Bab 7

2 1 0
                                    

Kafe D’LaPattisire, Sydney 2005. Dua tahun sebelumnya.

“Coffee please, black.” Cuaca sejuk menyebabkan dia perlu memanaskan tangannya dan tekaknya dengan secawan kopi panas di kafe berhampiran. Berjalan tak sampai dua ratus meter dari pintu masuk fakulti, dia kesejukkan. Tubuhnya masih belum biasa dengan suhu di Sydney, padahal sejuknya bukanlah sampai mencecah negatif degree pun. Senarai tajuk buku disemak perlahan-lahan sambil tangan yang memegang pensil menulis satu persatu persoalan yang akan ditanya pada senior.

“Whats wrong with you DJ?! I’m talking to you!”. Gadis berambut perang dan lipstik pekat merah menyala dengan muka yang bengis menarik perhatiannya. Sementara lelaki yang duduk bertentangan dengan gadis itu hanya diam. Mungkin sengaja tidak mahu membesar-besarkan perbalahan mereka. Sejak dari tadi Hidayah terdengar mereka berdua bercakap-cakap dengan suasana tegang. Dia meraba bud telinga headphone yang terletak di dalam pencilbox.

“Ha ni pun dia” . Papp...
Sekelip mata semua yang dihadapannya hilang dari pandangan. Terlungkup segala barangan di atas mejanya.
“Oh My God! I’m so sorry, I’m sorry”. Seorang lelaki terkocoh-kocoh mengambil buku dan pensil yang berselerakan di lantai. Kopi yang panas tadi tertumpah diatas lantai.

“Alamak, senarai buku tu...” Hidayah mencangkung sambil mengutip kertas tadi. Gadis berlipstik merah tadi berlalu tanpa sebarang kata maaf.
“I’m terribly sorry about the papers ma’am, I’ll have someone clean it up for you.”  Oh, lelaki yang bergaduh dengan perempuan berambut perang tu rupanya.
“Its okay. But the paper is my booklist for this semester”
“It's my fault. I should've been more careful, maybe you can give me a call. I’ll treat you next time”. Dia mengunjukkan kad namanya pada Hidayah. Huluran disambutnya dengan senyum tawar.
“Nevermind, its okay”. Hidayah memasukkan barang-barang yang terjatuh tadi ke dalam beg sandang merah jambunya. Pen, pensil, highlighter, correction pen, pembaris dan sticker note. Kesemuanya merah jambu!. Peminat tegar kot!.
Keadaan kafe kembali tenang, seorang pelayan lelaki datang bersama kayu mop lalu membersihkan lantai kesan tumpahan kopi tadi.
:
:
“Weh kau ni pergi fakulti ambil senarai ke buat kopi?” bebelan Masnisah kedengaran dari ruang tamu. Hidayah membongkokkan badannya dan menyusun kasut di rak kasut. Ternyata tompokan kopi di atas baju nya nampak ketara hingga Masnisah pun menegurnya.
“Tu sebab la aku balik awal ni, kalau tak harus lah aku booking buku yang masih ada kat library, ini rasa nya terpaksa la aku cari kat bookstore beli sendiri, haii laaahhhh buku rujukan ni bukannya murah-murah!”
“Kau boleh pinjam dengan senior, ataupun kau minta je nasihat kat senior kau, pakkal aku ni lain fakulti, kalau tak, boleh la kita sharing. Sharing is caring maaa.....” Masnisah mencuit bahu Hidayah sambil menjinjit ayam goreng drummet yang masih panas.
“Aku g tukar baju dulu lah..” Hidayah beralasan, malas hendak mendengar bebelan rakan baiknya.
:
:
Usai mandi dan bersolat, dia membuka beg sandang merah jambu dan menarik keluar pensilbox merah jambunya.
“Aduhai la nasib...”. Kertas A4 bertompok hitam diperhatikan. Hidayah mengeluarkan pen hitamnya dari pensilbox.
“Eh, ni pen warna silver ni bukan aku punya, mesti lelaki tadi tu terjatuhkan pen dia masa terlanggar meja aku.” Hidayah membelek-belek pen silver metalik dan terukir karakter RanDJ, ni tentu nama dia ni. Mesti mahal ni, hmmm jenama pun macam tak pernah tengok, rare ni. Hidayah mengeluarkan kad nama dari dompetnya lalu terus mendail nombor yang tertera.
Truut.. truut... Beberapa minit berlalu.
“The number you have dailled is not in service. Please leave a message after this tone...”. Hidayah mengerling jam dinding. Alahai dah hampir jam 11 malam, agaknya telefon dia habis bateri kot. Bisik hatinya. Dia meletakkan telefon bimbitnya. Mengambil kertas memo dan mencatat nombor telefon tadi – MrRanDJ saved. Dia meneruskan ulangkaji untuk kuliah pagi esok.
Deringan telefon bimbit membingitkan telinga Aira. Jam menunjukkan 12 tengah malam.
“Hello..” dengan suara serak-serak basah, dia mengonyohkan matanya.
“Sorry for disturbing, I’m returning call.” Suara lelaki di sebelah sana. Sesaat... Dua saat...
“Oh, erm... yes, I would like to give  you back your silver pen, I’m sure its yours”. Hidayah menelan liur membasahi tekaknya yang kering tiba-tiba.
“Okay, lets meet tommorow at the same place, at 4?”
“Okay then”. Terlalu mengantuk untuk berfikir panjang. Hidayah memang sudah merancang untuk memulangkan pen tadi esoknya, hanya menunggu panggilan tuan punya sahaja. Memang petang esok tiada sebarang kelas. Telefon bimbit diletak semula, dia bangun dari meja tulisnya dan berbaring di atas katil. Memang sebentar tadi dia terlelap di meja belajar.
:
:
Bau tumisan bawang merah dan bawang putih serta ikan bilis menerobos masuk ke hidungnya.
“Wahhh.. subuh sapei lagi kau dah siap dengan nasi goreng ni, ade apa-apa ke ni?” Nisah aka Masnisah menyucuk pinggang Hidayah.
“Tak de lah, tekak aku teringin sangat nak makan nasi goreng, asik roti je pepagi, muak dah”. Nasi goreng berasap dicedok ke dalam mangkuk.
“Hmmm yummy... kejap lagi boleh la bawak bekal sikit untuk lunch!”. Nisah menjerit girang. “Weh, kelas aku abis malam la hari ni, petang aku makmal, tak de masa nak lunch, boleh yeh aku tapau nasi goreng kau ni?”
“Ha ah, bolehhh sangattt... sebab tu aku masak banyak pagi ni, dah tau sangat jadual kau tu, setiap Selasa mesti makmal dan balik lewat”. Hidayah mencapai bekas empat segi dan menceduk sebahagian nasi goreng kedalamnya.
“Dah pergi mandi tu, sementara nasi goreng ni sejuk, lepas tu boleh tutup, kalau tutup panas-panas ni nanti basi pulak tengahari karang”.
“Yelah mak! Eh aku kelas start pukul 9 tau, kau tak payah tunggu aku, kau kan kelas start lagi awal dari aku, tengok tu dah pukul 7:30, kang lambat jangan salahkan aku pulak”.
“Aku dah siap dah ni, tunggu nak makan je nasi goreng panas-panas ni, sambal semalam aku abiskan yeh. Takde kelas la hari ni, tapi aku nak gi library!”.
“Okayy...” sahut Nisah dari dalam bilik air.


Hidayah Milik AkuWhere stories live. Discover now