18 | Tolak Tarik (18SX)

17.3K 130 301
                                    

"Luqman kan?" soal seorang lelaki yang wajahnya seperti dikenali

"Ha ye. Maaf ye tapi kamu ni siapa?" soal Luqman

"Qhoiry. Kawan Jefri. Lupa lah tu" balas lelaki itu

"Allah! Minta maaf sangat-sangat lah Qhoiry. Aku betul-betul tak ingat nama kau. Patutlah macam kenal" jawab Luqman

Suasana di KLIA 2 begitu riuh dan ramai manusia sibuk mengejar penerbangan masing-masing.

"Balik Kuching ke?" soal Qhoiry

"Eh tak lah. Baru sampai dari Kuching. Ada kerja sikit di Kuala Lumpur. Kau pula nak ke mana?" soal Luqman

"Oh aku baru balik dari Langkawi. Kau dah makan? Kalau belum, jom kita makan" ajak Qhoiry

Luqman bersetuju dan mereka menuju ke tempat kegemaran Luqman iaitu KFC. Luqman sebenarnya berat hati untuk terbang ke Kuala Lumpur namun dia terpaksa kerana Rizki akan tiba untuk bincangkan tentang projek bersama mereka.

Oleh kerana Ahmad jatuh sakit, Luqman terpaksa mengantikan tempatnya.

"Jefri apa khabar?" soal Luqman

"Aku pun tak pasti. Sudah lama tak bertemu" balas Qhoiry

"Oh. Ingatkan kamu berdua rapat" soal Luqman lagi

"Rapat lah juga tapi tidaklah sampai tahu apa dia buat setiap hari. Entah-entah kau ingat kami berdua pasangan kekasih kan?" balas Qhoiry

"Eh. Bukan begitu. Aku tak fikir sampai macam tu sekali" balas Luqman

Mereka berdiam diri seketika sambil menikmati ayam goreng.

"Kau buat senaman angkat berat untuk masuk pertandingan ke?" soal Qhoiry

"Eh tak adalah. Aku buat sebab saja nak jaga kesihatan badan" tipu Luqman

Sedangkan tujuan utama dia ke gimnasium adalah untuk kelihatan segak dan seksi ketika bogel.

"Oh ingatkan kau nak masuk pertandingan bina badan. Sebab dulu aku pernah masuk bertanding tapi tak menang lah. Dapat tempat ketiga je" jelas Qhoiry

"Huh?! Kau biar betul! Tempat ketiga tu hebat juga" balas Luqman yang kagum

"Eh biasa je. Lagipun pertandingan yang aku masuk tu bukannya besar. Kecil-kecil je" balas Qhoiry

"Walaupun kecil tapi kau tetap dapat nombor tiga. Bagi aku itu satu pencapaian baik. Bukan mudah nak masuk pertandingan bina badan ni. Perlukan disiplin tinggi" kata Luqman

"Tak payah lah puji lebih-lebih. Segan aku weh! Tapi aku tengok kau pun boleh tahan. Badan kau ada bentuk cuma kalau kau potong lemak-lemak tu boleh menang dah" kata Qhoiry pula

"Amboi! Kau ni macam nak rekrut aku je" perli Luqman

"Kalau kau berminat aku boleh kenalkan kau dekat seorang jurulatih yang bagus" Qhoiry

"Kau ni memang serius ye. Aku sebenarnya tak bersedia langsung nak masuk apa-apa pertandingan. Segan la nak pakai seluar dalam atas pentas" kata Luqman

"Haha, tak apa, aku tak paksa. Cuma nak bagitahu je manalah tahu kau berminat" kata Qhoiry

"Akan dipertimbangkan" jawab Luqman

"Okey boleh" kata Qhoiry

Mereka sambung makan semula sebelum berpisah.

***

"Macam mana? Jadi tak?" soal Idris dihujung talian

"Boleh-boleh. Rahimah pun setuju nak ikut" jawab Luqman

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now