Bab 6

2 1 0
                                    

“Laporan telah pun dibuat, dan pihak mangsa tidak mahu membuat sebarang tuntutan.” Terngiang-ngiang suara Inspektor Reynolds petang tadi.
Terketar-ketar Hidayah selepas mendengar penjelasan Inspektor Reynolds.
“Tapi, kau ni langsung tak tahu kat mana rumah Chae Ran. Mana tahu kot-kot ada Carol kat sana ke, takkan lah hilang begitu sahaja?” Soal Nisah setelah mereka tiba di rumah Inspektor Reynolds.

Sebagai seorang pegawai penyiasat, dia memang merasakan ada sesuatu yang cuba diselindungkan oleh keluarga Chae Ran. Carol yang berjiran dengannya itu langsung tidak pulang ke rumah sejak kejadian.
“Mak, ada nampak tak Carol balik?” soalnya pada ibu mertuanya.
“Tak ada pula nampak. Sunyi je rumah dia dari semalam, tapi tengah malam semalam, masa mak nak ke bilik air, ada mak ternampak van hitam kat bawah dengan beberapa orang berpakaian suit hitam. Mak tak fikir banyak, mungkin orang baru balik kerja kot. Tapi macam ramai pulak dalam 4 orang, setahu mak, kawasan pangsapuri ni tak ada orang yang kerja sampai tengah malam baru balik.”

Pangsapuri Inspektor Reynolds cuma ada 4 rumah dalam satu tingkat yang menggunakan lif yang sama. Masing-masing hanya dapat berjumpa apabila pintu rumah terbuka. Pulang sahaja dari bertugas tadi, Inspektor Reynolds terus menekan loceng pintu rumah Carol, namun hampa.

Hidayah menghirup teh panas yang dihidangkan Auntie Laura. Tubuhnya masih menggeletar.
“Mereka tu baru sahaja berpindah ke sini. Tak sampai dua bulan. Carol sorang aje yang auntie tahu. Tak pernah pula dia bercerita di mana rumah Chae Ran. Sebab kan jauh juga kalau nak berulang dari kampus ke sini. Itu aje yang Carol pernah bagi tau.”
:
:
Mangkuk tingkat yang tadi disediakan untuk Chae Ran di bawa ke dapur. Air mata mengalir tanpa henti. Sejak balik dari rumah Inspektor Reynolds, dia tidak dapat menahan air matanya.
“Sabar lah Dayah.... Aku pun tak tau apa nak cakap, kita tunggu sajalah dia balik ke kampus. Mana tahu lepas dah sihat nanti dia kena hantar tesis akhirnya pada supervisor.” Nisah mengusap belakang bahu.
“Hmm.. “ Senyuman cuba diukir.
“Aku masuk bilik dulu.” Dia perlu bertenang. Semuanya mungkin ada hikmah disebaliknya. Dia perlu mencari apa hikmahnya. Kaki melangkah ke bilik air. Ingin mengambil wudu’ dan mengadap pada yang Maha Esa.
Mujur juga ada Auntie Laura. Perkenalan singkat di lapangan terbang dulu dengan Auntie Laura dan Uncle Sam semasa dia dan Nisah pertama kali menjejakkan kaki ke Sydney, telah membuatkan hubungan mereka menjadi semakin akrab. Berada di tanah asing,  Auntie Laura kerap juga menjemput mereka ke rumahnya. Dapatlah merasa masakan kampung air tangan orang tua, setelah hampir dua tahun mereka tidak pulang ke tanah air.

Hidayah Milik AkuWhere stories live. Discover now