Part 14 : Entahlah

97 11 37
                                    

Taehyung menangis setelah membaca surat yang Jimin berikan itu. Sungguh dia sebak dengan apa yang dibaca nya. Dia taknak kehilangan Jimin. Dia lebih rela mati dari kehilangan Jimin. Jin yang baru sahaja melangkah masuk ke ward itu terkejut melihat Taehyung menangis.

"Yaa! Kenapa ni? Baru sedarkan diri dah nangis kenapa ni?" Jin berdiri di sebelah katil yang Taehyung sedang menangis di atasnya.

"J-Jimin" Taehyung tak mampu teruskan ayatnya kerana penat menarik nafasnya yang tersekat-sekat akibat nangis.

"Jimin? Dia sakitkan kau lagi ke? Takguna jantan tu dia memang nak ke--"

"Bukan hyung" Taehyung menyekat dialog Jin.

"Dah tu kenapa? Jangan la buat aku risau" Jin duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil itu.

"Baca" Taehyung menghulurkan surat yang Jimin beri kepadanya sebentar tadi.

Jin membaca setiap huruf yang ditulis oleh Jimin dengan teliti. Setelah selesai membaca surat tersebut, Jin memandang ke arah Taehyung yang masih sedang menangis itu.

"Aku akan cari Jimin" Jin memegang tangan Taehyung.

"Tolong hyung, aku taknak hilang dia lagi. Aku baru nak rasa bahagia semula" Taehyung mengesat air matanya lalu menyedut hingusnya yang meleleh.

"Iya Taehyung adikku. Dah jangan sedih nanti kau sakit lagi" Jin tersenyum melihat Taehyung yang sedang menyumbat hidungnya dengan tisu kerana hidungnya tersumbat.

Comel je dia ni.

___

"SELAMAT HARI JADI TAEHYUNG!" 4 pemuda bangtan boys menjerit di dalam ward Taehyung. Nasib la rakan sebilik Taehyung tu dah check out semalam.

Flashback

"Esok aku keluar, kau ada pinjam aku punya berus gigikan? Bagi balik" Rakan sebilik Taehyung berdiri disebelahnya.

"Alaa bagila aku pinjam. Berus gigi aku kat rumah la" Taehyung menyorokkan berus gigi rakannya itu daripada dijumpai.

"Kau suruh la kawan kau yang bahu lebar tu bawakkan" Dia menarik tangan Taehyung yang sedang menyembunyikan berus gigi tersebut.

"Tak boleh! Ia milik aku sekarang PARK SEOJOON !" Taehyung menjilat berus gigi tersebut lagi dan lagi. Dari atas sampai hujung kemudian naik balik.

Oh nama rakan sebilik dia Park Seojoon wuu.

"Bapak kau ! suke hati kau je jilat berus gigi aku. KAU TAHU TAK BERUS GIGI TU EDISI TERHAD ?! AKU TERPAKSA BERATUR NAK DAPATKAN BERUS GIGI BARBIE TU!" Seojoon memukul kepala Taehyung sebanyak yang mungkin.

Main barbie rupanya. Muka hensem tapi barbie's fans rupanya.

"Sakitlah Hyung! Nah la amik la. Taknak pon!" Taehyung menghalakan berus gigi itu kepada SeoJoon.

"Taknak aku. JIJIK!" Seojoon menepis berus gigi tersebut.

"Eleh masa aku berus gigi, barbie kau ni sapu jugak gigi aku kena jugak air liur aku. Nampak tak bangang tu" Taehyung melemparkan senyuman sinis.

"Diam la. Aku nak balik. Boleh murung aku dapat roommate macam kau" Seojoon membelakangi Taehyung lalu mengemas begnya .

"Oi Seojoon. Kau kencing manis kan? Aku nak tanya boleh?" Taehyung memandang Seojoon yang sedang ligat mengemas begnya.

Nothing Without You || BTS ✔Where stories live. Discover now