Macam biasa si Yoongi tu hantar aku pergi kerja. Dan juga macam biasalah dia jumpa Hana :)
Sampai sahaja aku di cafe aku terus masuk ke dalam kedai. Malas aku mau melihat dua ekor babun tu.
Aku membasahkan kain kerana aku mahu mengelap meja makan. Aku perah kain itu lalu aku berjalan keluar dari dapur.
Aku melihat ke luar cafe, diorang masih lagi tengah berbual. Tapi aku tengok Hana macam sedih je lepastu Hana senyum. Ah biarlah, apa aku peduli!
Aku sambung mengelap meja dan menurunkan kerusi dari meja. Semasa aku sedang mengelap meja tiba tiba Hana berdiri di sebelah aku.
"Eh kau pahal?" aku memandang hairan ke arahnya
"Weyh sorry beb, aku tahu kau marah dengan aku. Sorry weyhh" ucapnya
"Weyh Jebon, apa kau merepek ni?" aku masih lagi mengelap meja
"Aku tahu yang si Yoongi tu suami kau. Sampai hati kau kan kahwin tak ajak aku datang! Jahat la kau. Lepastu kau tipu aku yang dia tu cousin kau" kata-katanya membuatkan aku berhenti mengelap
"Hah? Suami? Apa kau merepek ni? Kau sakit eh?" aku meletakkan tangannku di kepalanya
"Tak payah la nak sorok-sorok lagi. Aku dah tahu hal sebenar."
"Macam mana kau tau?"
"Dia yang bagitau aku tadi. And lagi satu kenapa kau cakap dia tu cousin kau lepastu masa kau kahwin kau tak ajak aku?"
"Er panjang ceritanya" aku tersenyum janggal
"Pendekkan!" dia berpeluk tubuh memandang aku
"Aku dipaksa kahwin dengan dia atas permintaan appa dan omma aku. Dia sebenarnya kahwin dengan orang lain tapi perempuan tu lari so aku la kena ganti." aku menghela nafas berat
"Bertabahlah kawan. Tapi kan, untung doh kau dapat suami handsome macam tu, baik lagi. Tak rugi beb! Nasib baik perempuan tu lari, dapat juga kau kan!" Hana memukul bahuku
"Hmph. Baik la sangat.. Malas aku. Kau tu pun satu, gedik! Macam nak je aku sepak bontot kau tu, biar kau takde bontot nanti! Sabar je la aku dapat kawan macam kau ni" aku meletakkan kain di meja kaunter.
"Ehehehehe sorry tau. Aku tak tau dia tu suami kau, itulah aku cari peluang" Hana tergelak lalu pergi ke lockernya untuk menyimpan beg dan topi keledarnya.
Yoongi bagitau Hana yang aku isteri dia? But why? Kan dia sendiri yang cakap aku ni pengganti je. Hmmm... Jangan-jangan dia dah fall in love ngan aku kot.. Ceh perasan kau Joon! Benda tu takkan pernah terjadi! Takpelah nanti aku tanya dia.
• • •
"Eh Hana aku balik la dulu. Yoongi dah datang tu, nanti kau tolong tutup kedai ni ya. Aku dah kemas habis tadi kau cuma perlu tutup kedai je. Bye!"
"Okay bos! Bye!" Hana melambai ke arah aku sambil tersenyum
Aku berjalan keluar dari kedai dan terus masuk ke dalam perut kereta Yoongi. Aku memandang Yoongi
"Kau pahal?" soalnya dengan muka dinginnya
"Kenapa awak bagitau Hana pasal kita ni dah kahwin?"
"Aku tak nak bagi harapan kat dia, nanti dia kecewa. Asal?"
"hm takde apa apa la. Hah esok awak tak payah dah hantar saya lagi"
"Kenapa pula?"
"Deiiii, saya kan ada motor. Apa guna motor tu kat rumah kalau saya tak guna?"
"Hm suka hati kau la"
😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞
Halu guys apa khabar? Sorry late again huhu🙁 Kebelakangan ni aku busy dengan latihan sukan🤕 Penat la.. Hmm
Jangan lupa vote ok😇
YOU ARE READING
[✔️] My Last Wish || Min Yoongi
RomanceYou're my serendipity. I wasn't looking for you, I wasn't expecting you. But I'm very lucky I met you,you are exactly percisely and perfectly what I waited for.