4

93 13 5
                                    

Aku turun dari kereta sebaik sahaja sampai di rumah Yoongi, aku pergi ke bonet kereta untuk mengambil bagasi aku. Yoongi berjalan ke arah pintu rumahnya lalu dia buka pintu, dia masuk ke dalam rumahnya tanpa mengambil bagasi besarnya di bonet kereta.

Aku menarik dua bagasi aku masuk ke dalam rumah. Yoongi pula duduk di sofa sambil bermain dengan telefonnya. 

Eh mamat ni tak ambil beg ke? 

"Awak tak nak angkat beg awak kat bonet tu?" soalku hairan

"Kau angkatlah" suruhnya

Kepala hotak kau la!

"Aik, itu kan beg awak kenapa pula saya yang kena angkat? Lagipun saya ada satu lagi beg di bonet tu. Takkan lah semuanya saya yang angkat" 

"Kau angkat je la satu-satu, takkan tu pun susah? Otak kau letak kat lutut ke apa?" katanya sambil matanya fokus melihat telefon. Ishhh geramnya, nak je aku siku muka dia! WEYH TAHAN AKU WEYH TAHAN AKUUU ok stob tak lawak k😂

Aku berjalan keluar dari pintu rumah, dengan susah payahnya aku mengangkat bagasi aku masuk ke dalam rumah.

"Mana bilik saya?"

"Pintu warna biru, kat atas"

Aku mengangkat satu persatu bagasi aku naik ke atas dan aku bawa masuk ke dalam bilik aku. Lalu aku turun semula untuk mengangkat bagasi si beku tu di kereta. Ugh kerja dia asyik nak menyusahkan orang je! 

"Bilik awak kat mana?" 

"Pintu warna putih" jawabnya 

Aku dengan kasarnya mengangkat bagasi Yoongi dan sengaja aku menghentak tayar bagasinya di tangga. 

"Yahhh! perlahan-lahan la angkat beg aku tu! Kalau rosak kau nak bayar?" marahnya

Aku menggulingkan anak mataku, aku berjalan ke arah pintu warna putih milik bilik Yoongi lalu aku masukkan begnya ke dalam biliknya. Aku memandang ke arah satu gambar yang menarik perhatianku. Iaitu gambar Yoongi dan seorang perempuan yang cantik, dalam gambar ni Yoongi tersenyum bahagia dengan perempuan ni. Ini ke perempuan yang lari tu? Oh padanlah si Yoongi cintakan dia, cantik. 

Aku melihat ke arah mejanya, terdapat alat muzik,komputer dan beberapa helaian kertas berselerak di meja tersebut. Aku mengelenggkan kepalaku, semak pula aku tengok. Aku dengan rajinnya menyusun kertas yang berselerak itu, aku melihat kandungan kertas itu. Lagu? Dia buat lagu? Sebab aku tak pernah tahu dan dengar pun lagu ni.. Wow, tak sangka muka beku macam tu pandai buat lagu. 

"Siapa suruh kau masuk dan sentuh barang aku?!" jerit Yoongi 

"Hah.. Em sa..saya simpan beg awak j..je dan sa..saya susun barang awak.." aku menggigit bibirku

"Aku cuma suruh kau simpan beg aku kan! Aku tak suruh kau sentuh barang aku!! Keluar bodoh!" mukanya merah menahan marah. Aku menunduk, sungguh aku takut mahu memandang wajahnya sekarang ni

"Keluar la sial! Kau tak faham bahasa ke?!!!" jeritnya lalu menarik kasar lengan aku keluar dari biliknya. Dia menolak aku sehingga aku terjatuh di lantai lalu dia hempas pintunya, aku menutup mata aku. Air mata aku jatuh, sungguh sakit hati aku diperlakukan begini.. 

Aku perlahan-lahan bangun lalu aku berjalan masuk ke dalam bilik aku, aku menghempas kuat pintu bilik aku. Apa salah aku? Aku cuma susun barang dia! Takkan itu pun salah?! Aku tahulah aku ni cuma pengganti sahaja tapi perlukah aku dilayan seperti ini? 

Aku rindu dengan Jimin kerana selalunya kalau aku sedih, dia akan ada untuk aku. Dia akan pujuk aku, dia akan buat aku ketawa supaya aku tak sedih. Aku perlukan Jimin sekarang ini. (Hah dah susah baru nak cari Jimin! Hah ni la manusia)
Aku menangis, sumpah hati aku sakit sangat. Dia ingat aku ini apa? Robot? Batu? Aku ni manusia, aku ada perasaan juga. 

Aku baring di katil aku,aku masuk ke dalam selimut. Lebih baik aku tidur, kerana aku rasa itu sahaja jalan untuk aku tenangkan diri

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Don't forget to subscribe!! EH SILAP😂 Kay guysss jangan lupa tekan vote k, bukannya susah pun! Tekan jeee!! Kan semuanya ada di hujung jari eheheheheh😂 Support ah member ni😆

[✔️] My Last Wish || Min YoongiWhere stories live. Discover now