2 | Temuduga

18.7K 136 140
                                    

Zain membetulkan tali lehernya di hadapan cermin. Beberapa kali ikatan tali leher dibuka kerana Zain tidak berpuas hati.

Luqman hanya memerhati gelagat adiknya yang menghabiskan masa hampir 20 minit di hadapan cermin.

“Retak cermin tu kalau tengok muka kau lama-lama” perli Luqman

Zain hanya mendengus dengan wajah tidak puas hati kerana disakat oleh abangnya.

“Cepatlah, kamu ni temuduga dengan orang ke dengan cermin?” perli Luqman lagi

“Haish..adik tau la..abang ni membebel je, kalah orang perempuan. Kak Salina pun tak membebel macam abang tau” balas Zain

Luqman terdiam seketika, Salina. Sudah lama dia tidak bertemu dengan adik perempuannya itu. Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika Luqman keluar dari hospital selepas dilanggar lari pada 6 bulan lepas.

Mereka masih lagi berhubung melalui telefon tapi hanya untuk bertanya khabar antara satu sama lain. Bagaimanalah keadaan adiknya itu.

Pada hari ini juga, Luqman akan menghantar Zain untuk menghadiri temuduga di sebuah syarikat tempatan di bandar Kuching.

Hampir dua minggu selepas Zain kembali dari pengajiannya di luar negara, dia mulai bosan duduk di rumah dan ingin memulakan kerjaya.

Luqman tahu bukan mudah untuk memulakan kerjaya tapi dia yakin Zain akan dapat pekerjaan yang dia inginkan. Ini kerana Zain telah banyak berubah dari seorang yang bersikap sambil lewa dan kuat bermain kepada seorang yang matang.

Luqman berpuas hati dengan perubahan adiknya itu. Tidak sia-sia dia menghabiskan masa bertahun-tahun menyara hidup Salina dan Zain kerana mereka berdua membesar menjadi manusia yang berguna.

“Jom la abang” ajak Zain

“Kamu dah jumpa Ayah kat atas? Minta restu dan doa?” soal Luqman

“Dah tadi..” balas Zain acuh tak acuh

Luqman terus melangkah ke keretanya dan menghidupkan enjin. Dia akan menghantar dan menemani adiknya pada hari ini.

***

“Kamu buat apa semalam? Nampak letih je” soal Luqman sambil memandu

“Telefon kawan, borak-borak” balas Zain yang fokus dengan telefon bimbitnya

Luqman menjeling kearah adiknya

“Lain kali jangan la tidur lewat sangat nanti susah nak bangun untuk Solat Subuh macam tadi” kata Luqman

Zain hanya berdiam diri dan masih fokus dengan telefonnya

“Kasihan Ayah tau. Terpaksa jalan kaki ke surau sendirian. Nasib baik dekat. Patutnya kita teman Ayah pergi surau sama-sama tapi abang terpaksa keluar lambat sebab nak kejut kamu yang liat sangat nak bangun subuh” bebel Luqman lagi

“Hmm..” balas Zain

“Kamu dengar tak abang cakap ni?” soal Luqman

“Ye. Dengar. Kan adik dah cakap tadi abang pergi je dulu dengan Ayah tapi abang tu degil nak juga kejutkan Zain” balas Zain pula

“Kamu ingat abang nak biar je kamu tidur balik tanpa solat? Jangan harap la. Abang nak tanya ni, kamu kat luar negara tu pernah tinggal solat tak?” soal Luqman pula

“Mesti la pernah tapi tak sengaja” balas Zain

“Mulai sekarang kamu kurangkan tinggal solat. Faham?” tegas Luqman

“Ye..faham…” balas Zain acuh tak acuh

Mereka berdua diam beberapa minit. Tiba-tiba Luqman teringat akan mesej berbaur ugutan tempoh hari. Dia masih tidak mengetahui siapa yang menghantar mesej itu. Mungkin juga salah nombor

***

20 minit kemudian mereka tiba di sebuah syarikat yang terletak di bandar kuching. Luqman meletak kenderaannya di petak parkir.

“Selamat maju jaya ye adikku” kata Luqman

“Terima kasih abang” balas Zain

Zain mencium tangan abangnya dan bergegas keluar dari kereta. Luqman mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengemaskini status Facebook.

Dalam status itu dia memberitahu pada rakan-rakan media sosialnya tentang temuduga Zain. Rata-rata sahabatnya mendoakan kejayaan Zain. Luqman berterima kasih atas keprihatinan sahabat-sahabatnya.

Hampir 30 minit melayan Facebook di dalam kereta, Luqman mulai bosan. Dia mengambil keputusan untuk singgah di kedai makan untuk menambah lemak di badan.

Luqman duduk meja bernombor 13 dan seorang pelayan tiba untuk mengambil pesanan. Selesai memesan makanan, Luqman kembali melihat telefon bimbitnya. Dia menerima pesanan ringkas dari seseorang melalui aplikasi Whatsapp.

Hello, saya baru sampai Kuching ni. Awak stay sini kan?

Mesej itu dihantar oleh Ain sebentar tadi.

‘Ain ada kat Kuching? Dia buat apa kat sini’ fikir Luqman.

Masih segar dalam ingatannya tentang aksi nakal mereka berdua beberapa bulan lepas. Luqman mula tidak sedap hati. Adakah Ain datang ke sini semata-mata untuk mencarinya?

Jika iya, itu satu kelakuan luar biasa dan komited. Mungkin juga Luqman salah faham. Dengan mudah Luqman menepis prasangka buruk itu.

Awak kat Kuching? Selamat datang - Luqman

Terima kasih sayang. Bila awak free? Nak ajak jumpa niAin

Boleh je nak jumpa, set masa dan tempat nanti saya datangLuqman

Yeah..tak sabar nak jumpa awak..rinduAin

Ye, dah lama tak jumpa kanLuqman

Nanti boleh la awak bawa saya bersiar-siarAin

Belum sempat Luqman membalas tiba-tiba skrin telefonnya terhenti dan satu panggilan masuk dari Zain

“Ye Zain ada apa?” soal Luqman seraya menyambut panggilan itu

“Dah selesai” balas Zain di hujung talian

“Jadi macam mana?” soal Luqman lagi

“Zain dapat jawatan tu. Mula bekerja dua minggu lagi” balas Zain

“Alhamdulillah. Tahniah adik. Abang bangga sangat dengan adik. Eh jap, kenapa telefon? Kamu kan balik dengan abang, boleh je nak cerita kat abang dalam kereta nanti” kata Luqman

“Ye, Zain tengah tunggu lif ni. Tak sabar nak bagitau abang tentang berita gembira sebab tu telefon dulu. Rasa macam nak menjerit sambil lompat-lompat haha” balas Zain

Luqman tersenyum. Hatinya bangga dengan pencapaian adiknya, dia bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan mudah bagi Salina mahupun Zain untuk mendapat pekerjaan yang mereka mahu, bukan seperti dirinya yang menjalani pelbagai dugaan sebelum memiliki kehidupan yang senang seperti sekarang.

‘Rezeki masing-masing’ kata hati Luqman

Bersambung..

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now