Bab 8

52 4 0
                                    

PINNOCENTanakMama
#Bab8
#ByRNY@2018
Con Jun2019

Martin dan Manis berada di Kota Kinabalu untuk projek mengubahsuai rumah yang dipertanggungjawabkan oleh majikan lama Martin semasa dia kerja di syarikat pembinaan dahulu. Tanak pula mula bersekolah di sekolah menengah di pekan dengan menaiki bas sewa khas untuk pelajar kampung ke pekan.

Setiap hari seawal 4 pagi sebelum bertolak ke sekolah , Tanak akan masak nasi dan lauk dan menutup makanan dengan tudung saji di atas meja. Memasak bubur untuk datuk dan nenek tirinya. Ones akan menyuap nenek tiri mereka dan menghidangkan makanan untuk mereka sebelum ke sekolah bersama adik-adiknya. Selepas masa persekolahan tamat, Ones akan memanaskan makanan dan memberi makan semua orang di rumah.

Semasa hari pertama Martin bawa Manis ke bandar Kota Kinabalu. Inilah kali pertama Manis menjejakkan kaki di bandar besar. Tadinya, sepanjang perjalanan dia muntah-muntah.Tidak biasa berjalan jauh lebih daripada pekan di daerahnya. Maklumlah dia anak tunggal dan ibu bapanya bukannya mampu membawanya bercuti ke mana-mana di luar daerah dari kecilnya. Dia juga merupakan anak angkat dan kurang di terima oleh keluarga mereka. Mereka kata dia pembawa malang kepada Ibubapa angkatnya. Sejak dari Manis diambil oleh ibubapa angkatnya, mereka mula sakit.

Itulah hari yang paling bermakna dan gembira bagi Manis. Pertama kali keluar daripada kampung tempat dia bersarang selama ini. Dia tidak henti-henti memuji ketinggian bangunan dan kecantikan segala sesuatu yang dia nampak di sekelilingnya.

"Wah! Tingginya bangunan tu sayang. Macam bentuk bateri kan."
"Ou, itu bangunan Yayasan Sabah. Pejabat pentadbiran negeri tapi sekarang sudah banyak berpindah ke putrajaya dekat Universiti Malaysia Sabah, di depan lagi. Tapi kita tidak sampai di sana. Kita pergi Likas sekarang ni mau jumpa boss. Dia akan bawa kita ke rumah yang kita akan ubah suai. Kita akan tinggal di rumah sewa syarikat sehingga pengubahsuaian siap."
"Ou.Ok nanti sayang bawa Manis jalan-jalan nanti ar."
"Buat apa juga Manis mau jalan-jalan.Manis kan masih mabuk jalan."
"Ialah tapi sekarang ok sudah. Manis mau beli baju gaun yang cantik, seksi, kasut tinggi, beg, make up dan mau cuba makanan sedap. Manis mana pernah dapat semua tu. Asyik di kampung saja. Manis nampak semua di TV saja. Manis pun mau rasa juga begaya cantik-cantik, macam artis."

Manis memeluk tangan sambil meletakkan kepalanya di atas bahu suaminya dengan manjanya. Kata-kata dan perlakuan Manis membuatkan Martin cair. Lagipun dia kasihan melihat isterinya yang penat menjaga ibubapanya yang sakit dan tidak pernah merasa semua itu. Dia mengiakan sahaja permintaan isterinya sambil tersenyum.

"Ok,tapi duit deposit projek sayang sudah bagi setengah dengan Tanak sebelum jalan. Sayang minta pinjam sikit lagi dengan boss lah karang masa kita jumpa dia. "
"Terima kasih sayang."
Sampai di Likas, mereka berjumpa dengan boss Martin, Mr.Chung di sebuah restoran.
"Wah! Ini amoi kau si Grace kah si Tanak? Besar sudah wo"
"Eh! Bukanlah boss Chung. Ini bini saya."
"O, muda ou"
"Ia, nama dia Manis, umur baru 17 tahun."
"O patutlah.Ok, ini dokumen kamu kena sign untuk sub ni kontrak sama syarikat saya.Buat betul-betul ar. Kamu sudah ada pekerja kah?"
"O sudah boss, ada tukang besi sama 2 orang dan 2 orang lagi tolong susun bata."
"Oklah kalau gitu."
"Tapi boss saya perlu sedikit tambahan duit deposit sebab duit yang haritu saya bagi dengan anak-anak buat belanja sebulan jadi saya punya belanja di sini dengan bini saya tidak cukup lagi."
"Oo..boleh tapi tidaklah banyak saya boleh bagi.Lepas setengah kerja siap baru saya bagi lagi lebihan 50% bayaran kamu, lagipun bahan binaan semua dari syarikat saya jadi kita 60 / 40 lah."
"Ia boss saya faham.Terima kasih banyak-banyak bagi saya projek ni"
"Sama-sama. Saya memang harap kamu dari dulu tapi jangan banyak enjoy ar, kerja dulu ma"
"Ialah boss."
"Ok, o tuna itu kereta Hilux sudah sampai. Itu driver ikut saya pulang, itu kereta Martin pakailah sampai itu rumah siap buat. Ingat ar, itu orang minta 30 hari siap untuk satu rumah. Ada 3 rumah minta renovation, 3 bulan lor. Jangan lambat siap, nanti orang hilang percaya sama kita."
"Ok, saya faham boss."
"Mari drive ikut belakang kereta saya, kita pigi itu tempat."
Sampai di perumahan baru. Kebanyakkan belum berpenghuni.Ramai yang sedang mengubahsuai rumah.
"Ok Martin dan pekerja kamu boleh tinggal sini rumah sementara buat renovation.Ini satu rumah syarikat sewa untuk kamu semua 3 bulan sahaja.Jangan lewat ar, nanti rugi syarikat."
"Terima kasih boss."
"Sama-sama. Saya jalan dulu.Nah duit belanja kamu dan ini telefon bimbit syarikat punya. Saya akan hubung kamu selalu untuk kamu bagi tau sampai mana sudah kamu buat kerja. Kalau ada perlu, ada nombor telefon saya di sana."
"Terima kasih boss."
"Jalan dulu."
Dari tadi Manis menahan perasaan teruja melihat rumah, duit dan telefon bimbit di hadapannya. Sekilas selepas Mr.Chung menutup pintu dia terus menarik nafas dan meletup luahannya.
"Huh! Sayang! Wah! Cantiknya rumah. Banyak duit kan boss bagi dan handphone tu ....wah! Bagi Manis pengang kejap." Dia merampas telefon bimbit itu daripada Martin dan memeluk dan membelek- belek dengan penuh perasaan ingin tahu. Walaupun hanya telefon biasa untuk menerima dan memanggil serta fungsi sistem pesanan ringkas atau orang cakap SMS. Martin hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu.Seperti rusa masuk kampung aksinya.
"Sayang, mana mau cakap ,mana tempat dengar ni? "
"Manis, kalau iapun duduklah dulu. Janganlah terlalu nampak yang kita ni orang kampung. Nasiblah semua pekerja orang sini juga jadi dorang tidak tinggal dengan kita. Mulut tu tahan sikit. Ia kejap sayang ajar. " Martin mengajar isterinya menggunakan telefon itu.
"Ialah, kan tadi Manis diam.Kita dua saja kan. Sesak nafaslah kalau tidak luahkan persaan teruja tu. Sayang, belikan Manis telefon bimbit satu."
"Ish...siapa juga Manis mau bertelefon?"
"Iakan...Manis mana ada kawan. Oya, dengan sayanglah."
"Kalau gitu, Manis balik kampunglah barulah kita berjauhan, barulah sesuai kita bertelefon dan ber SMS kan."
"Inda maulah"
"Taupun. Sayang kerja di kawasan perumahan ni saja. Buat apa mau bertelefon."
"Oklah tapi janji esok lepas kerja bawa Manis shopping ya"
"Ia Manis, sayang bawa."
Keesokan malamnya selepas kerja, Martin menunaikan janjinya kepada isteri untuk membawanya ke kompleks membeli-bela. Selepas itu mereka makan di restoran dan menjamu selera.

Sampai di rumah sewa syarikat;
"Huh! Penatnya sayang. Lenguh kaki berjalan tapi syoklah sayang. Hanya kita berdua. Rumah besar, cantik, ada duit, dating-dating dan makan sedap-sedap.Kalau selama-lamanya gini kan bagus."
"Manis, jangan lupa kita ada bapa dan mama juga Tanak dan adik-adiknya di kampung. Kita di sini cari duit untuk dorang."
"Sayang ni, takkan Manis lupa dorang. Begini, kita tinggal saja sini, sayang bagi Manis duit untuk kirim tiap bulan dengan dorang. Tanak kan ada jaga dorang. Ok saja pun dia jaga dorang. Oya, 28hb nanti kita pulang kampung bawa mama dan bapa review di hospital. Manis bagi kad bank mama dengan nombor pin sama Tanak. Sepupu Manis si Vic driver bas sewa sekolah tempat Tanak tu boleh tolong bawa Tanak ke ATM ambil duit kalau kita ada kirim duit.Lagipun dia ada telefon bimbit tu. Kita ambil nombor telefon dia, kita boleh call dia untuk tanya khabar dorang di kampung.Jangan risaulah sayang. "
"O bagus juga gitukan. "

Pada mulanya semua dalam keadaan baik. Perbelanjaan pun cukup sebab sebelum bapa mereka meninggalkan mereka hari itu dia sudah bayar sewa bas sekolah Tanak untuk sebulan dan membeli beras dan segala keperluan dan bekalan makanan untuk sebulan.

Selepas seminggu berlalu, Martin telah menunaikan janji kepada anak-anaknya untuk balik menjenguk mereka.
"Macam mana keadaan kamu Tanak, ok juga?"
"Ok juga bapa."
"Kalau ok, baguslah. Bapa tidak dapat balik lagi dalam dua minggu ni. Hujung bulan baru kami balik sebab bapa guna duit ikut kursus kontraktor binaan. Boss bapa suruh ambil lesen kontaktor. Katanya senang dia bagi bapa sub kontrak projek-projek kecil yang dia dapat."

"Ialah bapa. Tapi jangan saja kamu tidak balik hujung bulan sebab mama tua punya review hospital tu 28 hb ni"

"Tidak payah ingatkan antilah Tanak, anti bukan budak-budak lagi. Anti ingat juga tu.Ko jaga saja dorang sekarang.Bapa kau tu tidak boleh biar-biar saturang di bandar.Nanti pandai merayap.Nah ni kad bank dan no pin kad ATM mama tua. Tiap bulan dia ada bantuan RM200 dari kebajikan untuk perubatan dia dan kami akan kirimkan duit belanja untuk kamu tiap bulan.Jaga mama dan bapa tua bagus-bagus ar"

"Tanak kalau ada masalah, minta tolong sama uncle Vic. Bapa bagi nombor telefon dengan dia nanti.Apa-apa, call bapa."

"Baiklah anti, bapa"

"Tanak, jangan call kalau tidak penting. Mana tau dia sedang berada di atap rumah, bahaya tau kerja bapa."
"Ok anti."

Martin dan Manis seperti pasangan yang sedang berbulan madu. Mana-mana pergi bagaikan belangkas, sentiasa bersama. Manis semakin seronok dengan kehidupannya di bandar sehingga rasa tanggungjawabnya terhadap orang tuanya yang membesarkannya semakin pudar di mamah kesenangan.

INNOCENTanakMama(COMPLETED S1)Where stories live. Discover now