Part 10 : Tipu!

72 12 4
                                    

"TAEHYUNG!"

Suara Jimin mengejutkan Taehyung yang cuba untuk menolak Yoonji pergi jauh dari dia.

"J-Jimin?"

Taehyung menolak Yoonji dengan kuat sebaik sahaja melihat Jimin terpacak di hadapannya.

Muka dia bengis.

"Jimin kau salah faham" Taehyung cuba untuk mencapai tangan Jimin namun ditepis olehnya.

"NI KE HADIAHNYA? Wow terang sekali kau nak cakap kau nak bersama dengan Yoonji balikkan??!!" Jimin menggenggam tangannya dengan kuat.

"Tak Jimin. Sumpah tak! Aku cum--"

Dbukk!

"PENIPU !"

Tumbukan Jimin tepat di dada Taehyung. Taehyung jatuh tersungkur di hadapan Jimin dan Yoonji.

"Jangan cakap dengan aku lagi mulai hari ni!" Jimin meninggikan suaranya kepada Taehyung.

"K-kau tak percayakan a-aku ke Jimin?" Taehyung cuba untuk bangun sambil memegang dadanya yang sakit itu.

"Hah ye! AKU TAK PERCAYAKAN KAU!" Jimin membaling kek cawan yang Taehyung sediakan itu tepat di muka Taehyung. Jimin dan Yoonji meninggalkan Taehyung yang sedang tersungkur di tanah itu.

Yoonji tersenyum melihat pergaduhan antara Jimin dengan Taehyung itu.

'Ini yang aku nak'

Bisik hati Yoonji yang kejam itu.

"Kenapa jadi macam ni?" Taehyung membiarkan air matanya jatuh tanpa henti.

Sakitnya

Peritnya

Sebab ni ke aku tiba tiba rasa nak cakap dekat Jimin supaya jangan tinggalkan aku?

Taehyung berlari memasuki dormnya dan membiarkan kek cawan itu di lantai. Bagi Taehyung, sakit ditinggalkan oleh sahabat sendiri lagi sakit dari tumbukan yang Jimin singgahkan di dadanya tadi.

Taehyung mengemas pakaiannya dengan segera lalu menyimpannya didalam beg. Tanpa berfikir panjang, Taehyung terus bergerak menuju pulang ke rumah mak ayah nya.

"Sorry Jungkook aku tak boleh datang. Dada aku sakit sangat" Taehyung meninggalkan bangunan dorm itu lalu memasuki teksi yang berdekatan dengan kawasan itu.

___

"Mana Taehyung ni? Kata nak datang" Jungkook memundar mandir di dalam biliknya itu.

Jungkook membuka pintu biliknya lalu bergerak menuju ke taman dimana Taehyung janji mahu bertemu Jimin disitu. Jungkook terpaku melihat kek cawan yang Taehyung beli bersama-sama dengannya itu jatuh mencium lantai itu. Jungkook berasa tidak sedap hati setelah melihat kek cawan itu.

"Mesti ada tak kena ni" Jungkook berjalan menuju ke dorm Taehyung.

___

"Terima kasih encik!" Taehyung mengukirkan senyuman kepada pemandu teksi itu.

Akhirnya Taehyung tiba di hadapan rumah mak ayahnya itu. Dia berharap dengan meluangkan masanya bersama dengan mak ayah nya itu dapat mengubat sedikit rasa pedih di hatinya.

Nothing Without You || BTS ✔Where stories live. Discover now