part 3 : Rahsia

122 18 1
                                    

"Kalau V ada, mesti banyak makanan kat kita sekarang ni" Kata Jungkook sambil baring di lantai.

Jin merenung Jungkook yang sedang mengesat air matanya daripada jatuh ke lantai.

Flashback

"Meh makan sini, kesian korang workhard sampai tak makan. Meh makan meh"

Taehyung menghulurkan bungkusan makanan kepada Jungkook , Jhope dan Jimin.

"Jangan practise selalu, nanti otot korang kejang. Tak elok untuk kesihatan" Taehyung mengusap peluh Jhope yang mengalir laju seperti air hujan menggunakan tuala.

"Alahai caring-nya Hyung sorang ni. Kesihatan kau pon kena jaga juga" Jungkook mengusap kepala Taehyung.

"Kau lap peluh kau dekat rambut aku kee kookie ?!" Taehyung menepis tangan Jungkook.

"Hahahahahah . sorry sengaja!" Jungkook, Jimin, jhope dan Taehyung melepaskan ketawa yang kuat membuatkan suasana di dalam bilik tarian itu bergema dengan hilai ketawa mereka.

End of flashback

"Hmm janganla macam ni. Bukannya kita takdapat jumpa dia lagi. Macam mana la dia nak tenang kat sana kalau kau asyik sedih je teringat dia" Jin membangunkan Jungkook yang terbaring di lantai.

" 'tenang kat sana' ? Kau cakap macam dia dah mati pulak" Jungkook memukul peha Jin.

"Takdalah maksudnya macam, kalau kau asyik sedih, nanti dia rasa tak sedap hati kat sana macam mana? Kalau dia tak focus masa nak berjalan kaki kat jalan raya sebab dia rasa tak sedap hati sebab kau tengah sedih sebab dia, sampai dia kena langgar macam mana?"

Punya banyak perkataan 'sebab' Jin menyebut kerana ingin bertegas dengan Jungkook.

Jungkook tidak mampu berkata-kata lalu mengangkat badannya dari terus melekat di lantai untuk menyimpan peralatan yang digunakan untuk membersihkan kelasnya sebentar tadi.

"Lamanya korang ni, dari tadi kitorang tunggu dekat kantin korang tak turun-turun" Namjoon menyilangkan tangannya tanda geram.

Jimin , Suga dan Jhope yang baru sahaja tiba di hadapan pintu kelas mereka juga menyilangkan tangannya.

"Ala sabarlah. Kelas kita ni ada 33orang je tapi sampah macam satu sekolah duduk dalam ni"

Jin mengangkat begnya dilantai lalu menuju ke arah 4 pemuda yang berada di hadapan pintu.

Jungkook mengekori Jin dari belakang lalu mereka berenam meninggalkan kelas itu untuk hari ini.

__

5hari selepasnya.

Suasana di sekolah harini pada 7pagi memang agak sunyi sedikit berbanding hari sebelum ini.

Maklumlah malam semalam hujan lebat, angin yang dingin terbawa-bawa sehingga pagi.

Ramai pelajar yang lena tidur kerana kesejukan yang sedap untuk dirasa oleh kulit kulit mereka.

Suga pelajar pertama yang berada di kantin seawal 7:30 pagi untuk menjamah perutnya.

Dia membeli makanan lalu duduk di meja paling hadapan dengan dorm yang mereka duduki itu.

Suga mencapai telefon nya yang berada di dalam poket seluarnya sambil menyuap sesudu bubur didalam mulutnya.

Suga melihat notification yang ada untuk melihat takut takut ada perkara penting yang perlu dia lakukan sebelum memasuki kelasnya pada pukul 9:00 pagi nanti.

Bzz.. Bzzz..

Tiba-tiba telefon Suga berdering ketika dia sedang sibuk menyuap mulutnya dengan bubur yang dibeli. Suga terkejut melihat nama yang menelefonnya ini.

Dia mengangkat panggilan itu dengan cepat kerana tidak sabar untuk bercakap dengan siapa sahaja yang dia tengah telefon sekarang ni.

"Hyung.. aku ada dekat sini.. tolong aku.. tol--" Panggilan terputus.

Senyuman lebar suga menjadi pudar apabila panggilan itu terputus.

Dia berlari meninggalkan buburnya di atas meja dan menuju ke arah orang yang menelefonnya sebentar tadi.

Suga POV

Aku menelefon dia lagi dan lagi tetapi panggilan tidak dijawab.

Aku berlari dengan pantas ke semua tempat yang berdekatan dengan kolej aku.

Aku mencari pemilik suara yang menelefon aku tadi sambil membawa mata yang berkaca-kaca.

"Hyung.. tolong aku.. Tol--"

Ayat itu bermain difikiran aku.

Ayat itu membuatkan aku tidak berputus asa untuk mencari dia.

Aku berhenti berlari dan berdiri di sebelah pokok besar yang berdekatan dengan belakang sekolah.

Aku terus menerus menelefon 'dia' tanpa henti tetapi tetap tidak di angkat walau banyak mana pun di telefonnya.

Aku terduduk di bawah pokok sambil menangis.

"Maafkan aku. Tolong la angkat panggilan telefon aku. Aku tak jumpa mana kau. Tolong la.." Aku merintih.

"h..hyu..hyung"

Aku menoleh dan ternampak tuan suara itu sedang terbaring di belakang kolej. Setibanya aku di sana, aku terkejut melihat keadaan pemilik suara tu.

"YAAA!!"

End of suga POV

9:30 am

"Mana Suga ni takkan la tak datang. Tinggal dekat dorm je takkan takboleh datang" Jimin membebel.

"Dia tertidur la tu. Maklumla Suga kan kaki tidur. Kalau panas pun dia boleh tidur, ni kan sejuk , lagi lena la dia tidur. Silap silap esok baru bangun kot" Sindirian Jhope membuatkan Jimin ketawa.

KETANGGG

Bunyi pintu terbuka mengejutkan para penghuni di dalam kelas.

Kehadiran Suga dengan rambut yang tidak disikat dan kasut yang masih dipegang di tangan membuatkan para pelajar di dalam kelas ketawa berdekah dekah.

Suga tidak boleh menghalang dirinya daripada ketawa juga.

Dia meminta maaf kepada guru yang sedang mengajar didalam kelas itu kerana terlambat untuk 30minit.

Suga menuju ke tempat duduknya di sebelah Jimin yang baru sahaja bercakap berkenaannya.

"Kau kenapa lambat ?" Jimin memulakan perbualan.

"Aku tertidur aduhai menyesal pula" Suga menyikat rambutnya dengan tangan.

"Kan aku dah cakap Jimin-ssi" Jhope memukul belakang Suga sambil ketawa.

Suga memalingkan pandangannya ke luar tingkap sebaik sahaja suara ketawa Jhope menghilang dari pendengarannya.

Suga terganggu dengan ayat yang 'dia' melontarkan kepadanya sebelum memasuki ke kelasnya tadi.

'Tolong rashsiakan kehadiran aku hyung.'

Nothing Without You || BTS ✔Where stories live. Discover now