Cis, si Hana ni gedik betul dia dengan si beku tu. Si beku tu pun satu, layan je dia. Tak guna betul! Siap bertepuk tampar pula tu, haish sakit pula mata aku melihat. Rosak pemandangan aku!
Hah gedik la! Dasar jebon! Dua-dua pun sama, 2 x 5 je!! Dah takda yang lagi gedik ke Hana oi? Bajet! Tersenyum lebar si Yoongi tu dapat jumpa Hana, Hana tu apa lagi macam cacing la dia.
Haih, aku dah cakap tadi aku tak nak dia hantar aku pergi kerja tapi dia ni kepala keras nak mampos! Apa la konon, aku kena ikut cakap dia sebab dia tu suami aku la apa la, cis.
"Aku masuk la dulu" beritahu aku kepada Hana. Tapi hampeh syal dia tak layan aku. Aku berjalan masuk ke dalam cafe lalu mengambil apron aku dan mula bekerja. Hana? Lantaklah dia kalau kena marah dengan boss, peduli apa aku.
Selepas sahaja Yoongi bertolak untuk ke tempat kerjanya, Hana masuk ke dalam cafe sambil tersengih lebar. Aku hanya membuat muka menyampah. Sedang aku melap kaunter tiba-tiba dia memukul lengan aku sambil tersenyum malu
"Kau kenapa jebon?"
"Cousin kau tu, handsome giler weyh lepastu baik pula! And then gummy smile dia ARGHHHHHHHHHHHHH NAIK GILA AKU DIBUATNYA!!!!! Untunglah kau dapat cousin handsome lepastu cute macam dia! Awwwwwww :3" dia ketawa sendiri
"Ew. Dahlah, nak muntah aku tengok. Pergi buat kerja tu sebelum aku sepak bontot kau" aku sambung mengelap kaunter.
Dia ketawa seperti orang gedik lalu membuat apa yang sepatutnya dia buat. Ish!
Erm actually aku tak cemburu k. Aku cuma tak suka tengok dia menggedik tu je. Jangan fikir bukan-bukan :)
Lepas jam 9.30 malam, aku sudahpun habis kerja and guess what, si Yoongi datang sejam lebih awal! Dia tunggu aku dalam kedai! Tapi hampeh weyh, si Hana duk pergi berborak dengan dia. Lepastu aku yang kemas seluruh kedai ni, bapak ah. Ni kalau aku hentak kepala diorang dua kat meja, masuk ICU kot.
Selepas sahaja aku selesai mengemas, aku membuka apron aku lalu aku masukkan ke dalam locker dan beg aku, aku capai dan pakai. Aku mengeluarkan headphone kesayangan aku dari beg lalu aku sangkutkan di leher. Aku berjalan keluar ke arah Yoongi dan juga Hana.
"Oi, aku dah siap kemas. Kau tutup eh kedai ni." celah aku
Hana terus memandang aku dengan muka tidak puas hati. Lol kenapa hah?
"Alaaa Hyunjoon kau la tutup kedai ni, aku nak balik dah ni" dia membuat muka comel. Ew
"Tch. Aku dah kemas kedai ni sorang sorang lepastu kau suruh aku tutup kedai. Apa pula? Kau dah kat sini duduk borak kosong dengan si Yoongi ni, aku kat belakang kau sibuk kemas barang apa semua then aku suruh kau tutup kedai pun kau tak nak? Baik kau tak payah kerja.." aku berjalan keluar meninggalkan mereka berdua yang tercengang mendengar kata-kata aku. Aku berdiri di depan kereta Yoongi, nak masuk tapi kunci la pula -_-
Aku memandang ke arah mereka berdua, aku nampak si Hana tu macam tertunduk mungkin terasa dengan kata-kata aku. Sorry Hana i didn't mean to tapi aku badmood hari ni. Dan si Yoongi pujuk dia. Hm kalau aku merajuk tak pula dia pujuk. Tch jahat. Aku berjalan masuk semula ke dalam kedai.
"Yoongi cepatlah." kataku ringkas lalu keluar semula kembali ke kereta. Yoongi mengucapkan selamat tinggal kepada Hana dan dia berjalan ke arhaku lalu masuk ke dalam perut kereta. Aku pun masuk ke dalam perut kereta lalu tali keledar aku pakai. Headphone yang ada di leher aku, aku pakai dan mula melayan lagu. Aku tau kalau aku tak pakai, si beku tu membebel macam mak nenek kalau tak pun dia akan cari pasal dengan aku. Series aku tiada mood sekarang ni.
😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪
Sorry late, aku dah busy sekarang ni.. Lagi lagi dah start sekolah ni🙂 Tahun ni memang semua kerja sekolah bertambah, belajar kena lebih masa, al maklumlah budak SPM kan😕 Hm sorry la chapter ni hambar..😫
YOU ARE READING
[✔️] My Last Wish || Min Yoongi
RomanceYou're my serendipity. I wasn't looking for you, I wasn't expecting you. But I'm very lucky I met you,you are exactly percisely and perfectly what I waited for.