Pagi yang indah dan hari yang ceria. Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Aku bangun dan mencapai tuala untuk mandi. Mood harini agak baik, so aku bercadang nak berjogging di tepi tasik.
Sport shoes 'Nike Airmax 90' aku ambil di rak dan disarungkan di kaki.
Tracksuit disinsing bagi menampakkan stokin hello kitty aku yang comel. Botol air dicapai dan aku pantas melangkah keluar.Aku hanya berjalan kaki untuk ke tasik disebabkan jarak rumah ke tasik hanyalah 1 km je.
Aku duduk sekejap di bangku melepaskan penat berjalan tadi. Baru berjalan 1km tapi berpeluh sampai basah spender.
Okay. Start dengan warm up dulu. Lepastu, aku pun mula berjogging dan mengusha orang yip yip (kingcoco uolls)
Huihh ramainya anak ikan noks. Gebu gebas lagi dan yang pastinya lelaki TULEN. Indahnya ciptaanMu ya Allah. Alhamdulillah, masih ada lagi spesies lelaki yang bangun awal uhuk uhuk.
Dah satu round aku pusing, aku bercadang untuk rehat sekejap di taman permainan. Baru berniat nak minum air, tapi aku terlupa botol air tertinggal kat bangku tadi.😭
Aku berjalan malas. Kerana sebotol air, rosak plan nak rehat heh. Bila dah sampai tu, ada pula seorang mamat ni duduk kat atas botol air aku. Aku tahu lah botol air aku tu botol mineral plastik tu je. Bukan sebab tak mampu ok. Tapi jangan lah lenyek botol tu dengan bontot kau yang berpeluh tu heh.
Aku teragak-agak nak ambil botol air aku. Tapi rasanya air tu penuh lagi. Rasanya je lah. Boleh jadi air tu dah sikit. Yelah aku pun tak sedar aku minum banyak mana.
Aku berdiri di sebelah bangku sambil memerhati mamat ni. Dia sedang menscroll ignya. Wow followers 500k bhai. Bapak hot. Dalam hati aku, sibuk pula membuat penilaian tentang mamat ni.
1. Muka hensem, tapi deria rasa takde. Takkan duduk atas 'something' pun dia relax je.
2. Anti social. Helloo aku yang helok kat sebelah dia ni,sikit pun dia tak pandang. Gadget3.
3. Kalau jadi bakal suami pun okey jugak tak giteww😉" Ehem. Awak nak ape ye? Dari tadi macam pandang saya je." Kata lelaki itu tersipu-sipu malu kepada aku.
Huwaa. Dia perasan la pulak. Ingatkan leka ja tadi.
Aku yang masih mamai pantas berkata " Hm kalau saya nak awak boleh? " spontan. Aku menekup mulutku. Aduhai macam mana boleh terlepas cakap niii. Bodohnya aku. Aku mengetuk perlahan kepalaku.
" Huh? Serious? " Lelaki itu berkata lalu mengenyitkan mata sebelah kanannya. Amboiii nakal.
Oh Tuhan, adakah ini tulang rusuk kiriku yang selama ni aku cariii kurelakan jiwa tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu eh eh. Ternyanyi pulak😂
" Eh tak3. Saya rasa saya nak minum air tadi,tapi tak apalah. Saya tengok awak selesa je duk atas botol tu. Hm saya nak tanya, botol air tu memang awak buat untuk urut bontot awak eh? " Aku tersengih memandangnya.
" Botol air? Saya dudukkan? " Lelaki itu meraba-raba botol air mineralku di bawah bontotnya. Penyek habis botol tu😥.
" Its yours? Sorry tak rasa pun. Nah ambil balik ni." Dia menghulurkan botol air ku.
Tak rasa? Hailahh nasib baik kau ni hensem, manis je aku tengok. Kalau tak..
" Takpelah. Macam takde selera la pulak nk minum air tu. Entah2 perisa peluh bontot awak tu. Macam ni, awak buang jelah botol air tu. Saya tak kesah pun sebab tengok air tu tinggal sikit je kan. Takpun, kalau awak sayangkan saya, awak simpan botol tu dan minum sekali air tu hahahahaha." Aku ketawa dan bergegas meninggalkan tasik itu.
Aku sempat menoleh ke belakang dan melihat mukanya. Dia tersengih memandangku. Bye crushku yang ke-100. Hehe.
**********
" Fuhh, penat giler harini "Aku menghempaskan punggungku di atas kerusi di meja makan. Menunggu hidangan dari umi kesayangan.
" Nis, keluar berjogging ke tadi? Patutlah tak nampak muka kamu dari pagi tadi. " Puan Sharifah membebel sambil tangannya sibuk menyediakan hidangan. Nasi lemak sambal sotong di pagi hari. Huwaaa indahnya hidup.
" Haah umi. Saja berjogging tadi sambil2 tu cuci lah mata sekali. " Aku tersenyum sambil tanganku pantas mencedok nasi lemak yang hangat lagi ke dalam pingganku. Sambal sotongnya tidak dilupa sekali.
" Anak dara gatal. Ingat, spm pun belum lagi tau. Hm, kamu makan lah dulu. Umi panggil abah dan abang turun sekejap."
" Baik umi." *menjawab dengan mulut yang penuh dengan nasi*
**********
Aku naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri. Air pancuran aku buka. Lantas otak aku pun men'throwback'an kejadian di tasik tadi.
Berbaju biru berkaca mata hitam. Kulitnya pulak agak cerah jika nak dibandingkan dengan aku tsk tsk. Mungkin tak suka bersukan. Ataupun dia memang pandai jaga kulit hm. Berambut perang dan yang paling penting keningnya tebal macam Syed Saddiq.
Tapi aku tak pernah nampak lah pulak muka dia sebelum ni. Semua makcik, pakcik, atuk, nenek, budak-budak motor dekat kawasan taman aku ni aku kenal. Hm ini musykil dan aku WAJIB siasat siapa dia. Wait for it.
Hai.Ni first story yang saya publish. Ya,dan cerita ni agak mengarut😈banyak lagi cerita yang dibuat tapi malas dan rasa tak mahu publish hehe. Hope u gais enjoy baca story ni. Sorry for the improper words. Chills gais.
Mohon follow ambo,plsss😚u follow i,i follow u back k?😘dh baca jgn lupa vote😎muah.
YOU ARE READING
Best-friends?
Roman pour AdolescentsOrang kata lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi bestfriends sebab salah seorang akan terfall in love dengan kawan yang seorang lagi.Betul ke? Cerita ini mengisahkan 6 orang kawan baik yang sentiasa bersama pada waktu susah dan senang. Konflik mu...