Yoongi🐱❣
Budak, kau buat apa?
Aku tersenyum bahagia melihat mesej yang tertera di skrin telefon aku.
Takde buat apa-apa
Saya tengah baring ni
Baring je kerja kau.
Pemalas!Eh hello!
Saya baru je sapu daun kat halaman tadi yeee
Awak apa tau?!
Hm.
Susah nak percaya..Eee awak kalau mesej saya sebab nak cari pasal, baik tak payah!
Benci ah macam ni 😤Hah merajuk la tu 🙄
Diam lah!
seen✔
Hah bukannya reti pujuk! Hmph!! Tak guna punya si beku! Baik tak payah chat! EEEEE BENCI AHHH!!
Aku tumbuk bantal yang berada di sebelahku, geram tau tak!
"Joon, kau buat apa tu?" Jimin yang tiba tiba masuk memandang hairan ke arahku
Aku membuat muka monyok lalu aku naikkan tangan aku ke dada
"Lah kenapa ni Joon, abang ada buat salah ke?" dia datang ke arahku lalu dia duduk di birai katil
"Bukan abang!"
"Habistu siapa? Eomma? Kenapa dia ketuk kepala Joon dengan sudu lagi?" soal Jimin
"Ish bukan eomma juga! Tapi Yoongi!!"
"Lah, apa yang dia buat sampai kamu merajuk macam ni?"
"Dia cari pasal dengan Joon!" aku mencebik
"Haih betullah kan apa yang Yoongi cakap, kamu ni kuat merajuk." dia gelengkan kepalanya
"Abang pun sama, dahlah keluar sana!" aku menolak lembut bahu Jimin
"Shhh, ok ok abang dah tak cakap macam tu lagi" dia menarik aku ke dalam pelukannya
"Abang, belanja Joon makan aiskrim" pinta aku
"Ya nanti abang belikan. Abang sebenarnya ada benda nak beritahu dengan Joon ni" dia leraikan pelukan
"Apa dia?"
"Sebenarnya semalam abang mimpi ngeri" beritahunya
"Mimpi apa? Hantu?" soalku
"Bukan. Ini lagi ngeri dari hantu.."
"Apa dia, bagitau la cepat"
"Abang mimpi Joon ada cancer otak tahap 4, dan tiba tiba abang ada kat satu tempat ni, dia warna putih je semua langsung tak ada orang ataupun tumbuhan cuma warna putih sahaja. Masa tu abang panik sebab takut tiba tiba Joon datang, Joon pegang tangan abang. Joon bawa abang jalan, tapi tak tahu ke mana. Tiba tiba Joon berhenti lepastu Joon senyum kat abang then Joon cakap 'Mianhae sebab Joon perlu tinggalkan abang dan yang lain. Masa Joon dah habis kat dunia ni.' Lepas je dari mimpi tu terus abang rasa tak sedap hati, abang cuba untuk ketepikan semua perasaan tu tapi tak dapat!" aku terkedu mendengar cerita Jimin
Itu semua kenyataan abang.. Mimpi tu betul. Air mata aku mengalir dari pipi lalu aku peluk erat badan Jimin.
"Abang.." air mata aku tidak berhenti mengalir. Patutkah aku bagitahu Jimin pasal penyakit aku?
Aku rasa ya sebab dia ialah orang paling penting buat aku. Kalau aku tidak bagitahu, dia akan tahu juga sebab dia dah mula rasa tak sedap hati, dan perkara ini akan buatkan dia tanya aku banyak soalan.
"Kenapa Joon nangis ni?" dia usap kepala aku
"Abang, mimpi tu betul. Joon ada cancer otak tahap 4, abang.." terus dia leraikan pelukan
"Joon... Apa yang Joon merepek ni, kamu jangan main main dengan abang! Tak mungkin kamu ada cancer otak!" dia pegang bahu aku
"Tak, Joon tak tipu.. Semua tu betul.. Joon minta maaf abang!" aku tundukkan kepala aku
Tiba tiba aku terdengar esakan dari Jimin, aku terus angkat kepala aku
"Abang, uljima.."
"Macam mana abang tak nangis kalau adik kesayangan abang kena cancer! Kamu ingat perkara ini main-main?! Benda ni boleh bawa maut tahu tak! Pembedahan pun risikonya agak tinggi! Kenapa kamu tak bagitahu abang sejak awal?"
"Maaf, Joon pun baru tahu dua minggu lepas"
"Yoongi dah tahu?"
Aku gelenggkan kepalaku
"Kenapa kamu tak bagitahu suami kamu pasal penyakit ni?"
"Joon tak nak dia sakit lagi.. Cukuplah dengan ujian berat yang menimpa dia selama ini, dia sudah cukup terseksa! Joon tak nak dia tambah terseksa lagi! Dia dah mula sayangkan Joon, macam mana Joon nak bagitahu dia? Joon tak sanggup tengok dia nangis lagi."
"Haih, abang tak tahu nak cakap apa.."
"Abang, tolong jangan bagitahu siapa siapa pasal ni. Joon tak sanggup tengok orang yang Joon sayang sedih sebab Joon. Abang tolong janji dengan Joon" aku keluarkan jari kelingking aku
Dia pandang lama wajahku lalu dia sambungkan jari kelingkingnya dengan jari aku
"Dah Joon tidur la, abang nyanyikan lagu untuk Joon ya" dia usap kepalaku
"Terima kasih abang" ucapku lalu aku baring di atas katil aku
Dia usap lembut kepalaku lalu dia mula nyanyikan lagu untuk aku.
"Abang bangga dengan Joon sebab tabah hadapi semua ujian ni. Teruskan, jangan pernah kamu putus asa. Abang doakan yang terbaik buat kamu, abang sayang kamu."
🌧🌧🌧🌧🌧🌧🌧🌧🌧🌧🌧🌧🌧
DOUBLE UPDATE YOOOO🙋🏻💜 JANGAN LUPA VOTE K SEKIAN☺👌🏻
YOU ARE READING
[✔️] My Last Wish || Min Yoongi
רומנטיקהYou're my serendipity. I wasn't looking for you, I wasn't expecting you. But I'm very lucky I met you,you are exactly percisely and perfectly what I waited for.