Sepuluh😍

25 2 0
                                    

5 minit kemudian, muncullah tiga kepala yang dikehendaki. Harris, Alif dan juga Amir. Lagak mereka teramatlah cool. Tangan masing-masing berada di dalam poket seluar dan Harris masih boleh bersiul. The Badboys of SMKTM. Bangga tak dapat title tu?

Mereka berjalan ke arah Haikal lalu membuat handshake. What the—sempat lagi tu.

" Kamu semua tahu apa kesalahan kamu? " Cikgu Farid masih berpeluk tubuh. Matanya dihalakan kepada geng Harris. Sekilas dia melihat penampilan mereka dari atas sampai ke bawah. Kemas dan bergaya. Tak macam gangster lain, selekeh.

" Tahu. Kami telah mencuri hati ramai gadis di sekolah ni. Kami mengaku itu memang salah kami. Maafkan kami cikgu. " Harris menjawab.
Badannya dibongkokkankan sedikit dan tapak tangan kanannya dilekap pada dada.

" Pfftt. " Alif, Amir, Haikal dan pelajar yang berada di situ menahan gelak. Aku dan Afiq cuma tersenyum. Keperasanan apakah ini? Confident pulak tu cara dia menjawab.

Pakk. Cikgu Farid menepuk kuat mejanya. Dia mengetap gigi. Rahangnya kelihatan bergerak-gerak.

" Jangan berpura lagi. Kamu semua merokok di sekolah. Dan perkara ini menjejaskan imej sekolah. Ape kamu semua ni nak sangat mati awal ke!? Tahu tak merokok itu menjejaskan kesihatan!? "

" Tahu.." Mereka menjawab serentak. Semua kepala tertunduk memandang lantai.

" Baik, dengar ni. Kamu semua saya denda. Cuci tandas pelajar lelaki dan perempuan selama satu minggu. Hanis, perhatikan mereka. Sesiapa yang tidak mengikut arahan saya, akan dikenakan denda yang lebih teruk. Nak ke tak nak? "

" Taknak.." Kepala mereka digelengkan berkali-kali.

Dekat sekolah ni cuma ada 8 buah tandas lelaki dan perempuan. Memandangkan semua pelajar yang didenda berjumlah 8 orang, maka setiap tandas akan dibersihkan oleh 1 orang pelajar.

" Okay. Kamu semua dah boleh keluar dari bilik saya sekarang. Ingat, saya ada mata-mata untuk memerhatikan tingkah laku kamu semua. " Cikgu Farid menghabiskan ayatnya lalu menyuruh mereka semua keluar.

" Whateverr. " Haikal menggumam perlahan. Keluhan berat dilepaskan. Pintu ditarik kasar.

Aku dan Afiq turut berlalu keluar dari bilik Cikgu Farid. Afiq berjalan mendahuluiku. Ketika baru sahaja hendak keluar daripada bilik Cikgu Farid, tiba-tiba ada satu tangan menghadangku di sebalik dinding. Langkahku terhenti. Sebuah figura yang tinggi berada di depanku.

Eh, bukan dia dah keluar dulu ke tadi?

" Kau. Aku tak puas hati dengan kau. Kau ingat kau bagus? Aku ada surprise untuk kau. Just wait and face it." Haikal tersenyum sinis menampakkan barisan giginya yang tersusun itu. Kolar bajunya dikibas.

Aku berpeluk tubuh dan mendongak memandangnya. Kau pikir aku takut sangat ke dengan ugutan kau tu.

Aku melawan kembali kata-katanya.

" Eh kau tu darjah 3, hormat sikit orang darjah 5 eh. " Dia mengecilkan matanya memandangku. Tangannya masih setia di dalam poket.

" Aku hormat kau? In your dreams, bitch. "

Aku mengepal penumbuk. Si bengong ni panggil aku bitch? abuja betul.

Best-friends?Where stories live. Discover now