26 | Kejutan

7.3K 123 176
                                    

“Betul ke awak tak nak bawa saya jumpa mak ayah awak dulu?” soal Luqman ketika bercakap melalui telefon

“Tak apa, saya berhak tentukan jodoh saya sendiri. Abang jangan risau, mereka sudah tahu saya akan berkahwin dengan abang” balas Suzana di hujung talian

Luqman tersenyum. Lega hati mendengar jawapan bakal isterinya itu. Tidak lama lagi, mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan namun sehingga kini Luqman masih belum berpeluang untuk bertemu dengan ibubapa Suzana.

Fahmee pernah menceritakan bahawa keluarga Suzana boleh dikatakan golongan berada. Tapi mereka peramah dan baik. Luqman diserang rasa bersalah kerana dia akan menikahi Suzana dan kemudian menceraikannya. Pasti mereka sekeluarga kecewa.

Ayah Borhan dan ketiga-tiga anak Luqman telahpun bertemu dengan Suzana dan semuanya berjalan lancar. Anak Suzana juga mula berkenalan dengan Luqman walaupun mereka sedikit kekok.

Tapi apa yang menarik perhatian Luqman adalah salah seorang dari 2 anak Suzana menghidap penyakit sindrom down dan dikategorikan sebagai kanak-kanak istimewa. Luqman perlu bersiap sedia untuk menjaga anak tersebut.

Kini, Luqman melangkah keluar dari kereta diikuti oleh anak-anaknya. Mereka melawat rumah anak yatim, tempat di mana Luqman pernah dibesarkan. Masuk saja di perkarangan rumah itu Luqman diserbu oleh penghuninya yang rata-rata berumur kurang dari 13 tahun.

“Ayah Luqman datang!!!” jerit salah seorang anak yatim yang kelihatan sungguh gembira.

Tanpa membuang masa, mereka berebut untuk bersalaman dengan bapa angkat mereka itu. Sudah terlalu lama Luqman tidak melawat anak-anak angkatnya. Anak-anak kandung Luqman juga datang membawa hadiah dan sedikit sumbangan untuk diberi pada adik-beradik angkat mereka. Senang hati Luqman melihat anaknya sudah pandai berkongsi.

Jika sebelum ini mereka sedikit kekok dan adakalanya merajuk kerana enggan berkongsi kasih sayang Ayah mereka dengan orang lain. Tetapi setelah banyak kali melawat rumah anak yatim, mereka mulai sedar bahawa mereka adalah antara manusia yang beruntung kerana masih memiliki ibu dan bapa yang sihat dan penyayang walaupun berpisah.

Iskandar, anak kepada Abah Rosli yang juga bekas penjaga rumah anak yatim itu mendekati Luqman. Iskandar kini mengantikan tempat bapanya.

“Lama tak nampak bro” tegur Iskandar

Mereka bersalaman dan berpelukkan.

“Semua okey?” soal Luqman

“Alhamdulillah. Semua baik-baik saja. Duit sumbangan kau bagi tiap bulan lebih dari cukup untuk tampung keperluan anak-anak” kata Iskandar

“Syukur” balas Luqman

“Ada 5 orang anak kita yang akan ambil UPSR tahun ni. Harap-harap semuanya berjalan lancar” tambah Iskandar sambil berjalan menuju ke pejabat

“Semoga dipermudahkan” kata Luqman

Mereka berdua masuk ke dalam pejabat dan Iskandar terus menyerahkan beberapa keping fail.

“Ini anak-anak baru yang kita terima. Ada yang baru sebulan ada juga yang baru seminggu. Mereka masih menyesuaikan diri” jelas Iskandar

Luqman meneliti setiap maklumat anak-anak yatim tersebut. Dia mahu mengenali mereka sebelum bertemu. Ketika sedang leka meneliti, mata Luqman tertumpu pada seorang kanak-kanak.

“Dia ni bukan anak yatim kan? Sebab maklumat dalam ni menunjukkan mak dan ayahnya masih hidup” soal Luqman

“Oh Aiman ke? Ya, dia ni memang bukan anak yatim tapi dari golongan fakir miskin. Ibunya tidak mampu membesarkan kesemua anak-anaknya sebab tu dia menghantar Aiman ke sini” jelas Iskandar

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now