“Nanti kau set la masa dengan dia ye” pujuk Fahmee di hujung talian
Luqman mula rimas dengan permintaan Fahmee. Semakin hari semakin memaksa.
“Tengok la nanti macam mana hasilnya” balas Luqman acuh tak acuh.
Beberapa minit kemudian, panggilan ditamatkan dan Luqman menghela nafas panjang. 30 minit yang lepas, dia baru sahaja selesai mesyuarat dengan kakitangannya yang bertapak di bandaraya utama ini.
Mindanya mula penuh dengan hal kerja tapi sempat juga Fahmee menyelit dengan permintaannya lalu membuat Luqman semakin tertekan.
Dia tidak suka dipaksa mahupun diarah oleh sesiapapun kecuali di atas ranjang.
Ahmad muncul di hadapan Luqman yang duduk di dalam bilik mesyuarat.
“Tuan, mereka dah sampai” kata Ahmad
Luqman mengangguk tanda faham. Dia akan bertemu dengan sekumpulan manusia yang berpotensi menjadi kliennya. Perniagaannya perlu berkembang.
Luqman menyambut kehadiran beberapa individu dari negara seberang. Ketua mereka adalah seorang lelaki bertubuh tegap namun berwajah manis.
“Selamat siang pak, saya Rizki” kata pemuda itu
Mereka tiba dari Indonesia dan ingin berbincang tentang satu projek yang akan dilaksanakan dengan kerjasama antara syarikat Luqman dan majikan Rizki.
Luqman tersenyum dan cuba menyembunyikan perasaan gugup. Walaupun telah bertemu dengan pelbagai klien namun dia tetap akan gemuruh setiap kali hendak berbincang tentang perniagaan.
Wajahnya memang kelihatan tenang dan yakin tapi di dalam hatinya dia mengigil ketakutan. Mujurlah dia bukan jenis melayan perasaan.
Perbincang itu memakan masa lebih 2 jam. Ternyata mereka selesa dengan kemesraan Ahmad dan kagum dengan kepimpinan Luqman.
Rizki juga sempat memuji Luqman dan menzahirkan rasa hormatnya pada Luqman yang bijak dalam perbincangan dan pandai dalam selok belok perniagaan. Semua itu disampaikan pada Ahmad yang kemudian memberitahu Luqman.
Selepas rombongan Rizki meninggalkan pejabat Luqman, Ahmad mengajaknya untuk makan tengah hari bersama. Pelawaan itu terpaksa ditolak kerana Luqman sudah berjanji untuk makan bersama Faizal dan Zack
***
Kereta selamat diletak di petak parkir. Luqman keluar dan menuju ke sebuah kedai makan yang telah ditetapkan oleh Faizal untuk bertemu.
Langkahnya terhenti pabila dia terserempak dengan ejen insurannya, Jefri yang kebetulan selesai makan bersama seorang lelaki.
“Encik Luqman! apa khabar?” soal Jefri
“Baik..alhamdulillah..kamu?” soal Luqman pula
“Baik juga. Makan tengah hari ye?” soal Jefri
“Ya, dengan kawan. Ni siapa?” soal Luqman sambil menunjuk pada lelaki di sebelah Jefri
“Kenalkan ini Qhoiry, kawan saya” balas Jefri
Luqman bersalaman dengan lelaki bagak bermisai tanpa janggut itu. Wajahnya seperti kacukan arab-melayu. Kacak dan sama ketinggian dengan Luqman.
“Ini klien aku” kata Jefri pada Qhoiry
Qhoiry mengangguk faham.
“Luqman kan? Asal mana?” soal Qhoiry
Suaranya serak-serak basah dan agak garau. Genggaman tangannya juga kuat dan bila dilihat sekali imbas, Luqman tahu lelaki ini juga sering mengangkat berat di gimnasium.
YOU ARE READING
MR. OTOT : BIRU (Siri 2)
General FictionDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Sambungan Mr. Otot : Merah Luka lama berdarah kembali dan cinta pertama menghantui. Jejaka berotot besar tersepit antara persahabatan dan etika. Dia hanya mahukan apa yan...