Bab 7

53 5 0
                                    

INNOCENTanakMama
#Bab7
#ByRNY@2018
Con Jun2019
"Yes! Merdeka.UPSR sudah habis. Saya mau balik tempat bapa dan adik-adik.Boleh kan cikgu.Saya sambung balik menumpang sekolah sana sampai akhir tahun."
"Baiklah kalau itu yang kamu fikir baik, pergilah."
"Ia cikgu.Tiada jaga adik-adik saya di sana."

Tanak seorang diri naik bas ke daerah tempat bapa dan adik beradiknya tinggal. Di pekan, dia ternampak datuk saudara tirinya. Dia menumpang untuk pulang ke kampung.
Seampainya Tanak di rumah Manis, tempat tinggal bapa dan adik-adiknya, dia terkejut.
Ketiga-tiga orang adiknya nampak sangat kurus. Seperti tidak cukup makan. Mereka berlari dan memeluk Tanak.
"Kakak!"
"Kami rindu kakak"
"Macam manalah kamu di sini? Syoklah ada mama baru.Hihi "
Ichi mula menangis. Seperti bibirnya mula menyatakan sesuatu tetapi Oyal membesarkan mata ke arah Ones dan Ichi. Dia diam dan memeluk erat Tanak.
"Ok ba Kakak Tanak.Macam yang dulu juga masa kakak sini. Cuma kami sekarang tidak tinggal di rumah sewa lagi.Kami tinggal sini rumah besar sama mama tua dan bapa tua. Anti yang bawa kami tinggal sini."
"O, baguslah kalau gitu. Mana anti Manis sama bapa?"
"Harini kan hari Ahad. Bapa jalan pigi beli barang keperluan.Kami di rumah jaga mama tua sama bapa tua"
"O ialah"
"Bah marilah masuk kakak Tanak"

Mereka pun masuk ke dalam rumah.
"Apa khabar si odu di kampung kakak?"
"Dia sihat juga.Dia tidak suruh kakak balik sini tapi kakak rindu kamurang jadi kakak baliklah sini.Kakak habiskan tahun 6 di sini saja sama kamu."
"Yey! Baguslah tu kak.Ada juga kawan kami.Kasihan Ones saturang buat kerja rumah dan jaga kami kalau bapa pigi laut dan anti memotong dan memungut getah."
"O, bapa tidak balik kerja di KK pula."
"Ia kak.Dia jadi nelayan ikut lelaki-lelaki kampung sini pergi laut tangkap ikan pastu jual dekat pasar ikan borong di pekan "
"Banyak jugalah bapa dapat duit?"
"Tidak taulah kak.Dia bagi kami belanja sekolah jugalah seringgit sehari."
"Ehm..sayanglah gaji bapa di site tu. Selalu dapat gaji mau dekat RM2K juga tu selalu di sana."
"Inda taulah Kakak Tanak.Nanti kakak becerita sama bapa kalau dia pulang nanti."

Tanak mengemas bilik adik-adiknya dengan melipat dan menyusun pakaian bersih dan mengumpul pakaian kotor untuk dicuci.
"Siapa juga cuci pakaian sekolah kamu ni Oyal, kotor juga. Malulah pergi sekolah pakaian begini kotor walahpun sudah di cuci. "
"Oneslah yang cuci sebab bapa dan anti pun cari duit.Tiada masa mau urus kami."
"Tidak apalah Oyal, kakak tidak akan tinggalkan kamu lepas ni."
"Tapi kalau kakak tingkatan satu, bukan kakak macam kakak Grace kah masuk asrama?"
"Jangan risau Ones, kakak Tanak akan tinggal di sini.Ramaipun budak tingkatan sini menyewa bas ulang alik ke sekolah menengah di pekan."
"Tapi kan kita tiada duit banyak mau sewa bas."
"Kakak akan bincang dengan bapa awal-awal."
Jam menunjukkan tepat jam 11.40 pagi.Martin dan Manis belum pulang-pulang lagi.
"Ichi lapar lah kak."
"Air...air" mama tua bersuara. Itulah sahaja yang dia selalu cakap kalau di lapar.
"Tu mama tua mau air, bagilah dia air Ones.Kakak cari sesuatu lu di dapur ni untuk dimasak."
"Ok kak. Kejap." Tidak lama Ones keluar dengan semangkuk bubur di tangan.
"Aik napa bagi mama tua bubur.Bukan dia mau airkah tadi?"
"Kakak ni kena faham yang ni.Mama tua minta apapun dia akan cakap air..air. Sekarang mau dekat jam 12, minta makanan lah tu"
"Oo.. Hahaha."
"Kak, kalau masak telur,kena campur dengan sayur.Itu peraturan di sini."
"O gitukah pula."
Ones sedang menyuap mama tua, Oyal menenani Ichi main dam Tanak memasak.
Selepas semua siap, mereka pun duduk makan bersama bapa tua.
Kereta Datsun sampai di halaman rumah. Ichi bingkas berdiri dan berlari ke arah bapanya seperti biasa.
"Bapa balik...bapa balik"
Menerkam dan memeluk bapanya.
"Bapa. Kakak Tanak sudah balik sini"
"Oh ia? Baguslah"
"Nah, ngamlah tu. Ada juga tolong urus  ni anak-anak manja ni."
Mereka masuk ke dalam rumah.
"Eh, bapa." Tanak memberi salam.
"Bila ko sampai Tanak?"
"Baru tadi pagi dalam jam 9"
"Berani juga ko naik bas kan"
"Terpaksalah. Bukan ada yang mau hantar"
"Makan pak, anti"
"Tidak apa kami sudah makan tadi di pekan.Nah ada bapa tapau lauk sikit ni.Makanlah kamu."
Kedua mereka terus ke bilik tidur. Martin selalu balik lewat malam setiap hari dan melalui hari yang sangat penat. Ahad sahajalah masa dia melayan isterinya si Manis 17 itu.
Kedengaran tawa manja dan gurau senda dewasa di dalam bilik tidur.
"Begitulah dorang selalu tu kalau hari Ahad kakak.Mana pandai layan kami tu. Bapa bukan macam dulu lagi habiskan masa bawa kita berjalan-jalan kalau Ahad "
"Biarlah dorang tu Ones. Bapa kena layan isteri dia. Cukuplah bapa tidak buang kita. Dia jaga kita juga walaupun dia sudah kahwin balik."
"Bah, cepat makan, lepas tu kakak bawa kamu main sana di taman permainan kampung "
"Wah! Syok tu kak. Bapa mana suruh kami keluar tu kalau tiada orang dewasa."
Selepas siap makan dan rehat sebentar, Tanak membawa adik-adiknya bermain di taman kampung.
Di taman permainan.
"Eh! Tanak,bila kau sampai sini?"
Seorang daripada kawab sekelasnya menegurnya.
"Baru saja tadi pagi."
"Jadi di manalah kau sekolah nanti ?"
"Sini saja.Tidak pigi mana-mana."
"O baguslah.Kasihan kami nampak adik-adik kau tidak terurus."
"Itulah tu sya nampak juga. Faham jugalah sya, anti sibuk di kebun getah, bapa pula tangkap ikan."
"Ia bah kan."
Sejak Tanak di rumah Manis, dialah yang menguruskan semua kerja-kerja di rumah termasuk menjaga nenek dan datu tirinya kecuali semasa dia berada di sekolah. Manis pula habiskan masa di kebun getah dan menanam sayur tepi anak sungai dekat degan ladang getahnya.
Walaupun Tanak berasa penat dan agak kelangkabut menyediakan makanan sebelum ke sekolah dan bergegas balik untuk menguruskan datuk dan nenek tirinya yang sakit, dia tidak mengeluh. Manis kini lepas tangan dengan menjaga adik-adik Tanak. Martin pula meneruskan kerja sebagai nelayan kecil-kecilan demi menanggung perbelanjaan sekolah anak-anak.

Bulan Oktober tiba. Hujan tidak henti-henti menimpa bumi. Angin dan ribut juga tidak henti menari-nari memukul alam.
Getah tidak dapat ditoreh, kebun sayur habis di ranap bah dan laut bergelora mematikan rezeki nelayan. Apa lagi nelayan bot kecil. Mereka semua terpaksa berteduh di rumah memerhati dan menanti semuanya redah.
Tanak tidak lama lagi ke tingkatan satu. Dia perlu membeli keperluan sekolah dan duit sewa bas ulang alik ke sekolah menengah di pekan.
"Bapa,macam manalah saya mau beli keperluan sekolah ni pak?"
"Tengok dululah Tanak, duit simpanan bapa semakin kurang, nampaknya dalam dua bulan lagi kali tidak dapat turun laut ni. Cuaca tidak menentu. Bapa sudah pigi pekan dan telefon boss lama bapa semalam.Katanya ada projek kecil buat renovation rumah orang di KK yang bapa boleh buat. Esok dia bank in duit deposit."
"Apa? Sayang mau tinggalkan Manis dengan anak-anak di sini? Tidak! Manis tidak setujuh"
"Susah kalau kamu ikut Manis, nanti belanja lagi. Biarlah sayang kirim duit saja buat belanja kamu di sini"
"Tidak! Biarlah tiada makan.Biar tiada makan sama-sama. Manis takut. Mama dan bapa sakit kuat ni.Kalau dorang tiba-tiba ada apa-apa, Manis sorang saja sini, macam mana?"
"Manis. jangan degil boleh tak. Tanak kan ada. Dia boleh lari ke rumah ketua kampung.Lagipun tu rumah jiran sebelah ada."
"Manis mau ikut juga. Kan ada Tanak jaga adik-adik dan bapa sama mama tua."
Martin menggaru kepala yang tidak gatal. Serabut dengan rayuan manja isterinya. Tadi kata tidak boleh yinggalkan mama dan bapanya, sekarang dia mau ikut pula dan tinggalkan mama bapanya dengan Tanak.

"Sayang akan pulang setiap hujung minggu Manis. Jangan risau."
"Tak.Kalau sayang tidak mau bawa Manis, sayang dan anak-anak tinggalkan Manis terus.Tidak payah peduli Manis lagi."
Memalingkan muka kemudian masuk ke dalam bilik tidur dengan muka yang muncung.
"Ehm..merajuklah tu."
"Tidak apalah bapa.Biar Tanak jaga adik-adik, bapa dan mama tua. Tiap hujung minggu bapa dan anti pulang sinilah hantar belanja dan tengok keadaan kami."
"Betul ni Tanak? Tanak boleh buat? Jangan risau, bapa akan cakap dengan anak uncle Judin sebelah rumah ni.Dorang cakap anak bujang lelaki dia bawa bas charter ke SMK."
"Baiklah kalau begitu bapa.Tanak setuju."
Tanak setuju sahaja walaupun dia belum tahu apa risiko yang dia sedang pertaruhkan di masa depan yang belum pasti demi menjaga hubungan bapa dan ibu tirinya.

INNOCENTanakMama(COMPLETED S1)Where stories live. Discover now