Dua📱

52 2 0
                                    

1 minggu kemudian...

Aku terjaga daripada tidur yang lena disebabkan bunyi notification whatsapp yang bertalu talu masuk. Tanpa melihat handphone, aku dapat meneka siapakah makhluk durjana perosak tidur yang menghantar mesej pada waktu pagi begini.

Jam di handphone menunjukkan 4.30 pagi. Aku pantas membuka apps whatsapp yang bericon hijau itu.

Syamil bengong🐒;
Assalamualaikum sahabatttttt🐮🐮

Woi bangunlahhhhhhh

Dah pagi dah woiiiii

Bangunnnnn!!!!!!!

Bangun sekarang. Kalau tak aku miscall kau banyak kali😏.

Pergi mandi. Deodorant jangan lupa pakai. Semalam bau badan kau busuk sampai hidung aku yang tersumbat pun boleh bau.

Pakai baju. Spray minyak wangi sikit je jangan melebih.

Lepastu solat subuh. Solat tu biar khusyuk.

Sarapan jangan lupa, mangkuk. Nanti kau sakit perut.

Dah study addmath belum?. Harini Cikgu Hafiz kata ada kuiz addmath.

Typing....

Aku membaca setiap perkataan dengan teliti. Aku syak kawan aku dah terkena sawan babi pagi2 buta ni. Sebelum menjadi lebih parah, aku pantas membalas chatnya.

Me;
Waalaikumsalam monyet.

Okay. First, terima kasih sebab jadi alarm untuk kejutkan aku pagi2 ni.

Tapi kan, kau sedar tak sekarang ni baru pukul 4.30 pagi.😡

Subuh pun tak masuk lagi yang kau nak suruh aku solat tu apahal.

Kau dah mengganggu waktu emas berlian permata aku tau tak???

Last, kurang ajar kau. Kutuk bau badan aku. Tak busuk pun tau. Taknak kawan kau lagi😭

Syamil bengong🐒;
Oh ye. Baru aku sedar sekarang baru pukul 4.30. Tak perasan sebab leka main pubg tadi. HAHAHAHAHA.

Sorry moomoo🐮. So sekarang, apa kata kau pergi study. Pagi otak segar.

Goodluck. See you at school. Bye.

Me;
Sorry not sorry. Belanja aku aiskrim. Bye.

Aku meletakkan handphone di atas katil. Dengan terpaksanya aku melangkah kaki ke bilik air. Shower dibuka. Selepas mandi, aku memakai full prefect uniform.

Prefect uh- huh?

Yes. Aku merupakan penolong ketua pengawas di sekolah SMK Tunku Murshid. Comel tetapi tegas itulah perwatakanku di sekolah. Bukan aku kata, tetapi seorang budak lelaki junior yang kata.

Flashback.

" Weh, cepat sikit makan tu. Pastu blah balik kelas. " Kataku di tepi meja makan budak lelaki junior itu. Aku melihat nametagnya. Harris. Nice name boyyy.

" Ala, rilekslah weh. Lagi 2 minit kot. Lama lagi tu." Kata Harris selamba sambil makan sandwich ayamnya. Kawan-kawannya pun membuat muka dunno. Kecik2 dah kurang ajar ish ish.

" Suka hati kau. Jangan tanya kenapa kalau Cikgu Farid nak jumpa kau." Aku memandangnya sinis dan membuat muka kerek.

Cikgu Farid cikgu disiplin sekolah SMKTM. Tegas, garang dan mempunyai bulu tangan yang lebat.

" Woah. Akak ni garanglah tapi cute. Adik suka. Jom geng. Aku dah kenyang. " Harris bangun daripada tempat duduknya. Kawan-kawannya pun turut bangun sekali.

Sebelum berlalu ke kelas, dia sempat menoleh belakang untuk melihat aku. Sebiji flying kiss dihadiahkan. Fuhh,nasib baik dia cute. Kalau tak, penumbuk aku layangkan.

End flashback.

Aku duduk di meja belajar sambil menghadap subjek addmath kegemaranku. Ramai yang failed this subject but yah, not me woohoo.😉I'm the highest score in the class. Bukan nak berlagak but that's the truth. Boom!

Mungkin tadi aku nak mencarut disebabkan Syamil mengganggu tidurku. Tapi sekarang aku nak berterima kasih kerana dialah aku sempat refresh balik topik2 yang susah. Dahlah kejap lagi kuiz addmath. Kalau tak score, kena berlari satu padang sebanyak 2 kali sebagai denda. Jatuh maruah aku sebagai penolong ketua pengawas yang berwawasan.

Sedang leka study, azan subuh pun berkumandang. Aku mengambil wudhu' lantas menunaikan solat subuh.

Setelah selesai mengaminkan doa, telekung ku buka dan aku sangkutkan di hanger. Aku merapikan pakaian dan membelek muka ku yang cantik manis ini di cermin.

Minyak wangi aku spray di seluruh badan. Walaupun Syamil kata spray sedikit sahaja, tapi ada aku kesah? Aku yang beli so suka hati akulah kan.

Beg sekolah aku capai lalu aku turun ke bawah. Aku pasti umi sudahpun selesai memasak nasi goreng. Aromanya sungguh kuat sehingga terbau di bilikku.

Jam menunjukkan pukul 6.50 pagi. Aku menyarung kasut sekolah lalu mencapai kunci motor di atas meja. Motor aku hidupkan dan aku pecut.

**********

" Hai Hanish..." Tegur seorang lelaki yang amat aku kenali luaran dan dalamannya.

" Nama aku Hanis ye. Jangan memandai tambah 'h'. " Aku menggulingkan mataku ke atas. Helmet aku buka dan diletakkan di dalam bakul motor.

" Gurau sikit pon tak boleh. Kau PMS eh?" Syamil menjongketkan kening kanannya. Dia tersenyum kecil memandangku.

" Oi tak guna. Kenapa kau sibuk dekat parking motor ni? Siapa yang nak handle perhimpunan kalau kau takde? " Syamil menggaru kepalanya. Ada kutu mungkin.

Afiq yang baru sampai menyergah Syamil. Di belakang Afiq terlihat Nazmi dan Tasha yang tersenyum memandangku.

Oh ya, Syamil, Aku, Afiq merupakan prefect di sekolah. Tanpa kitaorang huru haralah sekolah ini.

Syamil sudahpun mengorak langkah ke tapak perhimpunan. Tetapi sebelum itu sempat dia menoleh ke belakang dan berkata

" Hanis, Afiq cepat. Ingat sikit eh, yang korang berdua tu penolong aku." Kata Syamil kepada aku dan Afiq. Aku dan Afiq membontoti Syamil.

Maka, bermulalah perhimpunan pagi itu oleh ucapan pengetua, guru bertugas dan si bengong Syamil, ketua pengawas SMK Tunku Murshid.










I'm back. Holla.

Best-friends?Where stories live. Discover now