part 2 : kenangan

134 16 0
                                    

Dengan berbaki 20minit lagi sebelum habisnya waktu rehat, Jungkook, Jimin dan Suga berjalan menuju ke kantin sekolah untuk mendapatkan sedikit hidangan mulut untuk dijamah.

Jimin yang sedang berdiet hanya membeli secawan buah tembikai dan terus bergerak ke arah meja yang berpenghunikan hoseok dan juga Namjoon.

"Eh Jimin, kenapa makin kurus ni? Dah tak comel la . aigo" hoseok meluahkannya selepas menggigit burger daging yang dibelinya itu.

"Diam la Hoseok hyung. Aku nak kekalkan dulu berat aku yang sekarang ni, nanti susah aku menari dengan perut yang macam belon" Jimin mencucuk lidi ke dalam potongan tembikai yang dibelinya itu lalu menyumbatnya ke dalam mulut.

"Tak semestinya makan banyak boleh gemuk, cuba tengok jin hyung. Dia makan satu kedai makanan pon kurus je. Tapi bahu dia pulak yang melebar" hoseok dan Jimin ketawa

"Oh korang kutuk aku ye." Jin mencelah sebaik sahaja tiba di meja makan tersebut.

"Eh mana ada. Kitorang cakap je" hoseok meletakkan tangannya di dadanya akibat terkejut mendengar suara jin.

Sebaik sahaja Jungkook dan Suga tiba di meja makan tersebut, hoseok bersuara.

"Kau nampak penat je Jin hyung. Kenapa?"

"Oh ye, aku dengar cerita, taehyung akan masuk sini balik minggu depan. Tu yang aku lari datang sini dengan gembira nak citer kat korang" Jin berdiri sambil tersenyum luas.

"Eleh . kau selalu cakap macam tu, dari haritu lagi, bukan boleh percaya kau ni"

Flashback

"Weee taehyung nak pindah sini weh! Jumaat ni! Serious tak tipu!" Jin memeluk jungkook dengan gembira.

Hari jumaat

"Jin hyung, kau kata taehyung pindah sini balik harini? Mana we? Aku taksabar dah ni" Jungkook meluahkan kepada jin.

"Bila masa aku cakap? Kau salah dengar ni" Jin berjalan keluar dari kelas.

"WTF HYUNG" Jungkook membebel seorang diri.

End of flashback

"Oh pernah eh aku buat camtu? Ahh lantaklah yang penting kalini aku betul betul serious. Aku dengar sendiri Puan Yoori cakap kat tandas tadi" Jin menerangkan cerita kepada Jungkook.

"Jap. KAU MASUK TANDAS PEREMPUAN KE KAMBING???" Suga memegang kolar baju Jin.

"EHHH KAU SALAH FAHAM! AKU LALU JE DEPAN TANDAS TU PASTU AKU DENGAR PUAN YOORI CAKAP MACAM TU AKU BERHENTI NAK DENGAR. AKU TAK MASUK PON!!" Jin menyumbat mulut suga dengan kentang goreng.

"Hoi korang berdua, slowkan la suara korang tu. Korang dah jadi attention semua orang tahu tak" Namjoon menunding jari kepada penonton pergaduhan kecil antara Suga dan Jin.

"Ni mamat ni tiber je" Jin menyumbat mulutnya dengan kentang goreng sambil duduk.

"Tapi serious we taehyung akan pindah sini balik" Jin mengungkit semula.

"EH DIA NI TAK HABIS LAGI KE PASAL TU??!" 5 pemuda yang geram dengan Jin itu memukul kepala jin sambil berlari masuk ke dalam kelas.

Suasana di kantin yang tadinya riuh menjadi sunyi sebaik sahaja mereka meninggalkan kantin tersebut.

__

"Lama lagike nak balik? Aku lapar lahh" Jin merengek.

"Kau bila masa je kenyang Jin hyung?" Namjoon menyindir.

Jin mencubit peha namjoon sambil menendang kakinya.

Namjoon menepis segala serangan yang diberikan oleh Jin.

Jin melihat hoseok yang sedang memakan makanan ringan secara sorok-sorok. Tanpa berfikir panjang, Jin membaling remukkan kertas ke arah hoseok.

"Yaa! Aku tengah lapar , berani kau tak share makanan ngan aku? Seriousla ?" Jin menyilangkan tangannya.

Jhope ketawa besar kerana melihat ketaksuban Jin tentang makanan.

"Alololo nah la amik satu paket ni. Ini je last aku tinggal. Kalau korang nak gi share dengan Jin" hoseok memberikan bungkusan makanan ringan itu kepada jin.

"Ah takde, hoseok bagi aku. So ni aku punya !" Jin memeluk bungkusan tersebut.

Jungkook merebut paket makanan tersebut dengan Jin sehingga membuatkan bunyi bising yang amat.

"JUNGKOOK ! JIN !

Berani korang membuat bising dalam kelas saya ?!

Dah la makan dalam kelas!

Sebagai denda, bersihkan kelas waktu balik ni. Jangan berani nak lari!"

"Baik cikgu.." Mereka menyerah.

Kringggg..

Loceng waktu balik terlindung dengan suara jeritan para pelajar kerana dapat pulang awal daripada biasa kerana guru-guru mempunyai hal emergency.

Jungkook dengan Jin ditinggalkan di dalam kelas untuk membersihkan kelas.

Selesai sahaja mereka membersihkan kelas , Jungkook melepaskan keluhan dia dengan berat sambil berkata "Laparnyaaaaaa"

"Aku pon lapar" Jin mencelah.

"Kalau taehyung ada, mesti banyak makanan kat kita sekarang ni" kata Jungkook sambil baring di lantai .

Nothing Without You || BTS ✔Where stories live. Discover now