Bab 3

6 1 0
                                    


Bab 3.

Jan 2017

Dengan suara yang tidak berapa jelas, dia cuba untuk menerangkan permintaannya. Tekaknya seperti mahu berdarah, suaranya tenggelam timbul.

"Eh..Kau tak rasa ke Tuan Chae tu macam tak sihat je dari pagi tadi?" bisik Hanim kepada adik kembarnya Halim. Mereka bardua bagaikan radio dan TV bagi seluruh pekerja syarikat.

"Kau pergilah buatkan air. Kasi elok sikit tekak dia tu. Dari tadi asyik mengarah orang, mana tak nya sakit." Arah Halim pada abangnya dangan nada memerli.

"Eleh, kau pun apa bezanya. Asyik-asyik suruh aku buat ni lah tu lah." Belum sempat Hanim menghabiskan ayatnya, mulutnya ditekup oleh Halim.

"Shh.. Dia dah datang tu."

Tanpa senyuman, dia berjalan terus menuju ke biliknya. Jam menujukkan hampir 1 tengahari. Mesyuarat pagi tadi betul-betul melelahkan pemikirannya. Tuan Chae berjaya menyelesaikan beberapa agenda yang bermasalah. Kebijaksanaannya dan keberaniannya membuat keputusan membuatkan hampir seluruh pengurus syarikat bawahan gerun padanya.

Dalam usia yang masih muda, dia berjaya memulihkan syarikat milik ayahnya dari menjunam beberapa tahun lalu. Waktu ini dia perlu mempertahankan kedudukan syarikat di bursa saham.

"Tuan Chae, lunch hari ini bersama dengan Madame Rosalind di rumah" . Tracy sebagai PA nya memegang tab di lengan.

"Driver kita dah sedia di bawah" sambungnya lagi. Tracy adalah PA yang paling setia sejak dia mula berkhidmat di syarikat milik keluarga. Tanggungjawabnya sama besar dengan Tuan Chae. Kemana sahaja Tuan Chae pergi, Tracy sedia bersama.

Dia bingkas bangun dari kerusi empuknya, tanpa sebarang kata dia berjalan penuh dengan aura ketegasan. Suit hitam tampak kemas terletak di badannya yang maskulin.

:

:

Di rumah agam Madame Rosalind, kelihatan susuk tubuh seorang wanita berusia 80an sedang duduk megah di kerusi wing.

"Berani kau datang ke sini?" Madame Rosalind bersuara tegas. Tanpa sebarang kata aluan, dia sengaja menakutkan wanita tersebut.

"Apa salahnya, kalau saya datang untuk berjumpa anak saya?". Walaupun sudah separuh usia, tetapi Puan Jiwon masih mengekalkan wajah mudanya dan tubuh badannya masih langsing.

"Sekali lagi aku nak ingatkan kau, Chae Ran sudah putus hubungan dengan kau sejak dia masuk ke dalam keluarga ini. Suami kau, bukan, bukan suami, bekas suami kau menceraikan kau, lama dulu, dan kau pula tidak pedulikan mereka, sibuk dengan lelaki lain yang lebih kaya, kenapa pula sekarang kau nak sibuk dengan hal mereka?". Madame Rosalind semakin tegas bersuara. Raut wajahnya semakin keruh.

"Sila keluar, sebelum aku panggil security naik ke atas"

"Madame, saya tak akan berputus asa". Puan Jiwon berpusing kebelakang, hampir tersembam ke dada bidang Chae Ran. Kaku. Bisu. Masing-masing terdiam. Raut wajah Chae Ran sejuk beku bak ketul ais di kutub utara.

Puan Jiwon melangkah ke pintu. Hampir saja dia menumpahkan air matanya di dada anaknya sendiri.

Perlahan-lahan Chae Ran mendekati Madame Rosalind. "Nenek kena banyak berehat."

"Ya, Chae Ran. Tapi perempuan tu dah terlalu melampau, nenek tak tahu berapa lama lagi nenek boleh tahan dengannya". Keluh Madame Rosalind. Chae Ran tidak mengenali tetamu tidak diundang tadi. Dia tidak boleh tahu. Bisik hati Madame Rosalind. Belum masanya.

"Nenek panggil Ran untuk lunch, ada apa-apa yang nenek nak beritahu ke?" Dia memimpin tangan Madame Rosalind yang tampak keletihan. Madame Rosalind mengenakan pakaian kebaya cina lama berwarna merah tua, sesuai dengan usianya yang hampir mencecah 80 tahun. Walaupun sudah berusia lanjut, namun penampilannya masih anggun dan utuh dalam mempertahankan perniagaannya.

"Ran, kau lah satu-satunya harapan nenek"

Chae Ran senyum sumbing. Di sebalik wajah sejuk bekunya, bila bertemu dengan neneknya, secara automatis wajahnya bertukar lembut, tidak sampai hati dia hendak berdendam dengan neneknya yang sudah lanjut usia. Padanya, tidak sepatutnya neneknya berkeras untuk menumpukan perhatian pada perniagaaannya. Boleh dikatakan hampir 60% saham Empayar EMAS Holdings sudah berada dalam genggaman neneknya.

Di suatu ruang makan yang dihiasi dengan lampu chandelier besar dan meja kayu jati berkerusi 12 itu telah pun penuh di duduki bapa saudaranya dan sepupu-sepupunya serta isteri masing-masing. Kesemuanya sedang menunggu Madame Rosalind. Pertemuan kali ini secara tidak langsung akan menentukan siapa bakal menerajui kepimpinan EMAS Holdings, pendekata pengganti Madame Rosalind.

"Sebelum memulakan bicara, nenek ingin memberitahu semua bahawa keputusan yang nenek buat ini tiada pengaruh dari sesiapa. Terima ia dengan hati yang ikhlas dan bekerjasama lah dalam menerima jawatan masing-masing." Tegas dan beraura Madame Rosalind bersuara. Kesemuanya diam tidak berkuyang berada di sebelah neneknya tunduk mengadap pinggan dengan tenang.

"Chae Ran akan bertidnak sebagai pemangku Presiden mulai hari ini dan nenek akan memantau kerjanya dalam tempoh sebulan dua ini"

Chae Ran diam. Kesemuanya diam membisu. Tiada sebarang bantahan. Putih kata Madame Rosalind maka putih lah.

"Itu sahaja. Untuk jawatan lain, masing-masing akan terima surat lantikan dan tugasan. Baiklah, kita boleh teruskan lunch" Madame Rosalind mengambil segelas air masak disisinya lalu meneguknya perlahan.

Masing-masing mula meneguk air. Kesemuanya mengikut Madame Rosalind tanpa sebarang kata. Auranya begitu kuat sehingga tiada siapa yang berani membantah, cuma bila berada di belakang Madame Rosalind, barulah berani tunjukkan belang.

Usai pertemuan lewat tengahari itu, Chae Ran kembali ke pejabat. Dia tidak betah untuk berlengah-lengah, setiap saat amat berharga bagi dirinya. Entah dia pun tidak tahu kenapa dia menjadi begitu taksub dengan pekerjaannya. Dia rasa tenang jika terus tenggelam dalam dunia kerjanya.

Hidayah Milik AkuWhere stories live. Discover now