeli oleh penghuni sekolah.

Jungkook termenung di tempat duduknya sambil melihat ke luar tingkap.

'Bila dia nak kembali?'

Jungkook menitiskan air matanya tanpa sedar.

Suga ternampak Jungkook yang sedang terleka dengan lamunannya itu lalu terus menyapanya.

"Kenapa ni kookie? Ada masalah ke?"

Jungkook membalas,
"Aku rindu dia. Rindu sangat."

"Aku pon rindu dia. Semua orang rindu dia. Tapi jomla makan tak elok biarkan perut tu kosong" suga menghulurkan roti coklat kepada jungkook.

Jungkook menolak roti itu daripada menerimanya. Jungkook meletakkan kepalanya di atas meja sambil mengeluh dengan kuat.

"Kalau dia nampak kau macam ni, dia pon akan suruh kau makan jungkook." Kata jimin yang baru sahaja selesai menyiapkan kerja sekolahnya.

Jungkook mengakat kepalanya sambil merenung ke arah jimin. Dengan lembutnya Jimin berkata,

"Dia bukan sengaja tinggalkan kita. Keluarga dia yang mendesak dia untuk pindah sekolah. Aku pon rindu dia tapi janganlah macam ni Jungkook. Kau akan sakit nanti"

"betul tu. Nanti bila dah nak mati baru kau menyesal tak dapat makan roti yang aku beli ni . bukan senang nak dapat roti percuma dari aku tau" kata suga sambil merajuk.

"Hahahaha. Buruk la bila orang tua merajuk. Yelah, aku makan roti tu, meh sini meh roti masuk dalam mulut aku" jungkook ketawa dengan kecomelan suga. Suga mengalihkan pandangannya dari jungkook.

"Aku pon berharap dia akan pindah ke sini semula" kata suga sambil melihat gamba kelas di papan kenyataan.

Tiga yang lalu,

Taehyung melihat kertas yang baru sahaja diberikan oleh ibunya di atas lantai dengan perlahan.

'Tae sayang, ayah bukan nak halang kamu bergaul dengan budak-budak di sekolah kamu itu, ayah cuma nak kamu tukar sekolah untuk sementara waktu ke tempat ayah berkerja sekarang ni supaya lebih senang untuk kita berjumpa. Maafkan ayah tak sempat nak bagi tahu kamu face to face. Ayah busy sangat. Tolong ye sayang, kalini je, ambilla surat untuk pertukaran sekolah di pejabat sekolah kamu. Ayah merayu sangat'

-Encik Kim-

Taehyung menutup surat itu dengan mata yang berkaca-kaca.

"Tapi, tae baru je dapat bersama dengan kawan tae semula, kenapa kena tukar?" Taehyung menghalakan surat itu kepada ibunya.

"Bukan ibu nak pisahkan korang, ayah nak tinggal dengan kita sebab kita selalu sangat tidak ada masa bersama, jadi boleh la sayang? Kali ni je?" Kata ibunya sambil menggenggam tangan Taehyung dengan lembut.

"Boleh je kan pergi tanpa saya ?" Taehyung mengesat air matanya.

"Taehyung.." Puan Kim berkata dengan nada yang lembut.

"BAIKLAH. kali ni sahaja" Taehyung bergerak pergi dari meja makan ke dalam biliknya dan meninggalkan Puan Kim di dalam dunia nya.

Keesokkan harinya.

"Korang, aku ada benda nak cerita" Taehyung memulakan perbualan.

"Apa dia?" Jin tertanya-tanya.

Taehyung melepaskan keluhannya dahulu sebelum meneruskan ceritanya.

"Mak ayah aku suruh aku pindah sekolah buat sementara waktu ni. Jadi minggu ni last aku dekat sini." V memejamkan matanya sambil menunduk.

"APAA??!!" serentak 6 pemuda itu menjerit.

"Kenapa?"

"Bagaimana?"

"Sejak bila?"

"Tidakk!!"

Setiap mereka menjerit perkara yang berlainan.

Taehyung menutup telinganya dengan tangannya akibat kebingitan jeritan yang dilepaskan oleh 6 pemuda di hadapannya itu.

Namjoon memegang bahu taehyung dengan kuat sambil berkata

"kenapa?? Kau baru je pindah sini, takkan kau nak pindah lagi???"

Jhope menambah "Serious tak kelakar Tae. Dalam banyak banyak benda hambar kau pernah cakap, benda ni paling hambar wee!"

Jin mencelah "Berani kau tinggalkan kitorng yang single ni. Tak kesian ke dengan kitorng??"

Enam pemuda itu memandang Jin dengan reaksi pelik sebaik sahaja mendengar kata kata jin yang baru dilepaskan itu.

"Kau nak mengarut jangan sekarang Jin hyung" kata jungkook dengan nada mendatar.

Taehyung tertawa kecil melihat geligat enam pemuda itu.

"Takpe, janganla risau, aku akan kembali semula dekat sekolah ni. Janganla risau ye" dengan perlahan Taehyung mengangkat beg galasnya sambil berjalan keluar dari kelas dan melambai tangannya ke arah enam pemuda itu sebagai tanda selamat tinggal. Taehyung membelakangi kelas itu sambil berkata,

"Selamat tinggal. Harap kita dapat berjumpa lagi"

Taehyung meninggalkan kelas itu sambil menggigit bibirnya kerana perasaan sedih menguasai dirinya sekarang.


[Edited]

Nothing Without You || BTS ✔Where stories live. Discover now