24

77 14 4
                                    

Aku duduk di tepi kolam sambil merendam kaki aku ke dalam air. Aku memandang ke arah langit yang biru, dan awan yang ada pelbagai bentuk di atas langit.

"Ya tuhan, tolonglah beri aku sedikit masa lagi untuk meluangkan masa dengan dia.. Aku mohon.."

"Jikalau boleh, engkau hilangkanlah penyakit aku ini. Aku sebenarnya rasa terseksa kerana penyakit ini. Setiap hari kepala aku sakit dengan teruk. Aku juga perlu menyembunyikan hal ini dari dia." air mata aku jatuh satu titik demi satu titik.

"Hyunjoon?" panggil Yoongi

Aku segera mengesat air mata aku, aku tidak mahu dia nampak aku menangis. Aku menoleh ke arahnya

"Nae? Awak nak saya buat air untuk awak?" aku cuba untuk senyum

"Taklah. Kau kenapa kat sini?" dia duduk di sebelah aku

"Oh, tak ada apa apa. Saja.." aku memandang ke arah kaki aku yang berada dalam air

"Kau nak tak jalan-jalan dengan aku?" dia menyoal aku sambil memandang ke arah lain

"Jalan? Nak!!" terukir senyuman di bibir aku

"Ok. Aku bagi kau 15 minit untuk bersiap. Cepat"

"Kita nak pergi mana?" aku masih lagi duduk

"10 saat sudah berlalu" balasnya. Aku terus berlari masuk ke dalam rumah dan naik ke bilik untuk bersiap. Ish! Bukannya dia nak bagitahu!

Aku mengenakan pinafore dress dan juga sweater(?) berwarna putih. Aku mengenakan make up nipis di wajahku.

Selesai sahaja bersiap, aku terus turun ke bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai sahaja bersiap, aku terus turun ke bawah. Yoongi menunggu aku di ruang tamu sambil melihat telefonnya.

"Awak!" panggilku sebaik sahaja aku sampai di bawah

Dia terus memandang aku. Aku tersenyum manis ke arahnya.

"Saya dah siap!" aku tersenyum lebar. Dia memandang aku tanpa berkelip, aku menjadi hairan melihat dia berkelakuan begitu. Dah kenapa dia ni?

"Yoongi?"

"Uh?"

"Awak ok? Kalau tak, tak payahlah kita jalan"

"Ani, aku ok. Dah jom" aku mengangguk, aku mencapai sneaker aku lalu aku sarungkan di kaki

Selepas aku mengunci rumah, aku terus masuk ke dalam kereta.

"Kita nak pergi mana?" soalku

"Pantai" dia mula memandu keretanya

"Hah pantai?! Yeayyyyy!!!" aku mula rasa teruja. Sudah lama aku tidak pergi ke pantai, aku rindu nak hidu bau laut

"Ya. Duduk diam-diam, nanti terhantuk baru tau"

"Hehe" senyuman masih tidak lekang dari bibir aku.

🐱

Sampai sahaja kami di pantai aku terus turun dari kereta. Aku berlari seperti kanak kanak berumur 5 tahun di pasir pantai sambil mendepakan tangan, menghirup udara segar pantai.

"Hyunjoon!!" panggil Yoongi sambil berjalan ke arah aku

Aku berhenti melangkah, aku menoleh ke arahnya

"Ish kau ni boleh tak jangan jadi budak-budak? Lari sana sini, nanti jatuh macam mana?" leternya

"Eleh jatuh pun pasir juga" aku tersengih.

Angin bertiup menyebabkan rambut aku terbang sana sini sehingga rambut aku menjadi kusut. Aku asyik menguak rambut aku ke belakang kerana rambut aku asyik menghalang penglihatan aku dan asyik masuk ke dalam mulut. Lupa pula nak bawa ikat rambut tadi..

"Tunggu kat sini kejap" Yoongi pantas berlari ke arah keretanya. Entah apa yang diambilnya, aku hanya berdiri di sana memandang ke arah laut yang biru.

Sedang aku asyik melihat laut biru di hadapan aku tiba-tiba aku merasakan seperti ada seseorang menyentuh rambut aku. Aku mahu menoleh tapi orang itu menahan kepalaku

"Tengok depan. Aku nak ikat rambut kau"

"Yoongi?"

"Kejap" dia mengikat rambut aku dengan ikatan 'ponytail'

Jantung aku berdegup kencang kerana perlakuannya. Selepas sahaja dia selesai, dia terus memusingkan badan aku ke arahnya. Dia tersenyum manis ke arah aku, aduh gummy smile dia ni boleh buat aku pengsan!!!

"Macam mana? Selesa?" soalnya sambil memegang bahu aku

Aku perlahan-lahan mengangguk dengan mata aku yang terkebil-kebil melihatnya. Dia menggosok kepalaku, makin kencang jantung aku berdegup. Dia ni dah kenapa?

Muka aku merona merah kerananya. Aku mengalihkan pandangan aku dari dia lalu perlahan-lahan aku berjalan menjauhi dia

"Kenapa tinggalkan aku?" dia berjalan beriringan bersamaku

"Hah em.. Hehehe saja" aku tersenyum janggal

Tiba-tiba dia mencapai tangan aku lalu dibawa ke gengamannya, aku terkedu. Jantung aku seperti berhenti seketika

"Awak.." aku merenung wajahnya

"Kenapa?"

"Er.. Tak ada apa-apalah" aku tersenyum lalu aku balas gengamannya.

🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉

Update lagi😂🤘🏻

[✔️] My Last Wish || Min YoongiWhere stories live. Discover now