Bab 8

10 2 1
                                    

Kafe de LaPattisire 4pm.

“Hi!”. Teguran dari belakang.
Hidayah yang sedang enak menghirup kopi hampir tersedak.
“Oh hye”. Balasnya gugup.
Kerusi hadapannya ditarik. Dia terus duduk tanpa dipelawa. Beg galas dibelakangnya diletakkan di kerusi sebelah. Sebelah tangan yang memegang kopi diletakkan hati-hati. Hidayah mengeluarkan pen silver dan meletakkan di atas meja.
“Thanks, but do you mind if I sit here?”
Hidayah cuak, dah lah dia sorang-sorang dan student baru pula tu, masih belum kenal betul dengan orang lain selain yang sama kursus dengannya. Sengaja ambil kursus arkitek, sesuai dengan kelulusan yang dia ada dan minat yang mendalam.
“I am Chae Ran Do Jun, and you are?” lelaki tadi menghulurkan tangannya. Hidayah menundukkan kepalanya sambil mengangguk.
“Hidayah. Just call me Dayah” Dia cuba senyum dalam kegugupan. Tangan tak bersambut.
“Oh, are you Malaysian or Indonesian?”
“Malaysian”. Sepatah dia menjawab masih gugup. Tangan meraih cawan kopi ke bibir, cuba hilangkan gugup, entah kenapa hatinya berdebar melihat wajah lelaki ini. Rupa macam Asian, tapi kat Sydney ni memang tak susah mencari wajah Asia. Rupa macam cina sikit, tak boleh nak agak dia ni dari mana, bisik hatinya. Semalam girlfriend orang puteh.
“Lah, sama lah kita” . Ops!, bahasa melayu! Tak payah nak gabra sangat lah!. Satu lagi eh... dia bertindik lah pulak, dua belah telinga pulak tu!. Not my taste at all! Taste? Kau ni dah kenapa Dayah?
“Err... oh ye ke. Emm ni pen awak ye, saya nak kena pergi jumpa kawan kat fakulti lepas ni, sorry ye, got to go!”
Sekali lagi Hidayah mengunjukkan pen silver yang masih tidak berusik di atas meja, dia menghirup kopi yang hanya tinggal sedikit tadi dan bingkas bangun. Bad boy sangat! Dengan rambut macam nak blond tu. Urgh... minta simpang.
“Wait!Tunggu!”. Hidayah tidak berpaling. Laju-laju dia melangkah keluar dari kafe dan terus membelok ke arah fakulti.
Tidak sampai lima langkah, telefon bimbitnya bergetar di dalam poket seluar slack birunya. Terpapar MrRanDJ. Aduh nak apa lagi dia ni...
“Oh thank you ye cik Dayah. Next time saya belanja makan boleh?”
“Ehhh, tak pe tak pe, tak payah susah-susah ye, Saya tengah nak kejar masa ni, sorry ye”. Pantas dia menekan butang merah.
Chae Ran terpesona dan hairan dengan gaya Hidayah tadi. Tidak pernah ada gadis yang menolaknya. Walau minum secawan kopi, malah lebih dari itu adalah, semuanya mata duitan. Hidayah ni lain dari yang lain. Sejak dari semalam hatinya terdetik, wajah gadis itu mirip siapa ye, mujur juga malam itu dia return missed call, kalau tidak memang tak tahu lah macam mana nak jumpa gadis itu dan nombor telefonnya. Dia tersenyum meleret. Miss Dayyah - Saved.
:
:
“Aku dah agak dah, lain kali jumpa la time aku free, jumpa sama-sama, bertiga, kan lagi baik, daripada kau pergi sensorang jumpa dia, kita pun bukannya kenal dia tu macam mana..”. Bebel Nisah.
“Kau tak tanya ke dia fakulti mana, mana la tau kot-kot senior kau, boleh la pinjam nota ke, tips ke...”
Hidayah menggeleng. Tadi yang sepatutnya dia ke fakulti tu, rupanya dia pergi fakulti sains farmasi tempat Nisah tengah buat kerja makmalnya.
“Haha.. tu la memandai je setuju nak jumpa kan...” perli Nisah lagi.
“Ye lah, aku setuju je semalam sebab aku tengah mamai, terlelap masa kat meja. Aku ye kan je lah. Aduh...”. Hidayah mengeluh. Mood merudum. Sepatutnya dia perlu mencari buku rujukan di perpustakaan. Senarai baru buku rujukan pun dah ada di tangan. Pagi tadi dia sempat ambil sekeping dari rakan sekelasnya.
“Termenung tak akan hilangkan masalah. Baik kau pergi beli aiskrim ke, makan, hilang jugak muka cemborot kau tu”. Nisah menambah lagi, sambil tangannya laju mencatit sesuatu ke dalam buku notanya. Banyak lagi ujikaji yang perlu dia selesaikan. Radas-radas yang telah digunakan perlu dicuci untuk ujikaji seterusnya.
Hidayah bingkas bangun, mencapai beg pink dan berjalan keluar.
“Jumpa kat rumah malam karang!”. Nisah menyahut nyaring. Senyap.

Kaki melangkah. Tahu-tahu sahaja dia sudah pun di hadapan perpustakaan. Jam menginjak ke pukul 6. Hanya ada sejam sahaja lagi untuk Hidayah ulangkaji atau mencari buku rujukan. Tepat jam 7 dia perlu pulang, sebelum keadaan menjadi semakin gelap. Dia tidak betah berjalan seorang dalam senja. Walaupun dia tahun perjalanan dari fakulti ke rumah cuma mengambil masa tidak sampai 20 minit.

Chae Ran mengemaskan buku-buku yang bersepah di atas meja. Hampir dua jam juga dia tekun mencari bahan untuk tesis kerja kursusnya. Sekilas dia terpandang kelibat seorang gadis yang hampir dikenalinya. Dia tersenyum meleret, bingkas bangun. Secara automatis tubuhnya menghampiri gadis yang sedang asyik menelek buku di rak.

Carol memerhati dari dalam kaunter pengambilan dan penghantaran buku. Sejak dari tadi dia perasan adiknya Chae Ran berdiri di sisi rak, nampaknya sedang memerhatikan sesorang dari sebelah belakang rak tersebut. Bukannya mencari buku. Gadis yang disebalik rak itu tampak kusyuk sekali dan langsung tidak menyedari yang dia sedang diintip.

Tinggal 5 minit lagi sebelum dia habis shift. Selepas ini dia perlu ke kafe yang berhampiran, meneruskan kerja keduanya. Hidup di negara orang mana mungkin sama dengan negara sendiri. Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.. lebih baik negara sendiri.. Tapi itulah, dia cuma mampu berdikari di negara orang setelah peristiwa itu.
Dia menyentuh bahu adiknya yang terlalu kusyuk memandang gadis itu. Bahu terenjat dengan sentuhan Carol. Carol tersenyum.
“Syyyyy...” jari telunjuk dirapatkan ke bibirnya. Darah menyerbu ke seluruh wajah Chae Ran. Tertangkap sendiri dengan kakaknya.
“Kakak rasa lebih baik DJ pergi tanya sendiri dengan dia, dari terhendap-hendap macam ni..” Bisik Carol pada adiknya sambil mengenyitkan sebelah matanya. Dia bergerak keluar dari kawasan rak lalu menuju ke arah gadis tersebit. Mujur juga gadis tadi tidak perasan dengan kehadiran Chae Ran walau setelah Carol berlalu disisinya.
“Hi, can I help you?”. Carol sengaja menghampiri Hidayah.
“Sorry, I am looking for this book”. Dia mengunjukkan kertas yang tertulis tajuk sebuah buku.
“Okay. Lets see...”. Carol tersenyum sambil memandang ke arah Chae Ran yang sudah berpaling ke arah belakang rak dan berpura-pura mencari sesuatu.
“I think its already taken, lets check in the system”. Carol bergerak ke arah komputer carian yang terletak di belakang tiang. Sengaja Carol mempelawa untuk menolong gadis tersebut. Dia tahu gadis mungkin pelajar baru berdasarkan tag nama yang dipakainya. Dengan tunjuk ajar dari Carol, akhirnya Hidayah berjaya mendapatkan beberapa buku dari dalam senarai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hidayah Milik AkuWhere stories live. Discover now