Bab 9

48 4 0
                                    

28hb tiba. Tanak berharap sangat bapanya pulang. Beras semakin sedikit, peti ais hanya beberapa ketul sayap ayam yang tinggal. Sewa bas sekolah pun dalam 2 hari penutupan pembayaran sewa untuk bulan hadapan.
Sebuah teksi berhenti di halaman rumah. Tanak, Ones,Oyal dan Ichi bersusun berdiri bak menunggu kehadiran seorang raja. Tetapi malangnya hanya permaisuri sahaja yang turun. Rajanya tidak ada bersamanya. Mereka kecewa terutama Tanak. Dia tidak berani meminta wang daripada ibu tirinya, Manis.
Manis sangat bergaya sekarang. Pakaian cantik, rambut baru sahaja di potong dan diwarnakan berkilau-kilau di bawah cahaya matahari. Hampir mereka tidak mengenalinya di sebalik kaca mata hitam.

"Hah! Apa kamu fikir. Bapa kamu sibuk. Tidak dapat balik. Jangan harap lebih-lebih"

Tanak dan adik-adiknya tidak berani berkata apa-apa. Tanak menarik tangan Ichi dan masuk perlahan-lahan bersama adik-adiknya yang lain ke dalam rumah.
"Kenapa belum tukar baju mama dan bapa tua ni Tanak? Sudah tau harini dorang mau pigi hospital, belum lagi kamu kasi sedia dorang.Mau juga tunggu anti.Cepat tolong anti, teksi menunggu di luar."
"Maaf anti.Tadi lampin mama tua basah balik selepas saya tukar tadi."
"Eh! Sudahlah. Harini Tanak ikut anti bawa mama sma bapa tua supaya lain kali kalau anti sibuk kamu tahu macamana mau bawa dorang review."
"Aik jadi adik-adik macam mana? dorang belum makan tu"
"Arh! Ones boleh urus juga tu."
"Tapi..."
"Sudah! Cepat!"
Manis meletakkan ibunya di atas kerusi roda dan menolak masuk ke dalam teksi.
"Berat juga mama tua ni. Jagan kasi makan banyak mama tua Tanak.Makin naik badan dia."
Tanak diam dan mengikut arahan Manis.
Selepas urusan di hospital, mereka balik ke rumah.
"Tanak, ko tau sudah kan macam mana mau urus review mama dan bapa tua? Nanti minta tolong si Vic saja hantar di hospital.Dia tidak juga biar mama tua tu. Takkan dia sampai hati biar anti tua dia sendiri tiada urus. Nah! Ni duit RM300 biiin belanja kamu sini sebulan. Jimat-jimat. Bapa bagi RM500 tapi anti perlu tu RM200 sewa teksi sama belanja anti ulang alik tadi. Tidak payah telefon kalau tidak perlu.Kalau ada masalah bagi tau uncle Vic saja.Bukan dorang jauh pun, sebelah rumah saja. Anti jalan dulu."
"Eh! Anti tidak tidur lu di rumah kawan-kawan mama tua? Dia rindu Manis tu.Selalu dia sebut nama anti."
"Ai...pandai ko mau ajar anti kan. Kalau anti di sini saja, belum tentu bapa kamu tengok kamu lagi. Dia tu sudah ada lesen kontrak sekarang, senang dapat duit, orang senang dapat duit, perempuan pun senang melekat.Anti kena jaga.Mana kamu tahu, kamu budak-budak lagi. Jalan dulu."
Manis masuk semula ke dalam teksi sewa dan pulang ke Kota Kinabalu tanpa memberi ciuman selamat tonggal kepada kedua orang tuanya.
Tanak duduk berfikir.Bayar sewa bas sekolah sebanyak RM250 sebulan atau membeli keperluan dapur. Sepatutnya RM500 yang bapa dia beri tu memang cukup-cukup tetapi Manis sudah ambil RM200. Tidak ada sesiapa kawan berbincang. Dia memanggil Ones yang baru 11 tahun berbincang bagai mana selesaikan masalah mereka.
"Mari kejap Ones.Adik-adik sudah makan?"
"Sudah kak.Tadi Ones bhat bubur nasi campur sayapmayap yang ti ggal 4 ketul lagi tu.Kenapa? Kalau kaka lapar, ada lagi tu di kuali."
"Bukan, macam ni.Sekarang ni kita hanya ada RM300 tapi kakak punya sewa bas sekolah RM250.Kalau kakak bayar tinggal RM50.Hari ini baru 28hb.Macam mana kita mau cukup makanan ni."
"Kakak Tanak, dulu anti pernah ikut anti potong getah. Ones boleh ajar kakak, kita potong getah, mau?"
"Betul juga kan.Harap-harap kakak cepat pandailah."
"Boleh baitu kak.Ones yang masoh kicil ni pun boleh pandai. Tidak payah buat getah kepingan, kita pungut skrap saja."

"O begitukah."
"Ialah.Begini, kakak bagi dulu RM150 sewa bas, lepas kita jual getah skrap nanti baru kakak bayar setengah lagi sama uncle Vic "
"Geliga juga otak kau ni Ones.Hihi"
"Sekarang Ones bagi tau kakak, masa kakak di kampung odu dan bapa sibuk jadi nelayan, Oneslah yang jaga mama dan bapa tua , buat semua kerja rumah dan hujung minggu Ones ikut potong getah."
"Oh Tuhan, biar betul Ones, tahun lepas kan Ones baru 10 tahun. "
"Bagus jugalah Ones buat semua itu.Nah sekarang banyak Ones pandai buat kerja.Tidaklah kakak Tanak penat saturang."
"Maafkan kakak.Kakak kasihan kamu ni masih kecil sudah susah macam ni. Kakak harap saru hari nanti pintu hati kakak Grace terbuka juga untuk maafkan bapa dan berkumpul dengan kita semulansupaya kita tidak berpisah-pisah macam ni."
"Ia kak. Ones masih ingat masa mama baru sahaja siap di kuburkan. Anti Mirah mau ambil kakak Tanak mau jaga pun bapa tidak benarkan.Dia kata selagi dia masih ada tangan dan kaki, dia akan jaga kita sampai kita berjaya"
"Huhu..kakak masih ingat. Nasiblah kakak Tanak tidak kena jaga anti Mirah kan.Kalau tidak, Kakak Grace pun merajuk gitu, Oneslah saturang sengsara begini hidup."
"Cubalah mama masoh hidup kan, kita tidak akan jadi macam ni"
"Sudahlah Ones, kita tidak dapat ulang balik tu masa. Kita doakan saja semoga roh mama tenang di sana."
Mereka berpelukan dan menangis mengingatkan mendiang ibu mereka.

Petang Sabtu itu Tanak ke rumah jiran.Rumah Vic si pemandu bas berumur 18 tahun yang juga sepupu Manis untuk berbincang tentang bayaran sewa bas sekolah untuk bulan hadapan. Seampainya Ta ak di rumah itu, tiada siapa di sana kecuali seorang lelaki sedang berayun di ayunan yang dipasang di bawah pokok bali yang rendag di halaman rumah.
Tanak mendekati lelaki itu. Dia terkejut melihat Vic hanya memakai boxer. Dia menjauhkan diri dan memanggil dari jauh.
"Uncle Vic..oh uncke Vic."
Vic terkejut dan mengambil tuala dan baju T yang bergantung di jemuran dekat dengan ayunan itu dan mendekati Tanak.
"O, Tanak.Napa tu?"
Vic hairan sebab selama sebulan Tanak ikut bas dia, dia tidak pernah bersuara sepatah pun. Sedangkan senyum pun tidak pernah. Hari itu tiba-tiba pula Tanak jumpa dia.
"Uncle, sya minta maaf, saya bayar RM150 dulu sewa bas sekolah.Nanti bapa kirim duit lagi saya bayar lagi."
"O ... tidak apa tu. Nantilah Tanak bayar. .Oya, tidak paya panggil sya uncle. Saya baru 19 tahun.Panggil abang Vic saja. Haha"
"Tapi anti Manis cakap kamu sepupu, jadi kami kena panggil Vic , uncle."

"Haha.Tidak payalah. Saya sama dia tiada kaitan. Dia tu anak angkat saja.Nama bapa dia pun masih nama orang lain, bukan nama uncle Ganit pun."

Tanak ada sedikit tersentuh hati dengan kata-kata Vic sebab mereka pun tiada kaitan dengan datuk dan nenek tiri mereka. Hanya menumpang di kampung orang. Tanak diam dan hanya menghulurkan wang RM150.
"Eh, maaflah kalau ada abang tersilap cakap.Kamu todak faham kenapa kami tidak anggap dia saudara.Adalah tu sejarahnya.Kami sahaja yang tahu. Terima kasih ar Tanak.Saya ambil RM100 sajalah dulu.Ambilah balik RM50 tu.Mulai bulan ini, kamu bayar sewa RM200 saja.Bukan lagi RM200. "
"Kenapa pula begitu abang Vic"
"Sebab kalau bukan Tanak, anti dan uncle tua kami tiada yang jaga.Adakah Manis tinggalkan dorang begitu saja.Nasib Tanal balik sini.Kalau ada apa-apa perlukan pertolongan, pigi sini saja rumah."
"Terima kasih abang Vic." Tanak tersenyum manis kerana gembira.
"Sama-sama"
Tanak meninggalkan Vic dengan hati bersyukur kerana masih ada RM50 di tangannya. Dia terus ke kedai runcit untuk membeli beras dan bahan untuk di masak malam itu.
Sementara Vic memandang Tanak daripada jauh. Di dalam hatinya berkata;
"Ehm... boleh tahan juga si Tanak ni kalau tersenyum. Eh..napa pula ni.Saya suka dia kah ni atau saya kasihan sama dia?"

INNOCENTanakMama(COMPLETED S1)Where stories live. Discover now