Yoongi🥀
Aku duduk di sebelah katil Hyunjoon, aku menangis sambil memegang erat tangannya. Hati aku terasa pilu melihat dia terbaring lemah di atas katil hospital kerana satu penyakit yang digelar kanser.
Kenapa selama ni aku tak tahu? Aku bodoh dan aku tak berguna sebab aku tak jalankan tanggungjawab aku sebagai suami, aku sepatutnya ambil berat tentang dia. Aku rasa bersalah sangat dengan dia..
"Hyunjoon ah.. Irreona.." aku memanggil perlahan
Tiada respon daripadanya. Air mata aku tidak berhenti-henti mengalir, aku tak sanggup kehilangan dia sebab aku dah mula cintakan dia dan aku dah mula sayang dia. Dia sudah berjaya mencuri hati aku.
"Yah budak, bangunlah, bercakap dengan aku. Aku rindu kau.."
Aku sebamkan kepala aku di tepi katilnya sambil mencium lembut tangannya. Dalam hati aku, aku berdoa banyak kali agar dia sembuh dari penyakitnya dan sedar dari tidurnya. Sudah 5 jam dia tidak sedarkan diri, aku mahu mendengar suara comelnya itu. Aku mahu dengar suara ketawanya..
"Y..Yoongi.." aku pantas mengangkat kepalaku.
"Hyunjoon!" aku lantas berdiri lalu mengesat air mataku.
"Syukurlah, kau dah sedar" dia masih lagi dalam keadaan lemah
"Doktor! Doktor!!" aku menjerit dengan kuat. Tidak lama kemudian, doktor datang dengan seorang nurse.
Mereka sibuk memeriksa keadaan Hyunjoon.
"Tuan ini suami puan Hyunjoon ke?" soal doktor itu sebaik sahaja dia selesai memeriksa Hyunjoon
"Ya, aku suami Hyunjoon. Dia tak apa apa kan?"
"Boleh awak ikut saya ke bilik saya sekejap? Saya perlu bagitahu awak sesuatu" aku mengangguk perlahan. Dalam hati aku sudah risau, apa yang doktor mahu bagitahu aku? Aku haraplah berita baik.
"Sila duduk" pelawa doktor lelaki itu. Aku duduk di hadapannya
"Em tuan Min yoongi kan?" aku mengangguk
"Er penyakit isteri tuan sekarang sudah semakin teruk kerana dia tidak pernah menjalani apa apa rawatan sebelum ni. Dia sekarang sudah berada di tahap 4"
Aku menahan air mata aku.
"Saya sarankan isteri tuan untuk menjalani pembedahan tapi pembedahan ini risikonya agak tinggi. Pembedahan ini berkemungkinan besar akan gagal, dan boleh menyebabkan kematian."
"Tolonglah lakukan apa apa sahaja, yang penting isteri aku sembuh! Tolonglah, aku merayu.."
"Baiklah, kami akan cuba yang terbaik. Tuan boleh tandatangan kontrak ni tanda tuan setuju dengan pembedahan ini." dia menolak kertas dan pen ke arahku, tangan aku bergetar ketika aku menandatangani kontrak itu. Aku takut kehilangan isteri aku.. Aku takut.. Aku harap lah pembedahan ini membawa hasil yang baik..
"Baik, kami akan aturkan pembedahan isteri. Nanti kami akan maklumkan masa pembedahan kepada encik." Aku bangun lalu keluar dari bilik doktor itu. Aku berjalan ke arah wad Hyunjoon yang ditempatkan di wad V.I.P.
"Y..Yoongi ah" panggil Hyunjoon sebaik sahaja aku masuk ke dalam wadnya.
"Kenapa? Kau perlukan apa-apa?" aku menyoal dengan lembut
"Mi.. Mianhae" dia menangis sambil memandang aku
"Untuk apa kau minta maaf?" aku memegang tangannya
"Sebab saya tak bagitahu awak semua ni dari awal lagi. Saya minta maaf sebab buat awak menangis dan buat awak rasa sedih.." aku lap air matanya
"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal ni?"
YOU ARE READING
[✔️] My Last Wish || Min Yoongi
RomantizmYou're my serendipity. I wasn't looking for you, I wasn't expecting you. But I'm very lucky I met you,you are exactly percisely and perfectly what I waited for.