“Terima kasih sudi datang” kata Luqman sambil memeluk tubuh Faizal.
“Tahniah, tak sangka kau yang kahwin dulu. Sedangkan aku lebih awal hantar kad kahwin” balas Faizal
“Jodoh” balas Luqman pendek.
“Ya betul tuh. Lepas ni jangan lupa datang majlis aku pula” ajak Faizal
Luqman mengangguk kepala tanda faham dan setuju.
“Kau dah bersedia nak kahwin?” soal Luqman
Faizal menghela nafas panjang.
“Aku tahu aku akan terseksa. Tapi demi ibu aku sanggup” balas Faizal
Mereka berdua terdiam seketika.
“Kalau kau perlukan seseorang. Aku sedia membantu” kata Luqman yang menepuk bahu anggota polis itu
“Kau memang kawan yang baik, Luqman. Aku sayang kau” balas Faizal lalu memeluk Luqman sekali lagi.
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah dan Luqman berdoa dalam hati agar urusan Faizal dipermudahkan.
Selesai berpelukkan dengan Faizal, Luqman kemudian bersalam dengan Saiful, Zack, Mustafa dan Muaz. Masing-masing memberi hadiah kahwin dalam kotak berbalut kertas hiasan. Mereka kemudian berlalu meninggalkan Luqman.
Aidil, Azuan dan Shaqirul pula tidak dapat hadir kerana bertugas. Sementara Qhoiry telah berlayar di laut luas dan hanya menghantar hadiah melalui pos laju. Jefri sempat menghadiri majlis kenduri itu namun hanya sekejap saja.
“Okey bro, minta diri dulu ya” kata seorang lelaki yang Luqman tidak kenali.
“Terima kasih sudi datang. Kamu ni salah seorang ahli keluarga Suzana?” soal Luqman
“Eh bukan, aku ni kawan facebook kau” balas lelaki itu
“Oh ye? Minta maaf, ramai sangat orang jadi aku tak dapat cam semuanya” balas Luqman
“Tidak mengapa. Biasalah bila terlalu sibuk kadang-kadang memang susah nak cam muka semua tetamu yang hadir” tambah lelaki itu.
“Betul tuh” balas Luqman
“Minta diri dulu ya” kata lelaki itu
“Kejap. Nama siapa ni?” soal Luqman
“Rey” balas lelaki awal 20an itu
“Hebat nama kau” kata Luqman
Rey hanya ketawa dan meninggalkan Luqman.
Barulah Luqman sedar bahawa ramai juga sahabat alam mayanya yang hadir dan kebanyakkan mereka belum pernah berjumpa dengan Luqman. Pastinya pertemuan singkat itu sedikit kekok dan janggal.
“Okey bro. Terima kasih sebab banyak tolong aku” kata Fahmee yang muncul dari belakang.
“Sama-sama Fahmee, tapi aku harap kau tidak minta tolong buat benda macam ni lagi. Aku tak sanggup” rayu Luqman
“Baiklah. Ini kali pertama dan kali terakhir” kata Fahmee
“Jadi bila kau sedia nak kahwin semula dengan Suzana?” soal Luqman
“Bukan dalam masa terdekat. Sebab kau kena tolong buat Suzana suka pada aku semula. Lagipun aku akan kerja di luar negara beberapa bulan nanti. Jadi kau belum boleh ceraikan Suzana lagi. Tunggu aku balik Malaysia” jelas Fahmee
Terkejut Luqman mendengar berita itu
“Eh?! kau tak cakap pun kau nak ke luar negara. Laa habis tu rancangan kita macam mana? Kau kata sebulan je aku kahwin dengan Suzana lepas tu cerai” balas Luqman yang tidak puas hati
YOU ARE READING
MR. OTOT : BIRU (Siri 2)
General FictionDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Sambungan Mr. Otot : Merah Luka lama berdarah kembali dan cinta pertama menghantui. Jejaka berotot besar tersepit antara persahabatan dan etika. Dia hanya mahukan apa yan...