INNOCENT anakMama Bab4

93 12 0
                                    

#INNOCENTanakMama
#Bab4
#PenulisRenaNongYong

"Hai mandak, saturangkah di rumah?Rajin ko cuci kain kan" kata lelaki jiran sebelah yang nampaknya seperti di dalam keadaan sedikit  mabuk oleh  sesuatu. Tanak yang sedang menbasuh pakaian di tangki belakang rumah terkejut dan takut.Dia berdiri dan meninggalkan sahaja semua kain cucian di dalam besen di bawah kepala paip tangki itu, lalu berlari masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang.Lelaki tadi berdiri tepat di pintu belakang rumah.Menutupi ruang masuk ke dalam rumah.Mata lelaki itu tajam melihat tepat ke arah bukit kembar di dada Tanak.Dia menutup kedua aset penting itu dengan mendakap tangan di dadanya.
"Jangan gangu sya!" kata Tanak merayu kepada lelaki itu agar tidak menyentuhkan.
"Manada sya mau kacau kamu, sya mau totong kamu ni" katanya dengan muka yang betul-betul didekatkan ke muka Tanak. Tanak bergerak seperti ketam, ke kiri,lelaki itu ke kiri,ke kanan, lelaki itu ke kiri."Oklah kalau ko tidak mahu ditolong, indapalah.Masuklah" katanya sambil berdiri di tepi pintu belakang rumah Tanak sambil memerhatikannya dengan mata yang galak.Seperti melihat ayam goreng di depan mata.Tanak semakin ketakutan lalu tiada pilihan lain mahu berteriak tetapi belum sempat dia berbuat demikian lelaki itu menerkam Tanak dari belakang dan menutup mulutnya.Menolak Tanak ke dinding dan merabah badan Tanak dengan menggunakan tangan kirinya.Tangannya rakus menyentuh mana sahaja yang dia suka.Tanak merontah dan menangis.Tanak memijak kaki lelaki itu kuat-kuat dan menyiku tulang rusuk lelaki itu.Dia laju masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu belakang.

Adiknya si Ichi sedang sibuk menyusun kereta mainannya. Tanak berlari memastikan pintu hadapan juga sudah terkunci. Dia seperti  baru dikejar hantu.Dia menukar pakaiannya yang basa semasa menyuci kain dan bebaring di lantai sambil menahan tangisan, tidak mahu dilihat menangis oleh adiknya.Dia takut adiknya boleh terpengaruh dan menangis sama. Tanak tidak sedar dia terlelap .Jam menunjukkan jam 1.30 petang. Pintu di ketuk. Ichi membangunkan kakaknya sebab dia rendah, tidak dapat mencapai kunci pintu yang tinggi itu.
"Tanak...bangun bapa datang tu"
Tanak duduk, menggosok matanya dan berdiri menuju ke pintu.Membuka pintu dengan wajah yang sedih.
"Aik, kanapa ko ni Tanak? macam masam saja muka ko" tanya Martin bapanya. Dia diam saja tidak menjawab.Ones dan Oyal menyusul bapanya masuk dan terus ke dapur membuka tudung saji.

"Tanak..mana lauk ni? Takkan nasi saja kita makan tengah hari?"
Tanya Oyal yang memang cerewet pasal makanan.
Tanak tetap diam. Dia baring semula.Bapanya seperti mencari sesuatu.
"Tanak,mana baju sya lengan panjang yang bapa bikin lapis baju kerja tu?"
Tanak diam lagi.
"Napa bah ko ni, inda masak, inda urus tu kain, masih berendam lagi tidak siap cuci, rumah pun betempiaran ni mainan adik ko inda susun.

Tanak duduk menyandar di dinding. Menutup telinganya dan menangis.Bapanya mendekatinya begitu juga adik-adiknya.

"Kanapa ni Tanak, cuba becakap.Siapa tau kalau ko inda becakap"kata bapanya lagi.
Tanak tidak tahan lagi.Di dalam hatinya sudah lama berteriak tetapi selama ini dikawal.Dia keluarkan kali ini.

"Saya sengsara di sini.Saya hampir hari-hari kana kacau tu jiran sebelah.Tadi pun masa cuci kain dia peluk saya.Nasib saya sempat lari.Bapa, kita pindah dari sini sebelum ada apa-apa jadi dengan saya"

"Apa? Itulah bha ko ni ,keluar rumah cuci kain pun pakai seksi-seksi.Kan bapa  sudah bagi tau diam di dalam rumah.Kenapa ko keluar? Ambil air, cuci kain di dalam bilik mandi"kata Martin geram dengan perangai anaknya.

"Jadi takkanlah kita diam kan saja perkara ni pa.Bapa patut marah dia.Kasi tau dia jangan kacau Tanak"

"Gila kah buat hal sama bansa durang.Masalah bapa nanti.Jangan kita cari gaduh.Bagus ko diam-diam saja sini rumah.Bapa cari rumah sewa dulu"kata Martin risau dengan apa yang telah berlaku.

"Bha pa, bagus kita pindah cepat-cepat.Sya tidak tahan sudah di sini"
kata si Tanak,masih lagi trauma dengan apa yang telah berlaku kepadanya.

****************

INNOCENTanakMama(COMPLETED S1)Where stories live. Discover now