29

107 15 24
                                    

Aku dan keluarga aku menunggu di hadapan bilik pembedahan dengan perasaan gelisah. Hyunjoon masih lagi di berada di bilik pembedahan setelah 4 jam berlalu.

Aku menggengam kedua-dua tanganku. Ya tuhan selamatkanlah nyawa isteriku, dan permudahkanlah segala-galanya.. Aku tidak sanggup. Aku tidak sedia untuk menerima kehilangan orang yang aku sayang.

"Dia akan selamat. Hyunjoon kuat orangnya. Aku pasti dia akan survive untuk orang yang dia sayang."pujuk Jimin sambil memegang bahuku.

"Aku rasa bersalah sebab tak pernah layan dia dengan baik sebelum ni. Aku suami tak guna!"ucapku lalu menutup wajahku menggunakan kedua-dua belah tanganku.

"Tak, hyung. Hyung seorang suami yang baik sebenarnya cuma hyung tak tahu macam mana nak tunjuk perasaan sayang tu. Hyung.." dia menggosok belakang aku

Tiba-tiba pintu bilik pembedahan dibuka. Aku segera berlari menuju ke kearah doktor bedah yang merawat Hyunjoon.

"Doktor! Macam mana dengan keadaan isteri aku?!"soalku kepada doktor yang baru saja keluar dari bilik pembedahan.

Doktor itu tundukkan badannya 90 darjah, setelah itu dia mengeluh berat

"Doktor, kenapa dengan isteri aku? Dia selamat kan? Dia baik baik sahaja kan?" aku sudah mula cemas, aku pegang bahunya

"Maafkan kami tuan. Kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan isteri tuan tapi.. Tapi ianya tetap tidak berjaya. Maafkan saya sekali lagi" doktor itu tundukkan badannya sekali lagi lalu dia berlalu pergi meninggalkan aku yang terkejut dengan berita tersebut.

"Tak! Tak mungkin!! Jimin semua ini mimpi kan?!" aku tarik kolar baju Jimin, emosi aku tidak terkawal

Jimin menggelengkan kepalanya lalu menangis begitu juga dengan ahli keluarga aku yang lain.

"Hyunjoon!.." eomma terduduk mendengar berita tersebut

Katil yang membawa mayat Hyunjoon dibawa keluar oleh jururawat yang bertugas

"HYUNJOON!!" aku tahan katil tersebut

"kenapa kau tinggalkan aku? Hyunjoon kenapa? Kenapa kau kejam? Aku sayang kau Hyunjoon, bangunlah! Bangunlah, bercakaplah dengan aku! Hyunjoon cepatlah bangun!!" aku peluk badannya sambil menangis dengan kuat

"Hyung sudahlah tu.." Jimin tarik badan aku

"Tak Hyunjoon masih hidup! Doktor tu tipu aku! Tak mungkin Hyunjoon mati!" aku tolak badan Jimin

"Yoongi bertenang!" suruh ibu dengan muka risau

"Hyung kena terima kenyataan! Hyung tak boleh macam ni! Macam mana Hyunjoon nak bersemadi dengan tenang kalau hyung macam ni?!" marah Jimin

"Tapi aku sayang dia!.."

"Aku faham perasaan hyung tapi hyung kena terima kenyataan"

Aku menundukkan kepala aku.

Aku mengesat kasar air mataku, aku pergi ke arah katil yang membawa Hyunjoon. Aku menarik nafas dengan dalam

"Hyunjoon ah, saranghae. Tunggu aku kat sana ya, nanti kita jumpa." aku kucup bibirnya buat kali terakhir.

Selepas itu, jururawat menutup wajahnya dengan kain dan membawanya pergi dari aku.

Aku terduduk lemah di kerusi

"Yoongi, ibu tahu apa yang kamu rasa tapi kamu perlu terima hakikat ya.. Ibu tahu kamu kuat. Bersabar.." ibu memeluk badan aku

"sampai bila Yoongi perlu bersabar? Yoongi sudah lama bersabar tapi tengoklah sekarang apa yang jadi, cinta pertama Yoongi pergi tinggalkan yoongi, sekarang? Hyunjoon pula pergi. Apa semua ni? Yoongi tak kuat eomma, yoongi sudah tidak tahan lagi dengan semua ni! Tiada guna yoongi hidup kalau yoongi asyik terseksa. Tiada guna ibu.. Tiada guna! " semua orang menangis mendengar kata-kataku.

[✔️] My Last Wish || Min YoongiWhere stories live. Discover now