Sembilan🚬

22 2 0
                                    

" Okay2 semua diam. " Aku dan Afiq berdiri di depan kelas. Dengan sekali arahan, kelas 4St3 terus senyap sunyi macam kubur. Hebat tak aku? Semua muka kecut je pandang muka aku.

Rileks adik-adik, akak tak makan orang sebab orang banyak lemak. Nanti akak gemuks macam Polla Thai. Lemak dia, dia boleh panggil tetek. Dah lelaki tu buat cara lelaki la. Dengan muka tak siap macamtu. Sekurang-kurangnya, jadilah alas kaki. Bolehlah aku pijak-pijak.

" Tujuan kami ke sini sebenarnya hendak melaksanakan satu misi penting iaitu— " Afiq berjeda lama. 1 saat, 2 saat, 3 saat...

" Korek-korek sampai dapat! " Afiq menyambung ayatnya. Dia ketawa kerana terhibur dengan lawaknya sendiri. Tiada orang lain yang ketawa melainkan Afiq.

Hambarlah Afiq. Biar aku jelah yang berterus terang memandangkan kelas ni loading nak paham maksud Afiq.

" Kitaorang nak buat spot check. So sekarang aku nak perempuan berdiri dekat sebelah kanan aku, lelaki sebelah kiri. Cepat! " Aku memerhatikan reaksi mereka. Ada yang selamba, takut dan cuak.

Aku mula memeriksa beg pelajar perempuan manakala Afiq pula memeriksa beg pelajar lelaki.

Barang pertama yang aku jumpa ialah novel cinta. Okay, rampas.

Second, aku jumpa perfume. Barang wajib untuk perempuan. But nah~ rampas jugak.

Third, aku jumpa makeup berjenama MAC. Hat ni ni aku tak faham. At least bawak bedak je dah cukup. Yang budak ni pi bawak blusher, lipstick, eyeshadow, mascara tu nak buat ape? Aku pelik. Kau pergi sekolah ke kelas makeup dik oi.

" Kak, tolong jangan rampas makeup saya kak. Saya beli dekat US kak. Jauh tu. Kalau akak nak, saya boleh bagi akak shimmer eyeshadow palette ni. Lawa kak. Akak pakai ni mesti akak cantik letups kebaboom! " Budak perempuan itu bersungguh-sungguh merayuku agar tidak merampas makeupnya.

Dia cuba merasuah aku? Dia tak kenal aku lagi ni. Aku, Hanis lambong tak makan rasuah.

Aku menunduk sedikit memandangnya. Tinggi kami amat jauh berbeza. Aku 170 cm dan dia mungkin dalam 155 cm. Pendek badan takpe, pendek akal jangan.

" Ka-lau aku tak pakai shimmer eyeshadow palette kau ni, aku tak cantik ke? " Aku berpeluk tubuh memandangnya. Mukaku dikerekkan habis.

" Tak. Mata akak nampak kuyu, macam mata mayat hidup. " Zasss. Menusuk ke jantung ku.

Budak perempuan itu terus menutup mulut apabila tersedar keterlanjuran kata-katanya. Matanya membulat besar.

" Oh, lepas ni mata kau pulak..eh bukan, muka kau pulak yang macam mayat hidup. Sebab— aku nak rampas semua barang makeup kau. "

HAHAHAHAHAHA. Aku bergelak setan di dalam hati.

Budak itu terdiam selepas mendengar kata-kataku. Bibirnya bergetaran menahan nangis. Set makeup MAC itu aku campakkan ke dalam beg plastik sampah hitam. Settle.

" Hujung tahun ni jangan lupa claim balik barang-barang berharga korang ni. "

Aku memandang Afiq. Eh, apa— yang dia buat tu? Senang hati nampak.

" Uno card, uno game. Abang menang yayyy! Jom main lagi. " Afiq bersorak kegembiraan setelah dia memenangi pusingan pertama bermain kad uno bersama geng Harris.

Best-friends?Where stories live. Discover now