2.00 petang. Tamatnya persekolahan untuk hari ini. Syamil bergegas mengemas barang- barangnya.
" Weh, awalnya nak balik. Lepak la dulu. " Tanya Afiq kepada Syamil. Selalunya mereka berlima akan pergi ke warung Pak Mail di simpang sekolah untuk minum petang sebelum pulang ke rumah masing- masing. Sedap wo. Harga pisang goreng Pak Mail teramatlah murah. 5 ketul RM 1.
" Haah. Lain kali lah geng. Aku rasa tak sihat lah hari ni. " Syamil bergerak ke muka pintu kelas. Aku membuat muka tidak percaya kepadanya. Tiba- tiba je sakit?
" Aku pun nak baliklah. Esok lepak. No excuse." Kata Afiq dengan mukanya yang kecewa.
" Okay. Aku on." Nazmi pun membalas dan membuat jari 👌🏻 tanda okay. Nazmi pun melangkah ke pintu kelas diikuti Tasha dan Sarah.
Semua kawan baikku bergerak pulang memandangkan 'meeting' kami cancel.
Dan tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Aku memandang pintu kelas. Syamil menunggu Afiq dan Nazmi untuk berjalan bersama.
" Syamil, kau terlupa something—" Aku menjerit separuh kuat. Malangnya Syamil terus melangkah ke depan, tidak mendengarkan suaraku.
" Terlupa apa? " Seorang lelaki menanyakan kepadaku dari arah belakang. Aku pun menjawab soalannya tanpa menoleh ke belakang.
" Dia terlupa nak belanja aku aiskrim. Hm." Aku tersedar lalu mengangkat muka. Eh, kawan-kawanku semuanya sudah balik ke rumah. Jadi— siapakah tuan empunya suara itu?
" Awak nak aiskrim? Jom, saya belanja. " Awak,saya? Yang menggunakan perkataan itu dengan aku di dalam kelas ini hanyalah Adam Ilham. Budak baru itu.
" Woah. " Aku menoleh ke kanan dan menjerit kecil apabila Ilham sudah pun berada di sebelahku.
Permulaan yang baik untuk sesi kenal- mengenal. Dan peluang ini tidak selalunya datang. Okay, ayuh kita terima ajakan Ilham.
" Awak nak belanja? Betul ni? "
" Betul. "
" Saya nak 3 aiskrim magnum almond dan 2 cornetto red velvet. Boleh kan? Hehe. " Aku membuat mukaku secomel habis. Mata coklatku dibulatkan sepenuhnya persis kucing miang.
" Sure. Saya anak orang kaya. Don't worry. " Ilham mengatakan dengan angkuhnya. Aku dapat melihat gayanya memang seperti anak orang berada. Kasut dan beg ber'brand'kan 'converse' manakala jam pula berjenama Rolex. Fuh keras harga tu. Bagi pelajar sekolah, dengan memakai kasut converse saja sudah kelihatan 'cool'.
" Ceh, riak. Saya tak tanya pun. " Aku mencebikkan mulutku menyampah.
" It's okay. Saya memang suka beritahu orang."
Aku hanya mengangguk mendengarkan kata- kata Ilham. Biarlah dia nak berlagak pun. Aku tak kisah yang penting aku dapat aiskrim.*********
Aku menunggang motorku. Ilham pula memandu keretanya, Honda HR-V yang baru sahaja dilancarkan berwarna silver. Terbukti memang dia anak orang berada kerana kereta itu perlu dibayar sebanyak RM 1 K++ pada setiap bulan.
Aku mengikuti keretanya di belakang. Ilham dengan tiba-tibanya berhenti di sebuah kedai yang menjual ABC, laicikang dan cendol.
YOU ARE READING
Best-friends?
Teen FictionOrang kata lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi bestfriends sebab salah seorang akan terfall in love dengan kawan yang seorang lagi.Betul ke? Cerita ini mengisahkan 6 orang kawan baik yang sentiasa bersama pada waktu susah dan senang. Konflik mu...