"Joonie.. Kamu boleh tolong kan?" soal appa
Aku memandang muka appa dan omma, mereka kelihatan sedih dan risau dan juga terdesak mahu aku menerima permintaan mereka. Bagi aku permintaan mereka sangatlah berat untuk aku.
"Tapi, Joon tak cintakan dia dan juga Joon tak pernah kenal dia!"
"Joonie.. Tolong terima perkahwinan ni, omma dengan appa merayu sangat"
Aku tak tahu la, rasa macam tiada guna sahaja aku melawan. Keputusannya tetap sama jadi aku terpaksa la kan..
"Hm kalau itu yang appa dengan omma minta, Joon terima sahajalah.. Sebab appa dengan omma dah banyak berkorban untuk Joon dan jaga Joon sehingga hari ini, Joon terima. Anggap sahajalah ini cara Joon balas jasa omma dan appa." aku tersenyum palsu
"Terima kasih Joonie.. Kamu memang anak yang baik, maafkan omma dan appa sebab paksa dan buat begini kepada kamu. Tapi omma tahu ini yang terbaik untuk kamu. Omma dan appa sayang dengan kamu Joon." omma memeluk aku erat
"Terima kasih HyunJoon sebab kamu sudi tolong uncle dengan aunty. Kami minta maaf sebab menyusahkan kamu, kami tahu ini permintaan berat untuk kamu.. Pasal majlis esok tak perlulah kamu semua risau, kami semua sudah sediakan." ucap Tuan Min
Aku tersenyum palsu. Mereka semua berterima kasih dan bersalaman dengan kami lalu beredar untuk pulang ke rumah. Aku berjalan menaiki anak tangga menuju ke bilik. Aku hempas pintu bilik lalu aku duduk di balkoni bilik aku. Aku mengeluh sambil memandang langit malam yang dihiasi bintang.
Kenapa mesti aku jadi penganti pengantin perempuan tu? Kenapa aku? Sudah tiada perempuan lain lagikah di dunia ini? Sebenarnya hati aku sakit, sebab aku ni cuma dipergunakan untuk tutup malu keluarga mereka. Kononnya mereka tak nak orang lain cakap buruk pasal diorang, maruah jatuh la apa semua. Majlis tu mesti dilangsungkan sebab ada ramai tetamu datang dan juga banyak tetamu yang dari luar negara datang. Ugh! Diorang tak nak menyusahkan mereka semua tapi aku?
Dahlah aku tak kenal pengantin lelaki tu, berjumpa pun tak pernah apatah lagi bercakap. Kahwin ni bukan sesuatu yang boleh bawa main weyh, benda ni sekali seumur hidup je. Aku baru je berangan nak kahwin dengan orang yang aku sayang dan cinta tapi semua tu dah musnah! Ugh what a life!
Aku meyebamkan kepala aku di lutut, menangis.
"Joonie.." panggil abangku, Park Jimin
Aku tidak menjawab sebaliknya aku terus menangis
"Sudahlah, jangan menangis lagi. Abang tak suka tengok Joon sedih macam ni. Abang tahu benda ni berat untuk kamu, tapi abang yakin ini yang terbaik untuk Joonie walaupun benda ni tiba-tiba sahaja. Abang tahu kamu kuat Joon.." dia menggosok lembut belakang aku
"Tapi kenapa mesti Joon? Dah takda perempuan lain kat dunia ni? Kenapa hidup Joon macam ni? Tuhan tak sayang Joon ke?" aku memeluk Jimin sambil menangis
"Abang kenal Yoongi tu macam mana, dia kawan baik abang. Dia seorang yang baik Joon, dia tak akan sakitkan Joon. Abang tahu dia macam mana Joon."
"Betul ni? Dia baik? Dia bukan kaki pukul kan? Kan??"
"Ya, abang tak tipu"
Aku mengesat air mataku. Lega sedikit hatiku bila Jimin cakap dia baik.
"Tapi.. Macam mana kalau dia tak terima Joon? Kan dia masih sayangkan perempuan tu"
"Jangan risau, perlahan-lahan dia akan cuba terima kamu. Tapi kamu pun kena usaha juga."
"Tapi.. Joonie tak cintakan dia"
"Abang tahu tapi kamu perlu juga usaha untuk cintakan dia dan juga usaha supaya dia terima kamu."
Aku mengeluh. Haih susah la macam ni.. Boleh tak kalau aku dilahirkan jadi batu? Life batu lagi bahagia dari manusia. :"
"Sudahla tu, pergi lah tidur." suruh Jimin
"Hm nanti la, Joon nak tengok langit kejap"
Jimin tiba-tiba sahaja memeluk kuat leherku lalu dia tertawa. Dia mengusutkan rambut aku yang memang sudah kusut itu
"Ishhhh!! Abang ni!!" marahku lalu memukul kuat lengannya
"Ni last dah abang buat macam ni, lepas ni takde dah. Nanti suami kamu pula yang buat macam tu HAHAHAHAH" dia ketawa kuat
"Hmph, baik abang diam. Mulut abang tu dah banyak sangat dosa!" sindirku
"Marah ke?"
"Eeee dahlah! Pergilah keluar, kacau je Joon nak menikmati langit malam! Shuhhh shuhhh" aku menendang paha Jimin
"Ish ye la!" dia berdiri lalu keluar dari bilik aku.
Sunyilah lepas ni takda dah kawan aku nak bergaduh, bermain apa semua. Takda dah orang nak menyakat aku, aku tak sanggup tinggalkan rumah ni. Aku belum bersedia lagi sebenarnya.. Tapi jodoh aku dah sampai awal kan so redha je la. Tapi betul ke dia ni jodoh aku? Ke bodoh? Ya la mana tahu kan nanti cerai..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hi guys! I am back with another storyyy!! How was first chapter? Is it okay? Please vote and comment! I will appreciate every vote and comment you give. Please support this story! Stay tune for more chapter! Thank you.
YOU ARE READING
[✔️] My Last Wish || Min Yoongi
RomanceYou're my serendipity. I wasn't looking for you, I wasn't expecting you. But I'm very lucky I met you,you are exactly percisely and perfectly what I waited for.