Part 4 : Rahsia #2

117 17 1
                                    

'Tolong rahsiakan kehadiran aku hyung'

Ayat itu mengganggu Suga sepanjang masa.

Jimin yang perasan akan perubahan tingkah laku Suga itu meletakkan tangannya ke atas bahu Suga.

"Hyung, kalau kau ada masalah cerita je. Ape guna kawan kan?" Jimin memicit bahu Suga dengan sebelah tangannya.

Suga menolak tangan Jimin lalu berkata
"Apa guna kawan? Kau macam takde guna je"

Suga menyindir Jimin sambil ketawa kecil.

Jimin mengalihkan pandangannya dari Suga tanda merajuk dengan kata-kata suga tadi.

"Alolo merajuk pulak. Orang cakap kalau selalu stress boleh gemuk" Suga memujuk Jimin.

"Alah cakap pasal gemuk pula, tahu je kelemahan orang" Jimin ketawa kerana pujukan Suga berjaya terhadapnya.

Bagi Jimin, Suga ni lelaki paling savage yang pernah dia kenal.

Tetapi bila kenalnya dengan lebih rapat, Suga ni baik je.

Jimin tersenyum seorang diri sambil menulis nota yang diberi oleh cikgunya.

Waktu balik.

"Suga nanti jumpa pukul 5:00 petang kat padang tau" kata Jhope sambil mengemas begnya.

"Aku takpasti. Rasa macam takboleh pergi je" Suga mematahkan senyuman Jhope.

"Kenapa pulak? Kau tinggal dekat dorm atas ni je, dekat ott ngan padang takkan takleh pergi?" Jhope mengcekak pinggangnya.

"Aku mengantukla. Kau nak ke orang tengok aku ni macam orang tak betul. Tak malu?" Suga membalas.

"Betul jugak en, kau bila ngantuk nampak macam orang gila je. Ey malu aku" Jhope ketawa.

"Tahu pun"

Suga meninggalkan Jhope yang sedang ketawa seorang diri.

"Bukan aku taknak pergi, tapi aku ade benda nak settle dengan 'dia' " Suga bercakap dengan perlahan.

"Apa dia? Kau ada cakap something ke?" Aku tak dengar , ulang balik" Jhope ingin tahu dengan ape yang Suga katakan dengan pelahan sebentar tadi.

"Eh takde apa lah. Aku tengah nyanyi tadi" Suga menipu.

"Fuyo nyanyi, aku ingat kau boleh rap je" Jhope menyindir.

"Eh. Semua orang boleh nyanyi. Cuma sedap tak sedap je nyanyian tu" Suga mempertahankan dirinya.

"Yela Cikgu nyanyian. Dah ah bye aku nak siap sedia nak gi padang petang ni" Jhope melambaikan tangannya tanda selamat tinggal.

Sebaik sahaja jhope menghilang dari pandangan matanya, Suga terus berlari ke dorm tanpa menoleh ke kiri dan kanan.

__

(¿) POV

"Tolong rahsiakan kehadiran aku hyung" Aku memegang tangan Suga.

"Kenapa? Dorang akan seronok kalau dorang tahu kau dah ada dekat sini" Suga meluahkan. 

"Dengan keadaan aku yang macam ni? Kau ingat dorang akan seronok ke?" Aku bertegas. 

"Kau kena ragut je. Dorang faham la tu cedera yang kena time kena ragut" Suga memegang bahu aku.

"Aku nampak macam kena ragut ke? Aku nampak macam kena pukul tahu tak. Dan aku rasa betulla benda tu yang jadi" aku tetapkan pendirian aku.

Nothing Without You || BTS ✔Where stories live. Discover now