Jun 2007 10 tahun lalu...
Mujur juga ada teksi yang sudah sedia menunggu di hadapan pintu masuk hospital. Dia tiba di rumah tepat jam 12 tengah malam. Kesemua empat orang rakan serumahnya sedang nyenyak tidur.
"Ya Allah ya tuhanku.... Aku ingat apa bendelah tadi.." Masnisah yang kebetulan bangun untuk ke bilik air terkejut melihat keadaannya.
"Dengan darah-darah ni semua ni dah kenapa?" soalnya panik.
"Chae Ran..." Dia tidak dapat meneruskan kata-kata. Air mata berjuraian.
"Dia kena tembak Mas....". Serentak itu Masnisah terus memeluk tubuhnya.
"Allahu.... macam mana benda ni boleh jadi? Kan ke tadi korang memang nak berjumpa kan?"
"Aku nak bersihkan diri dulu.." Dia mengesatkan air mata nya sambil menarik nafas panjang, cuba bertenang.
"Okay, okay, kau kemaskan diri dulu.. aku tunggu kat depan dengan milo panas yeh. Nanti kau cerita semua okay?"
:
:
Hidayah membimbit mangkuk tingkat hijau. Di dalamnya ada bubur panas, sedikit sambal bilis dan sayur bayam. Ada juga kicap yang telah di campurkan dengan sedikit cili api buat penyedap rasa.
"Betul ni, kau tak nak kami temankan kau?" Masnisah bertanya sambil mengunjukkan bungkusan plastik berisi buah-buahan.
"Eh, tak pe lah.. aku boleh pergi sendiri.."
:
:
"Eh kat mana pula bilik Ran ni.." Dari ICU tadi Hidayah bertanya pada jururawat di situ, masing-masing mengatakan tiada pesakit bernama Chae Ran. Dia cuba menghubungi Carol dengan telefon bimbitnya. Tiada sebarang jawapan. Hanya mesej sahaja yang ditinggalkan.
"Pelik sangat nih....." Panjang lehernya meninjau, mana tahu terpandang Carol di ruangan koridor hospital.
"Cuba lagi." Dia menekan-nekan nombor Carol.
"The number you have dailed is not in service. Please try again later"
"Huhh.... macam mana boleh tak ada ni... call Inspektor Reynolds.. eh tak de nombor telefon dia pulak!". Tangannya menggeletar. Tiada sebarang kelibat Carol. Dan tiada sesiapa di dalam unit ICU tempat Chae Ran dirawat malam tadi. Hidayah bersandar di dinding koridor. Dahi berkerut.
"Mas... Mas... kau boleh datang hospital tak...? Aku tak tahu kat mana Chae Ran dan Carol. Tak ada dan nurse kata tiada pesakit nama tu kat sini.. Takkan lah aku salah hospital?" Cuba menahan sebak di dada.
Masnisah yang baru selesai melipat kain terus bangun dari sofa. "Kau tunggu situ dulu, kejap lagi aku sampai. Tunggu tau, jangan pergi mana-mana."
:
:
Di suatu sudut lapangan terbang antarabangsa Sydney, sebuah kerusi roda ditolak oleh beberapa lelaki bersuit hitam. Jet persendirian telah sedia menunggu untuk berlepas. Tidak sampai beberapa minit, semua telah memasukki pesawat.
Pesakit di atas kerusi roda tadi dibaringkan dan diperiksa oleh doktor yang juga bersuit hitam. Dia memeriksa tiub di beberapa bahagian tubuh Chae Ran. Memastikan semuanya dalam keadaan baik, kemudian dia mengangguk-anggukkan kepala kepada pilot yang inginkan kepastian untuk berlepas.
:
:
“Dah, jom kita buat report polis orang hilang nak?”
“Atas dasar apa? Nurse pun tak de maklumat Chae Ran dimasukkan ke hospital....”
“Eh selama ni kau pernah tanya tak kat mana dia tinggal? Kan dia dah tahun akhir? Macam mana kalau kita pergi ke balai Inspektor Reynolds?”
“Aku tak nak menyusahkan dia lah. Dah banyak kali dia bantu aku, dari first time kita jejak kaki kat sini.”
:
:
“We have found the vehicle sir. Suspect have been detained” Seorang detektif mengunjukkan laporan kepada Inspektor Reynolds. Dalam tempoh masa tidak sampai 24 jam, kes tembakan rambang yang terkena Chae Ran berjaya diselesaikan. Penembak mengaku dia mabuk dan tidak sengaja melepaskan tembakan rambang lalu terkena Chae Ran. Inspektor Reynolds menarik lalu melepaskan nafas panjang. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi kes tersebut telah dibawa ke peringkat atasan, dan dia tidak boleh lagi membuat siasatan lebih lanjut. Kecewa.
YOU ARE READING
Hidayah Milik Aku
General Fiction-------- Hidayah terpisah dari keluarga sejak kecil. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya, malangnya bapa saudaranya meninggal dunia, dan dia dibesarkan oleh ibu saudaranya yang tidak menyukainya. Dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan...