INNOCENTanakMama Bab 1

375 12 0
                                    

#INNOCENTanakMama
#Penulis: RenaNongYong 2018
(Novel untuk di tempah:Pm untuk tempahan. Naskha terhad 100 sahaja. Beberapa bab akan di upload di fb.Sambungan di dalam buku.)Tqvm kerana menyokong #SabahanWriter.😍

#BAB 1

INNOCENT, nama yang diberi kepada seorang bayi yang putih, comel dan kecil, hanya 2.6 kg semasa lahir. Anak ke 2 daripada 5 orang adik beradik. Oleh kerana kecomelannya seakan-akan anak patung, ibubapanya memanggil dia dengan panggilan manja si Tanak. Dia lahir di dalam sebuah keluarga yang bahagia. Ibunya bernama Emelda seorang surirumah yang rajin dan cantik, walaupun dia sedikit tegas , dia sangat pandai memasak dan menjahit pakaian. Dia membantu suaminya menambah pendapatan dengan menjual kuih dan menerima tempahan pakaian.Bapa si Tanak bernama Martin, seorang yang sangat bertanggungjawab dan disegani orang kampung kerana sikapnya yang suka membantu sesiapa sahaja yang memerlukan semampunya.Sama ada masalah keluarga ataupun keperluan. Dia berkerja sebagai buruh binaan. Walaupun dia tidak ada kelulusan tinggi tetapi dia tidak pernah memberi alasan untuk tidak bekerja. Dia berusaha, bekerja sambil belajar dengan kontraktor pembinaan sehinggalah dia pandai membina rumah.Dia adalah orang kepercayaan majikanya iaitu seorang kontraktor berbangsa Cina. Di atas kejujuran dan kerajinannya bekerja, dia telah dilantik sebagai mandur  untuk menguruskan segala bekalan bahan binaan dan pekerja.

Hidup mereka gembira dan bahagia walaupun hanya tinggal di sebuah rumah kecil beratap nipah sehingga ke anak yang ke lima. Setelah anak yang ke lima mencapai umur 3 tahun, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan jalanraya yang melibatkan bas yang dinaiki oleh ibu mereka semasa menghantar pesanan pakaian yang ditempah pelanggan dan sebuah lori tangki minyak, tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.Kemalangan itu telah mengakibatkan kematian ibu mereka dan lebih malang lagi, kebetulan bapa mereka pun berada bersama di dalam bas sebab dia baru pulang daripada kerja di luar daerah.Nasib baiklah bapa mereka hanya cedera di bahagian kaki dan tangan.
Sewaktu kejadian,Emelda dan Martin, ibu dan bapa si Tanak terhumban keluar daripada pintu kecemasan bas. Kepala Emelda terhempas di jalan raya dan mengalami pendarahan dalaman. Kaki Martin terseliuh.Dia mengesot ke arah isterinya. Menariknya mendekati dia dan meletakkan kepala isterinya di pangkuannya..

"Honey, cakap sesuatu.."sambil menangis.

Isterinya Emelda mengangkat tangan kanannya dan memegang pipi suaminya dan cuba membuka mulut untuk bercakap sesuatu tetapi nafasnya terlebih dahulu meninggalkan jasadnya. Tangan yang tadinya di pipi suaminya terkulai layu dan jatuh tak bermaya.

"Honey, tidurlah..nanti suatu hari kita akan jumpa lagi.Nanti kita bercakap lama-lama.." Kata Martin sambil mengusap wajah isterinya buat kali terakhir.Menutup matanya dan mengucup dahi isteri yang sangat disayanginya.

Selepas itu pasukan polis dan penyelamat serta ambulan pun sampai menyelamatkan mereka. Mereka semua dibawa ke hospital untuk rawatan dan pengurusan. Martin masih di hospital untuk menjalani rawatan kakinya yang terseliu. Dia bukan sahaja menangis disebabkan kehilangan isterinya tetapi dia sedih mengingatkan anak-anak mereka yang paling tua baru 13 tahun, Tanak 11 tahun, adik-adik nya 9 tahun, 6 tahun dan yang paling bongsu 3 tahun.Bagaimanakah keadaan mereka sekali menerima berita sedih itu. Keluarga mendiang Emelda sudah datang menuntut mayatnya untuk disemadikan di kampung. Martin pula berkeras untuk mengikuti mereka pulang bersama menguruskan pengkebumian isterinya tetapi malangnya, doktor kata kakinya perlu direhatkan dahulu sekurang-kurangnya 2 hari. Orang kampung terpaksa menunggu sehari lagi untuk menyemadikan mendiang Emelda.

Masa suram sudah bermula di dalam hidup si Tanak.Peristiwa ini memberi kesan kepada semua adik beradik dia tetapi si Tanak adalah anak yang paling manja dengan ibu dan bapanya.Dia seorang yang dilahirkan dengan hati yang sangat rapuh.Mudah terguris dan menangis berbanding dengan adik beradik yang lain.Lagipun dia adalah anak bongsu perempuan kerana adik-adik nya semuanya lelaki.

Sesampainya mayat mendiang Emelda di kampung, mayatnya di letakkan di rumah ibubapa suaminya di atas permintaan Martin.Memandangkan rumah mereka sangat kecil dan dikuatiri akan roboh sekiranya ramai orang berkunjung ke sana. Kereta van bapa saudara Tanak berhenti di hadapan rumah ibubapa Martin. Kelihatan beberapa orang kampung mengusung keranda mendiang Emelda masuk ke dalam ruang tamu rumah. Tangisan mula kedengaran, semua yang berada di sana tidak dapat menahan sebak melihat anak-anak mendiang memeluk dan meratapi ibu mereka.Terutama si Tanak dan adik bongsu lelakinya yang baru sahaja berumur 3 tahun. Memeluk tidak melepaskan ibunya. Si Tanak tidak ada lagi bunyi tangisan.Tinggal nafas yang bisu lalu dia pitam rebah di sisi ibunya. Semua orang panik. Nasiblah dia mempunyai seorang kakak yang kuat semangat.Dialah yang menenangkan si Tanak.Dia mengambil air sejuk dan merenjiskan di mukanya untuk menyedarkannya daripada pitam sebentar tadi.Sepanjang malam mereka tidak tidur.Semua adik beradik si Tanak lima orang, Grace kakak mereka, Honest,Loyal dan bongsu si Rich duduk mengelilingi jasad ibu mereka.

"Kakak Grace,mama kenapa inda pandai bangun-bangun.Dia inda lapar kaitu dari pagi lagi dia tidur?"Kata Rich yang baru berumur 3 tahun.Tadi paginya sudah diberitahu bahawa ibunya meninggal tapi dia tidak boleh menerima kenyataan.

"Rich adik...kita tidak boleh kasi bangun mama lagi sebab dia akan tidur sampai bila-bila.Lepas tu dia akan jadi kawan Tuhan di surga" kata Garce cuba memberi kefahaman kepada Rich dengan harapan dia tidak akan bertanya soalan lagi.

"Jadi kalau Ich ada mau cakap sama mama macamana?" Kata Rich lagi.
"Duii anak ni masih lagi menyoal" dalam hati si Grace.

"Kalau malam Rich nampak apa di awan? "Tanya Grace.

"Bintang" Jawab Rich.

"Nanti, mama akan jadi salah satu bintang di awan jadi..Rich boleh tengok bintang dan bercakap dengan dia."

"Wah..mama jadi bintang..tingginya" tambah Rich lagi dan banyak lagi soalan-soalannya sampailah dia terlelap penat berjaga. Terpaksalah si Grace melayan segala soalan si Rich.

Grace nampak 3 orang adik lelakinya Honest,Loyal dan Rich sudah terlelap. Hanya si Tanak yang masih melayan air mata di sudut keranda ibu mereka.

"Sabar Tanak, jangan telampau sedih, nanti adik-adik kita pun ikut terlalu sedih.Kakak penat tau macam ni.Bapa pun belum keluar hospital.Tolonglah kasih sabar tu hati."Kata Grace.

Air mata Tanak semakin bertambah dan berkata ..
"Kak, kakak rasa kita akan dapat ibu tiri ka nanti? Sya takut jadi macam tu di TV.Ibu tiri jahat, nanti pukul kita kalau inda ikut cakap dia."

"Itu pula dia fikir.Bapa belum sihat pun ko sudah cakap begitu.Ko tau kan bapa saaaayang sangat sama mama dan kita. Ko kan selalu dia peluk dan cium duluan kalau dia pulang dari kerja.Dia bilang ko, dia punya princes.Takkan lah bapa sanggup kasi biar kita."
Kata Grace menenangkan Tanak pula.

"Oh Tuhan, berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua ini" Kata Grace di dalam doa dia.Dia sebagai anak tua, menahan segala sebak dan menakung air mata di dalam hati walaupun jantungnya agak cepat berdenyut daripada biasa kerana terlalu tertekan.

"Bagus ko tulung kakak kemas semua pakaian mama untuk mau kasi bawa dia bisuk."

Mereka mengemas baju ibu mereka sambil air mata yang tidak terhenti di pipi walaupun tiada bunyi tangisan kedengaran.

INNOCENTanakMama(COMPLETED S1)Where stories live. Discover now