Bab 1

21 1 0
                                    


China Town, Sydney, Australia.

Jun 2007.

Pang!... Seketika terasa gelap dunianya. Senyap. Cahaya dari lampu-lampu hiasan jalan untuk sambutan perayaan tanglung yang tadinya cerah berwarna-warni hilang sekelip mata. Dia sempat memandang belakang sebelum terasa denyutan pedih di bahagian perut sebelah kirinya.

"Chae Ran! Chae Ran!....." jeritan dari seberang jalan memanggil namanya. Terasa sayup-sayup kedengaran. Kelihatan seorang gadis dari seberang jalan berlari cemas ke arahnya. Sebentar tadi sebuah kenderaan SUV hitam yang secara tiba-tiba berhenti di laluan melintas, dengan tidak semena-mena melepaskan tembakan. Keadaan yang tenang dengan hanya beberapa orang yang sedang melintas mengejarkan lampu hijau mulai huru-hara. Masing-masing memegang telefon bimbit. Salah seorang pemuda yang kebetulan berdiri di sebelah Chae Ran tadi mencapai tubuhnya yang perlahan-lahan terkulai di pinggir jalan.

Hidayah panik. Baru sebentar tadi dia tersenyum riang melihat Chae Ran di hujung sebelah sana. Dia tak sabar untuk memberi khabar gembira pada Chae Ran.

"Help!... Please call an ambulance! Help!.." jerit Hidayah termengah-mengah. Nafas dan peluh sejuk menderu tanpa arah. Darah mula keluar dari tubuh Chae Ran.

"Miss, press and hold the wound" arah pemuda tadi yang sedang memangku kepala Chae Ran. Hidayah kelam kabut membuka baju sejuknya, menggumpalnya lalu menekannya di bahagian luka Chae Ran.

"Chae Ran.... Chae Ran....." menggeletar tangannya yang menekan perut menahan darah dari terus keluar. Air mata terus laju menuruni pipinya. Tiada respon.

SUV hitam meluru laju membelah malam yang gelap pekat. Arahan yang diterima telah dilaksanakan. Tak sampai 15 minit dia telah pun tiba ke destinasi. Tiga orang lelaki sudah siap sedia menunggu. Bangsal yang dari luar kelihatan seperti kilang membuat kicap biasa, bertukar menjadi bengkel mengecat kenderaan. SUV hitam perlu bertukar ke warna asal, nombar plat kenderaan yang palsu tadi perlu ditanggalkan. Dia perlu memandu SUV tadi ke tempat asal dan memulangkan kunci pada HQ. Dia perlu diam di situ 3 hari sementara menunggu cat kering.

"Hidayah, kau nampak tak kenderaan yang tembak tu?" soal Inspektor Reynolds yang tiba sejurus selepas kejadian. Hidayah menggeleng.

Inspektor Reynolds memeriksa nadi Chae Ran. Perlahan. Hidayah masih lagi menangis tersedu-sedu dan bahunya terhinggut-hinggut. Tidak pernah dia melihat keadaan Chae Ran yang selalunya ceria terkulai layu tanpa sebarang reaksi.

:

:

:

"Gamsahamnida... "

"Hahaha.. dah lama aku tak guna perkataan tu.. Hey.. sudah lah tu" Chae Ran tersenyum simpul. Berdebar.

"Alah, biarlah aku nak ucap terimakasih dalam bahasa ibunda kau.. kita mesti ingat asal usul kita... kan?" Hidayah meleretkan matanya. Manja.

"Suka tak?" Chae Ran membelek lengan Hidayah. Satu-satunya hadiah paling bermakna dalam hidupnya. Kehadiran Hidayah. Gelang tangan emas putih tanda cinta dan kasihnya.

:

:

:

Ambulan berhenti tadi membingitkan suasana menyedarkan Hidayah dari lamunan. Para petugas kelam-kabut menyerbu Chae Ran.

"Miss, let go of your hand please."

"Oh.. sorry." Tangan yang berlumuran darah menahan tadi dialihkan perlahan. Darah masih mengalir laju. Sertamerta Doktor menekupnya dengan kapas tebal.

Hidayah Milik AkuWhere stories live. Discover now