37 | Terkejut? Si*l!!

6.6K 118 340
                                    

“Kau baliklah!” halau Hajjah Meriam

“Hajjah, izinkan saya jumpa Suzana sebentar saja” pinta Luqman

“Hey! Kau memang tidak faham bahasa ke? Dia tak mahu jumpa kau!” balas Hajjah Meriam

Luqman masih berdegil dan berdiri di luar pagar rumah mak mertuanya. Dia berharap agar dapat bertemu dengan Suzana dan berbincang. Sampai sekarang dia keliru kenapa Suzana menuduhnya curang.

Fauzan berlari keluar setelah melihat Luqman berdiri di hadapan pintu. Dia cuba memeluk Luqman namun di halang oleh Hajjah Meriam

“Dia bukan bapa kamu. Bapa kamu Fahmee” tegas Hajjah Meriam

“Jangan begitu Hajjah. Saya tetap bapa tiri dia” balas Luqman yang sedih melihat Fauzan yang benar-benar mahu bersamanya.

“Hey! Diamlah. Baik kau balik sebelum aku panggil polis!” tegas Hajjah Meriam

Jiran Hajjah Meriam keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku. Suasana bertukar kecoh saat Hajjah menghamburkan kata-kata kesat pada Luqman

“Ada apa ni Hajjah?” soal salah seorang jiran Hajjah Meriam

“Ni laki anak aku ni. Dia curang dengan betina mana entah. Sekarang merayu-rayu nak balik dengan anak aku. Dasar jantan sial” maki Hajjah Meriam

“Bila masa saya curang?!” tegas Luqman yang mula tidak tahan dengan tuduhan Hajjah Meriam

“Kau tak payah berdalih. Baik kau balik sebelum aku panggil polis!” tegas Hajjah Meriam

Bro, sudahlah tu aku rasa baik kau balik dulu. Jangan buat masalah di sini” tegur seorang lagi jiran lelaki Hajjah Meriam yang kelihatan sebaya Luqman

Hajjah Meriam terus masuk ke rumah dengan menarik tangan Fauzan. Budak lelaki itu menangis semahunya kerana enggan berpisah dengan Luqman. Hancur hati Luqman.

“Fauzan….” kata Luqman perlahan.

Seminggu kemudian Suzana masih enggan bertemu Luqman. Setiap hari Luqman cuba menghubunginya namun gagal. Berita tentang kecurangan Luqman sampai ke telinga Ayah Borhan dan Zain. Mujurlah mereka mempercayai kata-kata Luqman bahawa semua itu fitnah.

Ramai ahli keluarga Suzana yang lain turut memaki Luqman dan ada juga yang menghubunginya untuk memberi amaran. Luqman cuba menjelaskan apa yang berlaku tapi ramai yang tidak percaya. Yang sedihnya Ayah Borhan dan Zain turut terkena tempiasanya kerana mereka menyokong Luqman. Luqman baring di riba Ayah Borhan yang sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.

“Kenapa ni nak?” soal Ayah Borhan sambil mengusap rambut Luqman yang pendek.

“Luqman penat” adu Luqman dengan suara perlahan dan mata terpejam rapat.

“Rehatlah anakku” balas Ayah Borhan sambil membaca zikir sebagai terapi untuk Luqman.

Alunan merdu zikir membuat Luqman terlena. Zain yang duduk di sebelah Ayah Borhan hanya memerhati abangnya tertidur. Perasaan bercampur baur, dia bersimpati dengan nasib abangnya yang sentiasa diuji saat melangkah ke alam perkahwinan. Pada masa sama dia berdendam dengan ahli keluarga Suzana yang termakan fitnah dan hasutan tanpa usul periksa. Dia ingin membantu namun dia sendiri tidak tahu bagaimana.

***

“Kejaplah, aku tertinggal topi dalam kereta” kata Luqman di telefon sambil berjalan menuju ke keretanya semula.

“Cepat sikit” balas Azuan dihujung talian.

Luqman sekarang berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Kebetulan Azuan dan Shaqirul turut berada di sana untuk bercuti. Maka mereka merancang untuk bertemu. Qhoiry juga turut dijemput oleh Luqman setelah beberapa kali lelaki itu mengajak untuk berjumpa.

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now