31 | Anak Pungut (18SX)

18.6K 116 240
                                    

Enjin kereta dimatikan. Luqman membuka pintu dan keluar dari perut kereta. Sempat juga dia menguap kerana terlalu mengantuk. Suzana juga turut keluar dari kereta dan mendekati Luqman.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi dan kesemua anak Luqman dan Suzana telahpun lena dibuai mimpi.

“Sayang tolong bukakan pintu, abang nak dukung anak kita masuk dalam” arah Luqman

Suzana mengangguk faham dan bergegas ke pintu rumah Haji Kassim. Pintu utama itu diketuk dan salam diberi.

“Eh?! Suzana? Ada apa datang malam-malam buta begini?” soal Haji Kassim yang terkejut melihat anak perempuannya berdiri di hadapan pintu rumah.

“Mak suruh Suzana balik” kata Suzana dengan wajah kasihan

“Apalah mak kamu tu, sampai hati dia kacau kamu malam-malam begini” balas Haji Kassim sambil menggeleng kepala.

“Tidak apalah. Masuklah dulu, sudah lewat malam ni” ajak Haji Kassim.

“Ayah” sapa Luqman sambil mendukung Fauzan yang terlena dalam dakapan

“Masuklah nak, bawa Fauzan dalam bilik” balas Haji Kassim

Luqman mengangguk faham dan terus masuk ke dalam rumah mertuanya. Ini kali pertama dia menjejak kaki di sini. Terasa asing. Sebelum berkahwin, Luqman tidak berkesempatan untuk bertemu dengan ibubapa Suzana. Dalam hatinya sedikit gementar kerana dia tidak mengetahui bagaimana penerimaan mereka.

Haji Kassim kelihatan seperti boleh menerima Luqman. Layanannya juga baik walaupun dia jarang bercakap. Luqman malu hendak berbual dengan bapa mertuanya itu. Sementara Hajjah Meriam pula belum pernah bertemu dengan Luqman. Ini membuat Luqman semakin gementar.

Kelima-lima anak Suzana dan Luqman telah selamat di baringkan dalam bilik tidur. Luqman dan Suzana pula akan berehat di bilik lama Suzana.

“Mak masih jaga?” soal Luqman yang melihat Suzana masuk dalam bilik

Suzana baru saja selesai bertemu dengan Hajjah Meriam. Pada mulanya Luqman hendak turut serta namun pabila difikirkan semula, hari telahpun lewat dan dia berasa tidak patut untuk dia menganggu waktu rehat Hajjah Meriam. Lagipun itu bilik tidur Haji Kassim dan Hajjah Meriam.

“Mak masih berjaga. Susah tidur katanya. Ayah baru saja tidur” balas Suzana

“Kasihan mak” balas Luqman

“Kasihan abang juga sebab letih memandu malam-malam begini” kata Suzana pula

Hati Luqman bersetuju, penat mengemas petang tadi masih terasa dan badannya mula terasa lenguh dan sengal. Apa yang dia mahukan hanyalah berehat sepuasnya walaupun tanpa bantal. Dia tahu sekiranya dia baring pasti terus terlena tanpa perlu menunggu lama.

Luqman menepuk bantal sebanyak tiga kali sebelum meletakkan kepala. Tiba-tiba Suzana memeluk pinggang Luqman dengan erat dari belakang. Terkejut dibuatnya.

“Kenapa ni sayang?” soal Luqman

“Saja nak peluk abang. Sedap sangat badan abang ni. Malam ni malam pertama kita tidur bersama. Sudah lama sayang tak tidur dalam pelukkan lelaki” balas Suzana yang meluahkan isi hatinya.

Luqman mengucup dahi Suzana dan membalas pelukkan wanita itu. Memang benar Suzana telah lama tidak bersama dengan lelaki tapi Luqman hanyalah memanaskan tilam itu untuk Fahmee. Bila tiba masanya, Suzana akan kembali ke pangkuan Fahmee.

Suzana merapatkan wajahnya ke muka Luqman. Satu kucupan melekat di bibir Luqman. Lembut dan tenang. Suzana benar-benar menikmati bibir Luqman yang tebal dan mengiurkan itu.

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now