Tiga🏫

57 1 0
                                    

Pukul 8.00 pagi. Perhimpunan telah pun selesai. Aku bergerak ke kelas seperti biasa. Langkah dilajukan kerana selepas ini ialah subjek yang paling aku geruni. Subjek biologi.

Subjek biologi ialah subjek yang paling tidak disukai oleh pelajar SMKTM. Ini semua gara2 Cikgu Noraini, seorang cikgu yang mempunyai tahi lalat di dagu dan memakai spek berbentuk segitiga. Sesiapa yang lambat, TERtidur di dalam kelas, tidak dapat menjawab soalan dan tidak menyiapkan homework (ini memang patut) akan dirotan dan disuruh berdiri di tengah padang sehingga habis waktu dia mengajar.

Aku pernah kena denda dengannya dan aku berharap itulah yang terakhir. Sampai lembik lutut aku berdiri dekat tengah padang di bawah matahari yang gah berdiri di atas kepala hanya disebabkan aku tidak dapat menjawab soalan yang berbentuk;

' Apakah fungsi mitokondrion? '.

Aku memang tahu jawapannya. Trust me. Cuma pada masa itu otak aku blank. Mungkin disebabkan aku terlibat dalam kemalangan kecil sebelum ke sekolah.

Kemalangan dengan seekor babi hutan! Entah dari langit ke sungai ke dengan tiba-tibanya puff, seekor babi hutan yang comel rupanya bak Syamil datang mendekati motorku. Aku memecut motorku lalu melanggar tiang elektrik di simpang tiga berdekatan sekolah.

Yang paling malunya, boleh dikatakan semua warga SMKTM melihat kejadian itu kecuali Cikgu Noraini. Itu yang dia dengan sesuka hatinya mendenda aku tanpa mempedulikan nasibku pada pagi itu.

End flashback

Aku menarik kerusi di sebelah Tasha. Manakala Syamil, Afiq, Nazmi pula di belakang kami. Aku memandang Tasha pelik.

" Tasha. "

" Ye. "

" Sejak bila? "

"Bila apa? " Keningnya berkerut memandangku. Tak faham atau pura-pura tidak faham? .

" Tu. Dekat tangan kau tu. Unbelievable. " Aku memandangnya dari atas hingga ke bawah. Inikah Tasha bergigi jongang kawan baikku yang ku kenal? Okay. Aku tipu je. Gigi Tasha tak jongang tapi comel macam arnab.

" Aku dah bertaubat weh. Kau tengoklah muka aku ni. Makin hari makin hitam sebab asyik berjemur dekat tengah padang je. " Tasha menarik muka sedih.

Tiba-tiba..

" Korang! Cikgu Noraini tak datang hari ni. Kucing dia sakit kena hantar pergi klinik. " Kata Iqram cikicikiboom ( bukan Iqram Dinzly ) selaku ketua kelas 5ST1. Tercungap- tercungap dia berkata dan dapatku lihat peluhnya menitis ke lantai.

" Yeayyy " Satu kelas bersorak meraikan berita yang paling menggembirakan itu. Ada yang memanjat kerusi, melambung penyapu dan membuat aksi breakdance di depan kelas.

Aku menoleh ke arah Tasha. Lagi sekali aku memandangnya pelik.

" Woi. Tadi kata dah taubat. "

" Ala dia kan tak datang. Chill lah. Hehe. " Tasha menyambung membaca novelnya. Buku teks biologinya yang dibaca tadi dicampak entah ke mana.

Seriously, Tasha? . Sesungguhnya kaulah kawan yang paling munafik kalah Azman
( Munafik 2. Siapa dah tengok je tau. )

Best-friends?Where stories live. Discover now