30

132 17 10
                                    

Aku melangkah longlai memasuki banglo rumahku dengan seribu satu perasaan di dada. Tuksedo hitam yang tersarung di tubuhku aku buka dan aku sangkutkan di lenganku. Butang kemeja dua dari atas juga turut dibuka.

Baru sahaja aku mahu memulas tombol pintu rumah aku, aku terasa seperti ada yang kurang. Atau lebih tepat seseorang tiada bersama aku di sini.

Aku mengeluh. Terimbas semula pada saat pertama aku membawa dia ke rumah ini. Betapa buruknya sikap aku kepadanya pada masa itu.

"Awak tak nak angkat beg awak kat bonet tu?"

"kau angkatlah"

"Aik, itu kan beg awak kenapa pula saya yang kena angkat? Lagipun saya ada satu lagi beg di bonet tu. Takkan lah semuanya saya yang angkat?"

"Kau angkat je la satu-satu, takkan tu pun susah? Otak kau letak kat lutut ke apa?"

Aku menggelengkan kepalaku apabila teringat tentang dulu. Aku masuk ke dalam rumah banglo milik aku dan mendiang Hyunjoon.

Aku campakkan tuksedo aku ke arah sofa lalu gambar aku dan Hyunjoon yang dia letak dalam frame dan dia susun di ruang tamu aku capai.

Aku usapkan jari aku di gambar itu, senyuman Hyunjoon.. Dia nampak sangat gembira. Senyuman lebarnya menyerlah, kepalanya disengetkan sedikit, lenganku dipautnya.

Aku mencapai lagi gambar milik Hyunjoon.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hyunjoon ah bogoshipeo.." aku peluk gambarnya, air mataku mula jatuh. Aku tak kuat.. Aku perlukan Hyunjoon di sisiku.

Aku letakkan semula gambarnya di atas meja. Aku melangkah menuju ke tangga dan aku duduk di sana. Aku memerhati sekeliling rumah, masih dapat aku lihat kelibat isteri aku berjalan-jalan ke sana ke sini.

Aku melangkah lagi ke arah dapur, aku ternampak kelibat Hyunjoon sedang sibuk memasak di dapur. Mungkin sebab aku terlalu rindu dengan dia.

"Yoongi ahhh! Makanan dah siap!"
Panggilan 'Yoongi ah' itu juga paling aku rindu dan paling aku suka.

Aku duduk di meja makan yang abersebelahan dengan dapur.

Bayangan aku dan Hyunjoon sedang makan malam mula bermain

"Macam mana sedap tak?"

"Hm bolehla"

"betul-betul laa! Sedap ke tak?"

"Ya, sedap" dia mula tersenyum dengan lebar apabila mendengar jawapan dari aku

[✔️] My Last Wish || Min YoongiWhere stories live. Discover now