23 | Panjat

9.5K 151 267
                                    

Note: Terima kasih kepada pembaca kerana citer ni dapat 1k vote. Hargai sgt2 votes anda. Bagi aku, vote tu maksudnya anda suka dgn apa yg ditulis.

Terima kasih sangat2..

***

Kapal terbang mendarat dengan selamat di lapangan terbang Kota Kinabalu. Cuaca pada pagi itu baik dan menyegarkan.

Luqman dan keluarga segera menuju ke hotel untuk berehat. Idris telah sampai lebih awal dari Luqman dan telahpun menginap di hotel yang sama.

Menurut Idris, isteri dan anaknya tidak dapat hadir kerana ada urusan penting di yang perlu diselesaikan di kampung. Oleh sebab itu, Idris terpaksa datang bersendirian.

Luqman pula seperti dijanjikan, membawa ketiga-tiga anaknya dan bekas isteri, Rahimah ke sana untuk bercuti bersama.

Rahimah dan anak-anaknya akan berkongsi satu bilik manakala Luqman akan berkongsi bilik bersama Idris.

Anak-anak Luqman kelihatan sungguh gembira kerana sudah lama tidak bercuti bersama Luqman. Masa ini digunakan sebaik mungkin untuk mengeratkan lagi hubungan mereka anak-beranak.

Setibanya di hotel Luqman menerima mesej dari sahabat lama, Azuan yang juga merupakan pegawai polis berpangkat tinggi di Kota Kinabalu.

Azuan telah membantu Luqman dalam kes Sofea sebelum ini dan Luqman terhutang budi. Azuan mengajak Luqman untuk bertemu bersama teman lelakinya Shaqirul.

Luqman membalas bahawa dia akan berada di Kota Kinabalu selama satu minggu dan akan ada banyak masa untuk mereka bertemu.

Ini kali ketiga Luqman menjejakkan kaki di negeri di bawah bayu ini. Tidak sabar rasanya hendak melawat gunung terkenal di Malaysia.

Seperti yang dirancang, Luqman dan Idris akan mendaki sementara Rahimah dan anaknya bersiar-siar di Kota Kinabalu.

Pada mulanya, Luqman mengajak Rahimah dan anaknya untuk turut serta mendaki namun mereka menolak kerana mereka tidak membuat sebarang persiapan untuk mendaki.

Peralatan dan barangan seperti tongkat, baju thermal, sarung tangan dan kasut mendaki tidak dibawa bersama dan mereka tidak mahu membelinya.

Rahimah merancang untuk membawa anak-anaknya bersiar-siar di Desa dairy farm namun Luqman meminta agar mereka ke sana bersama-sama selepas Luqman dan Idris selesai mendaki.

Hari yang ditunggu telah tiba dan Luqman pun mendaki gunung kinabalu bersama Idris dan malim gunung bernama Hafiz.

Berbanding Idris, Luqman jarang mendaki dan beberapa kali Luqman hampir putus asa untuk meneruskan perjalanan. Namun hatinya tetap cekal untuk sampai ke puncak. Luqman tidak tahu jika akan ada kesempatan untuk mendaki gunung ini pada masa akan datang, oleh itu dia tetap mahu menghabiskan pendakian pada hari itu.

Bermula pada pukul 9.30 pagi di Timpohon sampailah ke Laban Rata pada pukul 1.00 petang, perjalanan mereka sedikit mencabar kerana jalan licin selepas hujan.

Namun setibanya di Laban Rata, mereka boleh berehat sebelum menyambung pendakian awal pagi esok. Disebabkan mereka menginap di hostel dengan katil bertingkat, Luqman dan Idris perlu berkongsi dengan pendaki yang lain.

Perasaan teruja dan gementar membuat Luqman sukar untuk tidur. Pendakian ke puncak semakin hampir dan bermacam-macam perkara bermain dalam fikirannya. Dia akhirnya menelan ubat tidur dengan nasihat doktor agar dapat berehat.

Sekitar jam 12.30 malam, Luqman terjaga dari tidur, dia cuba untuk tidur semula namun dia sedari Idris masih berjaga.

“Kau belum tidur?” soal Luqman

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now