Part 6 : Hari Yang Dirindui

114 12 4
                                    

"Nanti kita jumpa dekat rumah aku pukul 7:00 malam ni. Mak ayah aku takde dekat rumah. So korang boleh la tidur rumah aku malam ni kalau kita balik lambat" kata Taehyung sambil menyimpan barang di dalam begnya.

"Okay. Bye bye. Tae!" 5 pemuda itu bergerak pergi meninggalkan Taehyung dan Jungkook berduaan di dalam kelas.

"Eh, Kookie, teman aku pergi daftar masuk dorm dekat kolej ni boleh?" Taehyung memandang ke arah mata Jungkook.

"Oh boleh je. Tapi kenapa kau tak tinggal dekat rumah kau je?" Jungkook menarik tangan Taehyung supaya berjalan keluar dari kelas mereka.

"Mak ayah aku suruh aku sewa dorm dekat sini. Diorang suruh aku bergaul dengan budak dekat kolej ni" Taehyung membuka plastik straw yang melekat pada kotak airnya itu.

Jungkook mengangguk lalu menunding jarinya ke arah meja pendaftaran dorm di sebelah kanan mereka.

Taehyung menuju ke arah meja itu lalu menyuruh Jungkook untuk memegang kotak minuman yang diminum olehnya itu.

"Nah pegang ni"

Tanpa Jungkook sedar dia telah menyedut minuman itu sikit demi sedikit.

Selepas 15minit,

"Okay settle. Terima kasih Tuan Woo" Taehyung mengukirkan senyuman kepada pakcik tua itu. Jungkook memberi kotak minuman itu kepada Taehyung lalu melarikan diri daripadanya.

"YAAA! KAU HABISKAN AIR AKU KENAPA KOOKIE ?!!" Taehyung mengejar Jungkook dengan pantas dan membuatkan kawasan itu menjadi riuh rendah.

__

7:00 malam

Semua orang sudah tidak sabar untuk pergi berjalan setelah sekian lama perkara ini tidak terjadi. Namun begitu masih ada seorang lagi jejaka yang tidak sampai walaupun sudah janji untuk berada disini pada pukul 7.

Kita dah boleh teka siapakah jejaka yang paling lambat bersiap di antara mereka.

Yep,

Jimin la sapa lagi.

"Haa sampai dah. Ingatkan tak jumpa dah jalan nak datang rumah ni. Mentang-mentang lama tak datang sini" Jungkook bersuara.

"Ala aku tak jumpa hoodie aku tadi. Takkan aku nak pakai seluar je tak pakai baju" Jimin mencubit pipi Jungkook.

"Takyah pakai apa apa pon boleh juga" Jungkook dan Jimin ketawa berdekah-dekah. Semua orang dah serik dengan alasan yang Jimin selalu beri bila dia lambat.

Jimin sendiri pon taktahu kenapa dia selalu lambat kalau nak bersiap.

Budak tu memang pelik.

Mereka semua berjalan kaki menuju ke stesen LRT. Mereka memilih untuk berjalan kaki kerana bak kata Namjoon :

"this is what we call Quality time" .

Sedang mereka leka berbual di tepi jalan, telefon Jimin berbunyi.

Kringg.. Kringg..

Jimin melihat nama orang yang sedang menelefonnya itu lalu mengangkat panggilan tersebut.

"Siapa tu?" Bisik Suga.

"Yoonji" Jimin berbisik semula.

6 pemuda di situ terkejut bila Jimin kata yang menelefonnya itu ialah seorang wanita yang bernama Yoonji. Sebaik sahaja Jimin memutuskan panggilan tersebut, Jin bersuara :

"kenapa Yoonji telefon kau masa ni? Kau tak cakap kat dia ke yang kita tengah hangout?"

"Dah aku dah cakap. Tapi tak tahu la pahal dia nak call" Jimin memandang ke arah Taehyung dengan rasa serba salah.

"Kenapa kau pandang aku?" Taehyung mengangkatkan keningnya. "Bukan ke Yoonji tu ex-girlfriend kau? Kau tak marah ke dia call aku?" Jimin menggentel bajunya kerana takut kalau Taehyung marah. Maklumlah bila Taehyung marah, takda sape berani tegur dia.

Seram weh!

Macam harimau.

"Lah, pahal pulak la aku nak marah. Dia tu ex je bukannya dia tu still ngan aku. Aku pon tak suka dia dah sekarang" Taehyung meluahkan. Jimin lega bila dapat tahu yang Taehyung tidak marah terhadapnya.

"Terima kasih Taetae. Aku ingat kau marah. Aku pon no idea kenapa dia tiba-tiba call aku" Jimin memeluk tangan Taehyung.

"Ala biarlah dia tu kita tengah bersama ni takyah la pikir pasal orang lain. Pikir pasal kita je" Taehyung memukul bahu Jimin dengan perlahan.

"Tah kau ni Jimin. Overthinking sangat" Suga menendang punggung Jimin dengan kuat.

"YAA! Sakitlah hyung!!"

Jimin menyapu punggungnya akibat keperitan tendangan Suga itu.

"Meh aku tendang punggung kau sampai tenggelam baru kau tahu sakit tu apa sebenarnya!"

Jimin mengejar Suga yang sedang berlari menuju ke dalam stesen LRT itu.

5 pemuda yang lain hanya mampu ketawa melihat perbuatan mereka berdua itu.

Sungguh situasi ini la yang amat mereka rindui dan berharap sangat ia tidak akan pernah berakhir.

__

7:00 pagi . Di rumah Taehyung,

Angin sejuk di pagi hari ini masih sama macam malam semalam.

Angin yang sejuk ini telah mengejutkan jejaka yang paling handsome iaitu, Taehyung.

Dia mengangkat lalu membawa dirinya menuju ke tandas yang berdekatan.

Setiap langkah yang dia lakukan perlulah berhati-hati kerana takut terpijak 5 pemuda yang sedang tidur lena di atas lantai biliknya.

Jungkook tidur di atas katil kerana badannya cepat sakit sekiranya tidur di lantai.

Nasib baik katil Taehyung itu luas dan lebar.

Muatlah si muscle Kookie tu mahu tidur di sebelah Taehyung.

Selepas 15 minit Taehyung membersihkan dirinya di dalam tandas, Taehyung memilih pakaian yang patut di pakainya sebelum pergi ke kolej.

Sedang leka Taehyung mengeringkan rambutnya yang basah itu dengan menggunakan tuala,  telefon Jimin yang berada di atas meja itu berbunyi.

Taehyung menghampiri telefon Jimin untuk melihat nama yang menelefon Jimin itu.

Takut-takut kalau emergency call ke.

Taehyung melihat nama yang keluar di screen itu lalu tergamam.

"Yoonji Sayang?"

Nothing Without You || BTS ✔Where stories live. Discover now