"Weh, kau ni kan, aku dah cakap, buat ikut prosedur, yang kau ikut suka hati kau je dah kenapa?" Syed Faisal menegur anak buahnya yang masih baru. Sebentar tadi dia baru sahaja mengarahkan anak buahnya itu untuk menghantar invois ke syarikat Emas Holdings melalui faks.
"Buat semula!" Dia mengunjukkan salinan invois yang telah dipulangkan semula oleh sekretari Emas Holdings. Hidayah terpinga-pinga.
"Aku dah ikut dah prosedur yang kat dalam buku panduan ni, kenapa salah lagi?" Bisik hati Hidayah. Mujur juga En Syed Faisal tak menghamburkan kata-kata kesat depan rakan sekerja tadi.
"Dah siap dah?" En Syed Faisal meneliti invois baru yang telah dibetulkan oleh Hidayah. Seminit. Dua minit. Dia tersenyum sambal bingkas bangun.
"Baik, kamu pergi bersiap, kita hantar invois ni by hand." "Ermmm.. ikut Encik ke?" Hidayah gugup. Dia mengangguk. Hidayah mengerling jam di tangan. Hampir jam 6, kalau tak jem boleh lah sampai ke Emas Holdings tu sebelum jam 7. Tapi....
"Apa lagi yang tercegat?"
Mujur juga aku dah solat asar awal-awal tadi, kalau tidak hancus.... "Baik Encik"
Baru seminggu bertugas dah terpaksa ke hulu ke hilir mengekor bos. Huhhh dah nasib badan. Hidayah menyeluk telefon di saku baju kurungnya, kena hantar mesej pada Masnisah, nanti tertunggu-tunggu pula dia nak balik bersama.
"Mas, aku kena ikut boss ke HQ, Balik lewat lah ni"
Tak sampai seminit, mesej Masnisah masuk. "Ok, kau jaga diri baik-baik, nanti dah sudah kau ambil je Grab dari HQ, tak payah tumpeng En Syed tu, bini dia garang" Smiley garang di hujung mesej.
Sejam juga nak sampai ke Emas Holding yang terletak betul-betul di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Bukit Bintang!. Aku dah agak dah mesti pukul 7, kejap lagi azan.
Usai parking, kedengaran bunyi telefon bimbit bossnya.
"Ok, saya kena naik terus ke atas? Ok Ok"
Tidak sampai 3 minit, lif khas tiba di tingkat paling atas. Ruang menunggu yang luas dan wangi terhidang di depan mata. Serentak dengan itu bunyi azan dari telefon bimbit berkumandang.
"En Syed, boleh saya ke rest room sekejap tak? Nak terkucil lah"
"Oh ok. Baik".
Baik aku cari bilik air, ambil wuduk dan terus solat kat mana-mana tempat yang kering kat sini. Harap-harap 5 minit tu sempat lah.
"Tuan Chae dah menunggu di dalam. Silakan masuk."
En Syed teragak-agak, adakah dia perlu menolak atau terus bergerak. Ish budak Hidayah ni, tak habis-habis menyusahkan oranglah. Terpaksalah aku mengadap kuku besi tu sorang-sorang.
Usai solat dan berdoa, tak sampai 5 minit, Hidayah kembali ke ruangan menunggu. En Syed sudah pun tiada. Alamak... macam mana ni. Lama sangat ke aku tadi. Rasa macam tak sampai 5 minit je. Dia mengerling ke jam, memang tak sampai 5 minit pun.
"Cik nak jumpa Tuan Chae ye, yang bersama dengan En Syed tadi?" Sekretari yang tadi muncul lagi.
"Ha ah"
"Kalau macam tu, ikut saya"
Aku yang berbaju kurung polos berwarna merah muda, memang jauh ketinggalan fesyen dengan sekretari anggun dan bermekap cantik. Berblazer dan mini skirt. Oh hai, putih nya paha!.Jaga mata Hidayah, sibuk hal orang buat apa.
Terbuka je pintu bilik Tuan Chae, ternampak kelibat En Syed sedang duduk berhadapan meja. Tuan Chae pula memandang ke arah tingkap dan membelakangi aku. Nampak maskulin nya memang menyerlah walau dari belakang. Dia bercekak pinggang. Hati aku jadi tak tentu arah, terasa macam pernah aje aku lihat susuk tubuh ini. Perlahan Tuan Chae berpaling. Hati aku luruh terus. Pucat lesi. Di toreh tak berdarah. Jantung bagai nak terkeluar dari badan. Chae Ran...... bisik hatiku. Air mata bergenang. Tapi riak wajah Chae Ran sedikit pun tidak berubah. Seolah-olah dia tidak mengenali aku. Mungkin juga. Mungkin kesan yang di alami menyebabkan dia tak cam aku.
Perbincangan tidak sampai 15 minit itu langsung tidak masuk ke dalam otakku. Semua kenangan bersama terbayang bagai wayang di hadapan mataku.
YOU ARE READING
Hidayah Milik Aku
Tiểu Thuyết Chung-------- Hidayah terpisah dari keluarga sejak kecil. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya, malangnya bapa saudaranya meninggal dunia, dan dia dibesarkan oleh ibu saudaranya yang tidak menyukainya. Dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan...