INNOCENTanakMama Bab 3

115 11 0
                                    

#INNOCENTanakMama
#Bab3
#Penulis; RenaNongYong

"Bapa, kenapa durang budak-budak tu semua yang jalan-jalan ni hitam-hitam?"Tanya Ones kehairanan.Di kampung mereka tiada yang kulit terlalu gelap.Gelap-gelap pun tidaklah hitam sangat.

"O..sebab mama bapa dorang mimang hitam.Sama dorang kuat kerja masa tengah hari jadi kulit mereka jadi gelap. Jangan banyak tanya.Buat macam biasa saja sini.Jangan mengejek atau begaduh sama durang ar.Ikut jak main tapi jangan ikut klau dorang pigi jauh dari ni kawasan."

"Ha, ini tempat kita tinggal. Bawa masuk tu beg kamu semua."
Kata bapa mereka apabila mereka sampai di rumah yang teakhir.

"Pa, macam bikin takut ni orang-orang sini o.Semua tengok Tanak macam inda pernah nampak orang"
kata Tanak, agak sumbang berjalan apabila diperhatikan seperti seorang ratu melintasi kawasan mereka. Mungkin sebab si Tanak sangat lain daripada mereka.Putih melepak,tinggi,berambut panjang dan halus, pipi merah jambu,alis mata kemas yang asli dan buluh mata yang lentik dan hitam yang juga asli. Walaupun Tanak baru berumur 12 tahun, dia sudah mempunyai tubuh badan yang lengkap seperti susuk badan seorang gadis remaja. Keayuan dan kelembutannya memukau penglihatan orang-orang yang melihatnya pertama kali.

"Bha, Tanak, jangan ko keluar dari rumah kecuali sama bapa.Kalau bapa indada di rumah, kunci pintu rumah ni.Jangan kasi benar adik-adik keluar rumah kecuali bapa balik, nanti bapa kasi bebas main kejap di luar.O ya, kita kena pergi ke pejabat pendidikan.Mau urus sekolah tumpangan kamu. Tanak kan mau duduk UPSR tahun ni dan sudah daftar di sekolah kampung kita.Jadi Tanak kena duduk UPSR di kampung juga nanti.Ada sekolah rendah tidak jauh dari sini.Kamu ble jalan kaki ke sekolah sama adik-adik.Mengikut aggaran yang boss bapa bagi, perumahan ni dijangka siap pada hujung tahun ni jadi ada 3 bulan sahaja kita di sini Lepas tu pindah belum tau di mana.Sabar saja ar."

Rumah kongsi tiada bilik.Hanya satu ruang kosong.Di sinilah masak, makan dan tidur. Di sebelah belakang ada pintu keluar untuk ke tangki untuk mengambil air dan ke tandas curah di luar. Banyak sampah, lalat dan takungan air. Ada lebih kurang 10 rumah dalam satu baris yang hanya dipisahkan oleh plywood tebal dua lapisan dinding.Sebelum mereka jalan ke pejabat pendidikan,bapa si Tanak, si Martin sempat membuat dinding pemisah untuk dijadikan bilik si Tanak di dalam rumah kongsi itu. Tanak tersenyum gembira sebab bapanya faham apa yang Tanak perlukan.Sebuah bilik supaya walaupun pintu terbuka, dia ada masih ada tempat persembunyian untuk menukar pakaian selepas mandi.Selepas bilik Tanak siap dan semua baju-baju anak-anak dikemas.Mereka pun pergi berurusan.Isnin nanti Tanak akan mula bersekolah di sekolah itu.
Keesokan harinya adalah hari Isnin.Tanak dan adiknya si Onest dan si Oyal pergi ke sekolah.Masa tu dia tahun 6 si Onest tahun 4 dan si Oyal tahun 2 .Manakala si Ichi baru 5 tahun,belum ke sekolah jadi si Martin bawa dia ke tempat kerja.
Kelihatan Martin dengan basikal tua meletakkan si Ichi bersama bekalan di ruang hadapan  basikalnya. Tanak dan adik-adiknya berjalan kaki ke sekolah yang hanya terletak dalam 30minit jalan kakai dari belakang tapak binaan tempat kerja bapa mereka.
Tanak sangat tidak selesa sebab dia diusik oleh remaja-remaja warga asing yang bersantai di beberapa perhentian tempat mereka lepak menunggu masa kerja di binaan yang bermula jam 8 pagi.
"pewwwet..."
Kedengaran bunyi siulan yang sangat menyeramkan bagi seorang gadis polos yang baru berumur 12 tahun itu.Selain daripada itu, ada beberapa tempat di mana ada sekumpulan remaja bercampur warga asing dan tempatan yang menghidu gam pula .Mereka Kadang-kadang pandai mendekati dan mengaca-aca untuk menangkap Tanak.Tanak berlari laju setiap kali melintasi mereka.Sangat menakutkan.Lebih menakutkan daripada melintasi kawasan perkuburan. Itulah yang dilalui sepanjang perjalanan Tanak.

Sesampai di sekolah, sekolah tersebut juga dalam 30% murid-murid warga asing. Bukan semua mereka jahat tetapi segelintir mereka mungkin kurang perhatian daripada ibubapa.Mereka di hantar ke sekolah dengan bayaran yang mahal tetapi mungkin sebab mereka tahu yang mereka hanya bersekolah untuk pandai membaca ,menulis dan mengira sahaja .Mereka tidak boleh duduk peperiksaan kerajaan juga jadi mereka tidak takut untuk gagal peperiksaan. Mereka lebih menganggap sekolah itu sebagai taman permainan. Tanak agak bersinar di antara murid di dalam kelas dia .Memandangkan kulitnya yang cerah, rambut keperang-perangan, hidung mancung, biji mata coklat muda dan ketinggian nya lebih daripada murid-murid yang lain di dalam kelasnya.Dia sentiasa mendapat perhatian. Mereka suka mengusik dan menarik rambutnya.Tanak sangat tidak selesa. Dia tidak dapat belajar dengan tenang.
Setelah berlanjutan perkara tersebut berlaku hampir sebulan,Tanak sudah tidak tahan.Dia menceritakan semuanya kepada bapanya.
"Pa, bolehkah kalau bapa kasi ikut kami bas sekolah?Tanak inda sanggup sudah jalan kaki pigi sekolah.Tanak takut kalau-kalau tu penghidu gam kacau sya lama-lama.Bolehkah Pa?
Tanya Tanak kepada bapanya.
"Isshhh dakatnya tu, beberapa meter saja dari sini.Lagipun kalau Tanak naik bas sekolah, siapa tengok-tengok tu adik-adik ? Bahaya tu limpas jalan kalau durang-durang saja.Inda lama sudah baitu Tanak.Dalam sebulan lebih ni bangunan siap, kita pindah tempat lain sudah.Kamu menumpang sja di sekolah sana tu." Balas bapanya.

INNOCENTanakMama(COMPLETED S1)Where stories live. Discover now